Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Mencuci dengan serbuk penaik


SERBUK penaik ialah bahan mencuci semula jadi. Apabila digunakan bersama bahan semulajadi berlainan, serbuk penaik mampu menghilangkan kotoran dari pelbagai jenis permukaan sambil menghapuskan bau yang kurang menyenangkan.

Bahan mencuci yang mengandungi serbuk penaik seperti Zip Krim Pekat Sental dan Zip Serbuk Sental Serbaguna adalah bahan mencuci yang berkesan kerana ia bertindak sebagai pengneutralisasi untuk pelbagai bahan yang menyebabkan bau dan kesan kotoran.

Anda mungkin dihadapi pelbagai kesan kotoran, saluran tersumbat dan lain-lain tugas membersih di rumah. Namun, dengan menggunakan bahan mencuci yang mengandungi serbuk penaik, anda akan mendapati pembersihan rumah anda lebih mudah untuk dikendalikan dan rumah anda juga sentiasa berbau lebih segar.

Kotoran dan gris

Hapuskan kesan kotoran degil dan gris di rumah anda dengan menggunakan Zip Krim Pekat Sental dan Zip Serbuk Sental Serbaguna. Gunakan bersama serbuk penaik untuk menghilangkan gris serta meninggalkan rumah bersih dan berbau segar.

Tab mandi dan singki

Gunakan Zip Krim Pekat Sental untuk menanggalkan gris, minyak badan dan sisa sabun dari tab mandi anda. Dengan mengelap krim ini ke atas tab mandi dan singki, ia meninggalkan kesan yang bersih bersinar serta haruman segar sehingga ke saluran longkang.

Jubin dan grout

Anda boleh menggosok jubin dan grout seluruh rumah anda dengan menggunakan berus gigi lama dan Zip Krim Pekat Sental atau Zip Serbuk Sental Serbaguna. Berus gigi akan membolehkan anda untuk sampai ke tempat yang kecil. Pada masa yang sama, bahan mencuci yang mengandungi serbuk penaik akan menghapuskan kesan kotoran. Campuran ini akan menghapuskan kulat, kulapuk dan sisa sabun sambil meninggalkan kesan bersih bersinar dan haruman yang segar.

Longkang

Untuk saluran longkang di dalam dapur, bilik mandi, bilik dobi dan tingkat bawah tanah rumah anda, tuangkan secawan Zip Serbuk Sental Serbaguna yang mengandungi serbuk penaik ke dalam setiap saluran longkang sebelum anda meninggalkan rumah untuk bercuti. Ini akan memastikan kesemua perangkap dan saluran longkang rumah anda berbau segar semasa kepulangan anda
8:13 PM | 0 ulasan | Read More

Waspada dengan polisi tabung amanah haji palsu


Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan umat Islam supaya tidak terpedaya dengan risalah Kumpulan Wang Simpanan Usahawan (KWSU) berhubung Polisi Tabung Amanah Haji yang kini tersebar luas di Banting, Selangor.

Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH Abdul Rashid Hussein berkata TH merupakan satu-satunya agensi yang dilantik kerajaan bagi menguruskan dana simpanan wang bakal jemaah haji Malaysia.

“TH juga merupakan agensi tunggal yang menguruskan urusan perjalanan haji semenjak penubuhannya 45 tahun yang lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata simpanan dalam TH dijamin kerajaan dan kadar pulangan tahunan yang diberikan dalam bentuk bonus tahunan sentiasa kompetitif dengan pasaran semasa.

Katanya dakwaan risalah itu membolehkan semua orang mempunyai satu bentuk simpanan yang lebih sistematik dan teratur tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya.

“Ini memandangkan TH telah mempunyai rekod latar belakang dalam menguruskan dana pendepositnya dengan lebih baik, sistematik, teratur dan selari dengan perkembangan teknologi,” kata Abdul Rashid.

Beliau berkata pembukaan akaun di TH adalah serendah RM2 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk orang dewasa dan tidak ada had maksimum tertentu.

“TH ingin menasihkatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak tertipu dengan kumpulan sindiket yang cuba untuk mendapatkan keuntungan melalui penipuan,” katanya.

Sementara itu, ketika Bernama menghubungi salah seorang anggota wakil polisi itu berdasarkan kepada risalah yang diedarkan, mendapati kumpulan tersebut beroperasi secara bersemuka dengan pelanggan dan tidak ada bangunan pejabat.

Wakil itu berkata segala transaksi dijalankan bersemuka dengan pelanggan di sekitar Banting dengan tempat ditentukan oleh pihaknya.

Beliau berkata untuk sebarang pendaftaran, pelanggan hanya perlu membawa wang sebanyak RM5,000 dengan salinan kad pengenalan, dan jumlah wang yang sama perlu ditambah setiap tahun untuk mengaktifkan polisi mereka.

Katanya, sistem pelaburan mereka turut meliputi perlindungan insuran, bagaimanapun beliau mendakwa wang pelaburan itu akan dipindahkan ke akaun TH menggunakan draf bank.
8:02 PM | 0 ulasan | Read More

AWAS : Arak Alaf Baru !!



"Jolly Shandy: Arak Alaf Baru yang mengelirukan !!! PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE.

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM....... ......... .
7:53 PM | 0 ulasan | Read More

Hati-hati di Highway Karak

Salam.. kepada penguna lebuharaya KL-KARAK tolong berhati-hati dekat beberapa Kilometer.

Umum ketahui bahawa cuti sekolah ni atau nak raya cina tak lama lagi ramai akan balik ke kampung terutamanya : Kelantan/Terengganu dan Pahang..

So kepada penguna lebuhraya KL-Karak tolong berhati-hati sikit ketika hari hujan sama ada menghala ke Karak mahupun ke KL.

Kadang-kala penarik kereta ni suka tuang minyak kat lokasi selekoh turun bukit..ada beberapa KM yang anda harus berhati-hati

Dalam Kosmo beberapa bulan lepas pun ramai dah komplain, tapi masih tiada tindakan.
Mereka mendakwa bukan minyak mereka tetapi minyak dari lori..tapi semua yang tekena tau beza antara minyak lori dan minyak yang dituang.

Disamping itu berjaga-jaga dengan kawasan highway yang menurun. Kalu ada treler kat belakang.. bagi jer lah laluan

Dalam 2 hari lepas pun kemalangan maut kat area km 27.9 , lori tanker dari arah Kuantan boleh lepas ke laluan bertentangan

So berhati-hati

Talib Ali
http://www.hormonlife.com
7:49 PM | 0 ulasan | Read More

Dosa-dosa kecil yang membinasakan..

Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin membesar .
Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir dan dilanda banjir besar beberapakali.

Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gegur ke bumi dengan sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar. Penduduk tertanya-tanya mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga. Setelah disiasat oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di situ. Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini dibaluti oleh kulitnya yang keras itu. Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan kumbang-kumbang yang kecil saiznya.

Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia akan merosakkan orang itu "
11:04 PM | 0 ulasan | Read More

Paku di dinding hatimu..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapatmengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagiseperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan muke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
10:47 PM | 0 ulasan | Read More

Tahu tapi tak tahu

1- Kita tau aper yang nak di makan,tapi tak tau aper yang akn jadi selepas di makn... ..
2- kita tau tiap2 bulan mintak duit kat mak bapak nak bayar course fee,tapi tak tau mak bapak kerja bagai nak rak... ... .
3- Kita tau nak awek yang lawa jer,tapi tak tau hati budi dia...
4- kita tau nak kawin jer,tapi tak tau aper erti perkahwinan,tu yang jadi macam2 masaalah..perceraian dan haruan makan anak...
5- Kita tau api tu panas dan boleh membakar,tapi tak tau api kat neraka lagi panas dan membakar... .
6- Kita tau bawak anak orang pegi dating memang seronok,tapi tak tau family dia risau dan runsing tentang keselamtan anaknya...
7- Kita tau pandang orang buat maksiat,tapi tak tau plak nak pegi tegur yerlah takut kena pukul ye tak...
8- Kita tau nak korek keburukan orang lain,tapi tak tau nak nengok keburukan sendiri
9- kita tau rokok tu mmbahayakn kesihatan,tapi tak tau plak nak berenti merokok... ..
10- kita tau nak surfing enternet,tapi tak tau kerja dah melambak tak settle lagi macam aku... ... ... ..
10:27 PM | 0 ulasan | Read More

Tips Menumbuk Sambal Belacan


* Kepada adik-adik di bawah usia 6 tahun sila dapat kebenaran mak dulu utk mengelak sebarang kecederaan yang tak di ingini.

*pastikan tak mempunyai alahan kepada belacan yang boleh menyebabkan masalah keradangan yang serius.

*gunakan 'google' untuk melindungi bijik mata dari percikan lada.Rasa nak pakai baju ujan pun leh jugak,kalau takut terpercik satu badan.

*para suami tak digalakkan cari pasal atau memulakan pergaduhan semasa isteri sedang menumbuk sambal belacan.

*fokus dan hindari menyanyi semasa menumbuk sambal belacan kerana air liur korang boleh terpercik sekali,itu boleh tahan lagi tapi,kalau taik gigi...

*menggunakan lesung batu,jika pakai blender maka ia bukanlah digelar sebagai menumbuk sebaliknya dikenali sebagai memblender.
10:26 PM | 0 ulasan | Read More

Siapa si bedebah itu ?1

Sang ayah Dan ibu sangat marah ketika mengetahui anak perempuan mereka hamil.
"Siapa si bedebah itu !" jerit sang ayah, sedang is ibu menangis.
"Suruh dia datang kesini!"
Si anak pun menelefon lelaki yang menghamilinya. Setengah jam kemudian sebuah Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk ke rumah. Lelaki itu berhadapan dengan ibu dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak mengizinkan".
Namun bagaimanapun, saya akan bertanggung jawab. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah hotel dan wang tunai. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah
Kereta mewah, dua buah supermarket, dua buah hotel dan wang tunai. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"
Sang ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis.
Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu, sang ayah berkata,

"Kalau keguguran, kamu cuba lagi ya !!"
7:11 PM | 0 ulasan | Read More

Kejam ! Zalim !


Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel. Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing. Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak. Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.
8:11 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin