Alahai Musa...

Musa seorang kanak-kanak yang kurang bijak. Dia berpindah sekolah kerana mengikut ayahnya berpindah kerja. Dalam sesi kuiz, Cikgu Wan bertanya kepada Musa, "Musa, siapakah yang membunuh J.W.W Birch?"

"Saya tak tahu cikgu. Saya baru berpindah ke sini minggu lepas."

Sebelum kelas tamat, dia berpesan kepada Musa agar menyuruh ayahnya ke sekolah.

" Tujuan saya memanggil encik ialah untuk membincangkan tentang prestasi Musa. Semalam, saya bertanya siapa yang membunuh J.W.W Birch, dia tidak tahu. Alasannya, dia baru pindah ke sini minggu lepas."

Ayah Musa terus berbisik-bisik sesama Musa. Selepas beberapa minit dia bersuara...

"Maafkan saya kalau Musa tidak dapat menjawab soalan cikgu. Yang nyata, bukan Musa yang membunuh J.W.W Birch. Saya akui Musa ni agak nakal tapi dia tidak pernah membunuh orang, cikgu." tegas ayah Musa



0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin