Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18, tinggallah seorang orang gila bernama Ali (bukan nama sebenar). Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ali ni mewarisi sifat gila dari bapanya..
Peristiwa tragis ini berlaku pada hari jumaat. Maka hendak dijadikan cerita, seperti hari-hari jumaat yang lain, Ali akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Sungguhpun dia ni gila..tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila.
Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak balik rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa. Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa-gesa Ali masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke mikrofon.
Apalagi, dia pun buat pengumuman dengan suara yang ala2-ala ganas lagi brutal.
"Kepada sesiapa yang curi kasut aku, tolong pulang balik. Kalau tak aku akan buat macam yang arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"
Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumlah, orang gila ni kalau nak mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang tak sah.
Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yang pucat lesi dengan perasaan penuh takut, menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tergagap-gagap budak tu berkata,
"alaaa abang ni, saya nak bergurau pun tak boleh.."
Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari. Setelah dapat selipar buruknya, Ali pun bersiap-siap untuk meninggalkan masjid. Pak Imam yang dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut, Pak Imam
pun bertanya...
"Errrr... boleh aku tahu, apa yang arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semula selipar dia?"
"Balik kaki ayam ler..." jawab Ali dengan selamba rocknyerr..
0 ulasan:
Post a Comment