Pemandu Yang Baik

Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis menahannya. Rahim menurunkan tingkap kereta nya dan bertanya kepada polis tersebut.

Rahim : Ye Encik, ada apa masalah??

Polis : Erm..takde apa, saya telah memerhatikan cara pemanduan encik. Hari ini adalah hari bertuah encik kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak RM5,000 kerana dianugerah pemandu terbaik.Tahniah! Erm... encik akan buat apa dengan wang ini nanti?

Rahim berfikir sejenak lalu dia pun berkata

Rahim : Erm... saya rasa, saya nak guna duit ni untuk buat lesen kereta lah.

Mahmud yang duduk di sebelahnya menyampuk percakapan si Rahim.

Mahmud : Oo..encik polis jangan dengar apa yang dia kata. Dia ni bengong sikit kalau dah mabuk todi.

Si Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam kekecewaan.

Leman : Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kereta curi nih!!

Seketika itu, kedengaran pulak dari bonet belakang kereta di ketuk dan terdengar seseorang berkata Pak!! Pak!! udah sampe ke belom?


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin