Malas Ke Sekolah...

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim:
Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu:
Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim:
Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu:
Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim:
Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu:
Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia

lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin