Beliau bagaimanapun menasihatkan pengguna supaya memastikan makanan itu dimasak sepenuhnya terlebih dahulu dan dimakan semasa masih panas.
Menurut beliau, pengguna juga tidak digalakkan memakan keropok yang sudah sejuk walaupun telah digoreng atau direbus sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak terkena jangkitan penyakit taun.
"Keropok lekor dan keropok keping di negeri ini masih selamat untuk dimakan tetapi bagi keropok lekor yang dibeli bungkus, sebaiknya apabila pulang ke rumah hendaklah dimasak semula dan dimakan semasa masih panas.
"Ini kerana kita bimbang semasa proses pembungkusan, keropok itu juga terdedah dengan pencemaran terutama jangkitan kuman yang menyebabkan taun," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak untuk makan keropok terutamanya keropok lekor setelah produk itu dikenal pasti sebagai salah satu punca penularan wabak taun di negeri itu sekarang.
Sumber : Kosmo
0 ulasan:
Post a Comment