10 amalan bercanggah yg kita tak sedar kita buat!


1. Amalan masyarakat Melayu iaitu kenduri arwah beberapa malam yg diadakan oleh keluarga si mati (malam pertama,kedua,ketiga..dan seterusnya) adalah bertentangan dengan apa yang dianjurkan Rasulullah SAW di mana Rasullullah menganjurkan jiran2 memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan beban dan kesedihan. Ini tak, keluarga yang ditimpa kesedihan terpaksa pula mengadakan kenduri untuk mereka yang membaca tahlil. Tidakkah
mereka yang hadir khuatir kalau2 termakan harta anak yatim yang ditinggalkan simati atau harta yang belum dibahagikan mengikut hukum syarak.

2.Kalau hadir ke kenduri kahwin, orang kerap 'salam berisi', (berisi wang semasa bersalam), kalau tidak ada duit segan nak pegi kenduri. Tapi bila pergi menziarahi mayat, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya pergi menziarahi orang matilah kena bersedekah. Kalau kenduri kawin, tak perlu sebab tuan rumah mengadakan kenduri bukan untuk menambah pendapatannya.

3.Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik, Tapi bila mengadap Allah, di rumah ataupun di masjid, pakaian lebih kurang saja, tak kurang jugak ada yang tak berbaju. Tak ke pelik dan terbalik ??

4.Kalau menghadiri jamuan rumah orang, segan nak menghabiskan makanan. Sedangkan yang dituntut menghabiskan makan supaya tuan rumah berasa gembira dan tidak membazir.

5.Kalau di masjid, amat rajin nak bersolat sunat, tapi kalau di rumah malas nak buat solat sunat. Sedangkan Rasullullah menganjurkan supaya memperbanyakkan solat sunat di rumah agar mengelakkan dari timbulnya riak.

6.Bulan Ramadhan adalah bulan untuk mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan dan berjimat cermat. Tapi kebanyakan orang mempunyai perbelanjaan tahunan tertinggi pada
bulan ramadhan.

7. Kalau sebelum mengerjakan haji, selalunya orang buat kenduri doa selamat sbelum berangkat, tetapi bila selamat pulang dari Mekah, tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya kenduri selepas selamat bermusafir bukan untuk bermusafir. Tidakkah terbalik amalan kita atau kita punya niat lain??

8. Ibu bapa risau kalau anak2 gagal exam, maka sanggup dihantar ke tuisyen yang belanjanya agak tinggi. Tapi tak risau kalau anak2 tidak boleh membaca Al-Quran , tidak pulak dihantar ke
kelas2 agama . Kalau untuk tuisyen dibayar RM 20.00 untuk 8 kali sebulan,rasa murah tetapi
kalau nak dibayar kepada tok guru agama RM15.00 sebulan untuk 20 kali mengaji pun menggeletar tangan. Sepatutnya kita lebih bimbangkan anak2 kita tidak boleh mengaji Al-Quran
berbanding tidak lulus exam.

9. Kalau nak cari rezeki, tak kira hujan panas tetap diredah untuk mematuhi peraturan kerja, tapi untuk ke masjid, tak hujan, tak panas pun tak pergi gak. Tak malu ke ambil rezeki Allah tapi malas nak ke rumahNya

10. Seorang isteri berhias sakan kalau nak keluar dari rumah, tapi bila di rumah, masyaAllah...sedangkan seorang wanita dituntut berhias untuk suaminya sahaja,bukan untuk orang awam.perbuatan inilah yang slalu menyebabkan rumahtangga kurang bahagia.


Kita perlulah mengutamakan agama berbanding adat yang kebanyakkan bercanggah dengan agama..

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin