Tiga negara, iaitu Amerika Sayrikat, Britain dan Malaysia berlumba-lumba menentukan siapakah di antara mereka yang terlebih dahulu menggunakan teknologi canggih dengan meneliti keadaan tanah negara masing-masing, untuk melihat siapa yang terhebat di masa yang lalu. Setelah perbincangan, penelitian dimulai dari Amerika Syarikat terus ke Britain dan terakhir di Malaysia. Di Amerika, setelah penggalian telah mencapai kedalaman 1000 meter, maka ditemukan kabel tembaga, maka pasukan Amerika dengan bangganya menyimpulkan bahawa 1500 tahun yang lalu telah dibangunkan jalur telefon dengan memakai kabel tembaga di Amerika. Di Britain, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 1000 m, tidak ditemukan kabel tembaga, tetapi setelah mencapai kedalaman 1500 m ditemukan serpihan kaca, maka pasukan Britain tersebut dengan bangganya menyimpulkan bahawa 2500 tahun yang lalu telah dibangunkan jalur komunikasi dengan memakai Fiber Optik di Britain.
Dan terakhir di Malaysia, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 500 m dan 1000 m sampai seterusnya tidak ditemukan apa-apa, lalu dengan penuh bangganya, maka pasukan Malaysia menyimpulkan bahawa 5000 tahun yang lalu komunikasi di sini telah menggunakan wireless.=))
0 ulasan:
Post a Comment