Pendakap gigi bantu pendengaran

BUKAN sahaja mencantikkan gigi, alat ini membantu deria pendengaran.


SEJENIS alat yang menghantar bunyian melalui gigi dibuktikan mampu membantu menangani masalah pendengaran.

Gajet berteknologi tinggi iaitu SoundBite ini dilekapkan pada gigi dan berfungsi menghantar bunyian pusat telinga melalui tulang wajah muka.

Menurut Pengarah polisi di Institut Kebangsaan Diraja bagi orang pekak, inovasi ini berbeza dengan implan bantuan pendengaran kerana saiz lebih standard dan boleh dipakai oleh pengidap ekzema.

EKSTRA: Pembedahan mengurangkan berat badan terbukti mampu memperbaiki kesihatan jantung pada pesakit obesiti remaja.

Menurut profesor pediatrik di Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati, Holly M. Ippisch, sekiranya pembedahan bariatrik dilakukan, risiko penyakit berkaitan jantung dapat dikurangkan dalam masa enam bulan selepas pembedahan dijalankan.

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin