Kota Paling Mahal Di Dunia

Baru-baru, Forbes menamakan Tokyo sebagai kota paling mahal di dunia untuk didiami pada tahun 2009. Jika anda sangkakan kos pengangkutan awam di Kuala Lumpur (KL) sebagai membebankan, fikir sekali lagi. Di Tokyo, kos minimum untuk menaiki kenderaan awam ialah RM 11.70 untuk satu perjalanan.

Lebih menakutkan lagi, kos untuk senaskhah surat khabar dan secawan kopi di sana ialah RM 42.12, hampir 4 kali ganda lebih mahal dari kos kopi di Starbucks di negara kita.

Penamaan Tokyo sebagai kota termahal di dunia untuk tahun ini telah dilakukan oleh kajian yang dilakukan oleh Mercer's 2009 Worldwide Cost of Living Survey. Meskipun Jepun teruk mengalami masalah kemelesetan ekonomi, ia tidak menghalang kos sara hidup di Tokyo untuk meningkat sebanyak 13.1% dari tahun 2008. Untuk maklumat anda, Tokyo disenaraikan di kedudukan kedua pada tahun lepas.

Tempat kedua pada tahun ini diisi oleh Osaka, sebuah lagi kota dari Jepun dan diikuti oleh Moscow dan Geneva. Kota-kota terkenal dunia lain seperti New York berada di tempat ke-8, London di tempat ke-16, dan Dubai di tempat ke-20.

Ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur tidak ketinggalan apabila turut disenaraikan di kedudukan ke-96 kota termahal di dunia.

Kedudukan ranking kota termahal di dunia diambil kira berdasarkan harga 200 jenis barang dari kategori pengangkutan, kediaman, makanan, pakaian, hiburan, perabot dan barangan elektrik di rumah.

Dubai berpotensi menjadi kota termahal di dunia pada satu hari nanti

Kuala Lumpur juga tersenarai antara kota termahal di dunia

sumber: Forbes, Malaysian Edge



0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin