Kasih Sayang Pak Mat


Pak Mat duduk di Selatan Thailand. Dua bulan lalu isterinya Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Sejak kematian isterinya, perangai Pak Mat agak ganjil sedikit. Dia menziarah kubur isterinya tiga kali sehari. Pagi sekali, tengahari sekali, petang sekali lagi. Pendek kata, orang-orang kampung itu mudahlah untuk berjumpa Pak Mat. Pergi saja ke kubur isterinya, kerana kubur itu dah jadi 'port' Pak Mat.

Ramai orang yang tahu kisah Pak Mat ini menggelengkan kepala mengenangkan betapa sayangnya Pak Mat kepada isterinya.

Pada satu hari, nak dijadikan cerita, datanglah seorang anak muda kampung itu kepada Pak Mat. Anak muda itu bertanya: "Pak Mat.. apa yang Pak Mat buat ni memanglah bagus, tak ada orang lain kat kampung ni yang dapat tunjukkan sayang macam Pak Mat.."

Pak Mat dengan nada pilu menjawab: "Ya.. begitulah. Sebelum Makcik Maznah kau ni meninggal dunia, dia telah wasiat kepada Pak Mat. Dia kata: '"Saya tau abang tu memang sentiasa cari peluang nak kawin lagi.. bila saya dah mati, kalau abang nak kawin pun tunggulah sampai rumput di kubur saya tumbuh dulu.."

Anak muda itu bertanya: "Habis tu apa kaitan rumput dengan kedatangan Pak Mat ke sini?"

Pak Mat menjawab: "Pak Mat datang ke sini sebab nak siram kubur Makcik Maznah, barulah rumput boleh tumbuh cepat..."

Anak muda itu senyum. Agaknya dia faham. Pak Mat pun senyum.


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin