Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjat satu tiang lampu yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan mengarahka n Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah hospital, "Mat!! Turun Mat, nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.
Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu- acukan gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu. Namun Mat tidak bergerak pun untuk turun.
Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun Mat!" teriak seorang sarjan polis, "kalau engkau tak turun nanti kami bom tiang ini dan engkau akan mati!! Turun Mat!." Mat tidak turun-turun juga.
Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Napi, seorang teman Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu. "Napi! Harap-harap Napi boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang lampu. Tolonglah Napi ya!"
Jawab Napi "Ohhh!!! Itu senang saja" Lalu Napi dibawa kepada tiang lampu itu.
Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Napi!, Napi nak pilih alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu."
"Ahh! Napi nak gergaji!"
"Baiklah! Ambillah gergaji itu."
Lalu Napi mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang lampu itu. Napi pun berteriak, "Hoi Mat!!! Hang turun, kalau hang tak turun aku tebang tiang lampu ni!! Hang turun lekas!!"
Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas hospital .
Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Napi datang sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?"
Jawab Mat; "Polis ke bomba ke, depa tak akan buat! Tapi Napi ni apabila dia kata lagu tu dia akan buat sungguh sebab Napi tu GILA!"
0 ulasan:
Post a Comment