Adakah anda suka bertangguh? Apakah kerja yang biasa ditangguhkan? Terus membaca untuk mengetahui baik dan buruk bertangguh.Setiap kali bertangguh bermakna mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk tujuan lain. Apabila kita menangguh kerja yang sepatutnya dilakukan hari ini, pada masa akan datang kerja itu semakin banyak dan lebih banyak lagi yang terpaksa ditangguhkan disebabkan tidak mempunyai masa yang cukup.Bertangguh daripada melakukan sesuatu bermakna tidak bersungguh-sungguh, tidak menghargai, tidak penting, tidak ikhlas atau tidak terfikirkan akannya. Sikap sentiasa bertangguh akan menyebabkan banyak peluang terlepas. Masa telah berlalu tidak dapat digantikan lagi.Kita sepatutnya menjadikan diri seperti pengembara yang ingin cepat sampai ke destinasi. Untuk itu, kita perlu mula bergerak menuju ke destinasi tersebut dengan secepat mungkin. Jika kita bertangguh waktu bertolak, maka lewatlah waktu sampainya. Banyak peluang baik terlepas kerana terlewat sampai di tempat yang dituju.Sesungguhnya sikap bertangguh dalam hal apa sekalipun tidak mendatangkan kebaikan, melainkan bertangguh daripada melakukan kemungkaran. Sesiapa menangguhkan niat melakukan kemungkaran, pada dirinya sudah mendapat satu kebaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment