Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Gadis Logikal & Math


Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan...

M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.

M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.

M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.

L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan mempercepatkan jalannya.

M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?

L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?

L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun lari sekuat tenaga.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap...

M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain saya..

M : Oh... Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia menurunkan seluarnya...

M : Oh tidak... Lalu apa yang terjadi kemudian?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.


2:47 PM | 0 ulasan | Read More

Ayam


Why Did the Chicken Cross the Road? What they have to say.

Kindergarden teacher:
Because it wanted to look for food on the other side.

BUT

Samy Vellu:
Kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam musti guna jembatan untuk melintasi itu jalan. Lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan, bagitau sama saya juga, saya bolley buat lebbey banyak toll... itu jambatan mesti ada tahan 100 tahun. Lain kali bole kasi tutup... kita boleh survey mana ada rosak.

Karam Singh Walia (TV3):
Seperti saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling dasyat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan. Seperti pepatah melayu berkata.. ayam di jalan di lintaskan; ayam di reban mati tak makan.

Wan Kamarudin (Edisi Siasat NTV7):
Apa kejadahnya ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam asyik menganga saja. Ayam semua dah besar kepala...dan dah tak nak duduk reban... dan bertambah biadap dan buat perkara yg tak masuk dek akal!

Zainal Arifin Ismail (Misteri Nusantara TV3):
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampong ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampong ini. Apakah maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri, "Jangan biarkan hidup anda diselubungi. .. MISTERI"

Zainal Alam Kadir (Wayang Kita Astro):
"Ayam siapa kalau bukan ayam kita"

Abdul Fatah Haron (PAS Rantau Panjang):
Ayam-ayam yang melintas ini semua adalah kerana mereka ayam-ayam yang GATAL!

Md. Said Yusof (BN Jasin):
Apa salahnya... biarkan mereka melintas...tutup sebelah mata ajelah... ayam-ayam terlebih besar sikit sahaja. Lagi pun semuanya itu ayam saya.

Shahrir Abdul Samad (ex Pengerusi BBC):
Ini adalah prinsip saya. Ayam-ayam tak boleh dibenarkan melintas jalan. Kalau beginilah, maka ianya bertentangan dengan prinsip saya, maka saya RESIGN!!!

Bill Gates:
I have just released the new Chicken Office 2006, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your checkbook. Microsoft will pledge a billion for research on chicken AIDS.

Dr M:
You know, I am tired of all this....'apa nama' chicken-chicken bisnes...you know that it is our right to build the bridge on our side of the straits.... So why are we Chicken out??

Pak Lah:
Ini semua adalah khabar angin sahaja... jangan percaya khabar-khabar angin ini semua... biasalah ini adalah taktik pembangkang untuk memecah belahkan perpaduan ayam-ayam semua... Jangan percaya... We've decided to scrap the scenic bridge for the best interest of the people... nothing to do with chicken. And of course others have the right to express their opinion... ini biasalah.


2:44 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah rumahtangga

Mula-mula berkenalan



Bila dah declare




Bila boring




Bila kahwin
2:17 PM | 0 ulasan | Read More

MaRi BeLaJaR BaHaSA MeLaYU KuNO


UnTuK SaNTaPaN MiNDa Di PaGi BuTa....

1.KENYUMIK
Maksud: Senyum yang menampakkan sedikit lidah bersama dengan mimik muka ala-ala sejenis binatang yang tidak boleh disebut.
Contoh Ayat: Anuar Zink yang sedang menunggu bas telah berkenyumik kepada makcik Rosalinda yang sedang membawa anak kucingnya berjalan-jalan. Anak kucing makcik Rosalinda kemudian mati kerana kekenyumiktan si Anuar Zink berada pada tahap keburukan yang amat dahsyat.

2.KUTILPUNYUT
Maksud: Perbuatan yang tidak disenangi oleh ketua kampung seperti menyiram kambing dengan air panas, membuat tattoo pada badan lembu dan mengajak ayam pergi karaoke.
Contoh Ayat: Satu kampung tahu dengan perangai Roberto yang suka kutilpunyut binatang-binatang ternakan. Lalu satu jawatankuasa khas telah dirombak oleh orang kampung bagi membolehkan Roberto dikutilpunyut oleh ayam-ayam belaan makcik Rubella.

3.TELUMPAK
Maksud: Membaling telur labi-labi ke arah orang yang sedang mengadakan ceramah perdana.
Contoh Ayat: "Kurang asam punya Redondo, ditelumpaknya aku dengan tetamu-tetamu kehormat sekali kena. Kalau yer pun jangan la marah sangat pasal aku nikah dengan janda dia." Kata Datuk Dr. Alberto Einsteino kepada penjaga tandas Central Market sambil menelumpak ke muka penjaga tandas tersebut.

4.KOLKOTUM
Maksud: Sejenis minuman ringan didalam tin perasa daun ketum yang akan membuatkan peminumnya buta huruf.
Contoh Ayat: Kerana terlalu banyak mengambil kolkotum yang berlebihan, seluruh penduduk Kg. Tempoyang terpaksa masuk tadika semula akibat sudah tidak tahu lagi membaca buku. Perbuatan seperti ini bolehlah diumpamakan seperti Karam dilaut boleh kurenang, Karam di hati nak bayar hutang. Karam Sinkh Walia untuk TV3.

5.SYIRUM
Maksud: Menyorok dari perbuatan yang menakutkan.
Contoh Ayat: Luziano yang sedang melarikan diri dari ceti telah mensyirum ke dalam kain pelikat ketua kampung yang sedang mengadakan kuliah subuh. Akibat dari perbuatan itu Luziano telah ditempeleng 8 kali kerana telah menjatuhkan martabat ketua kampung iaitu pakcik Leornardo.

6.SPENTOT
Maksud: Spender yang menampakkan sedikit bontot.
Contoh Ayat: Semasa pakcik Leornardo menyertai pertandingan lari dalam guni peringkat kg. Tempoyang, dia terjatuh semasa mengambil korner tajam kemudian terguling-guling ke arah himpunan pelajar Pandu Puteri dan terpelanting keluar dari guninya. Lalu ternampaklah spentot lubang-lubangnya yang berjenama remona. Akibat dari kejadian itu, pakcik Leornardo sangat malu sehingga menarik diri dari melakonkan watak utama dalam drama makcik Rosalinda.


2:12 PM | 0 ulasan | Read More

Bunuh syaitan

Seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Jiran sekampung menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yangditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepasmajlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain....

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor syaitan".

Kata si suami "ye kerr... tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg..." sambil ketawa.

Si isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...". Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi,"Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...".

"Tak pe... tunggula malam nanti".

Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg...".
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg... ".

Si suami tiba-tiba marah dan berteriak ... "Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang...!!!"


MORAL OF THE STORY: JANGAN CARI ISTERI MUDA KALAU DAH TAK MAMPU/ TAK DE POWER!!! .....hahahahhahahahhahahahImbang Penuh


2:09 PM | 0 ulasan | Read More

SENARAI FILEM YANG DIHARAMKAN FINAS


Filem 1: BERAK KHAS THE MOVIE
Filem ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah memalukan sehingga mereka tanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang ajar menyebabkan mereka dibuang kerja beramai-ramai. Filem ini diharamkan kerana menayangkan aksi polis-polis tersebut berak di depan opis mereka setelah dibuang kerja.

Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG-Sebuah Cinta Jagung
Hang Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminang Puteri Gunung Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal puteri tersebut. Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah mengalami beberapa kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika, terlanggar tunggul kayu, terjatuh semasa mengambil konar baring, termengorat nenek tua yang sedang 'melepas' dan akhir sekali tersepak kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di ladang tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat dari rasa terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang Buah mengorek hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut.

Filem 3: BERMOTOR KE LANGIT
Filem arahan Badu Hj Azmu ini mengisahkan seorang mamat yang suka lepak ditepi laut sehinggalah dia menemui seekor ikan dugung kemudian dia memelihara dugung tersebut. Selepas 5 tahun dia memelihara dugung itu dia pun melepaskan dugung itu kembali ke laut. Kemudian cerita ni pun habis. Filem ini diharamkan kerana pihak FINAS tak paham langsung apa sebenarnya motif filem ini.

Filem 4: TAK ORI TAPI PIRATE (TOPI)
Filem ini diharamkan terus sebelum memulakan rakaman kerana ia memaparkan kisah P.Ramlee(lakonan Ramli Beger)menjual CD pirate kepada Haji Bakul(lakonan Udo Ocean) kemudian Hj Bakul menengok CD tersebut bersama Labu(lakonan sapa ntah) sehinggalah A.R Trompet(lakonan A.R Badut) perasan yang CD itu adalah CD cetak rompak yang dijual oleh P.Ramlee... Cerita ini berpusing-pusing selama 2 jam sehinggalah anda akan melihat satu babak yang menjijikkan iaitu babak Naza Aziz (lakonan Naza Aziz) menguap sambil ternganga.

Filem 5: GOL DAN CELAK
Seorang awek yang 'caring' ngan pakwe dia yang kuat main futsal, telah disisihkan oleh pakwe dia sebab awek ni lembik sangat dan tak 'tough' sebab awek ni tak reti main futsal. Dia pun clash la dengan awek ni. Awek ni pun rasa tercabar sehingga dia ingin menubuhkan pasukan futsal dia sendiri. Awek ni telah mengeluarkan iklan di dalam majalah dan sukkaba untuk mencari bakat baru dalam sukan futsal. Apabila tiba hari pendaftaran awek ni menangis tahap ngalmbrang sebab yang datang nak mendaftar ialah tikus mondok, kambing biri-biri, makcik cleaner, mentibang sungai, konkang afrika dan beberapa ekor tenuk sarawak. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi awek tersebut menggigit tulang keting mentibang sungai yang sedang membuang air di tepi longkang.


2:02 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah Minyak Wangi


Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat la bergerak dengan sempurna.

Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti, rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buatle buka handbag dan cuba mencari sesuatu. Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga.

Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ketempat tersebut kerana sit dia dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.

"Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya???"...
Jawab gadis tersebut, "Ohh... tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".

Jadi Jawa tu pun keluarkan le sapu tangannya dan lap sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya.Bau-bau punya bau la jawa tu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu jawab..

"Lo...Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau, saya ada penutupnya."....


1:58 PM | 0 ulasan | Read More

Tandas


Seorang pemuda mencari2 tandas .. kes tak tahan la nie.. bila terjumpa.. terpandang akan dia signboard disitu..

"Buang Air Kecil 30 sen.. Buang Air Besar 20 sen.."

"Wah mahal juga kencing di sini. Ah, tipu aje cakap buang air besar. Penjaganya bukan tahu pun" kata pemuda dalam hati..

Setelah selesai, pemuda keluar dan menghampiri penjaga toilet. "Akak.. saya buang air besar" kata pemuda sambil menghulurkan wang 20 sen.

"Ehh.. tak cukup nie" kata penjaga toilet.

"Kenapa pulak? Di situ kan tertulis kalau buang air besar bayarnya cuma 20 sen"

"Macam ni encik.. kalau encik buang air besar pasti diiringi dengan buang air kecil.. tapi kalau buang air kecil tidak mungkin diiringi dengan buang air besar!"

"Jadi?" tanya pemuda

"Bayarannya 50 sen!" kata penjaga toilet yakin..


10:31 PM | 0 ulasan | Read More

Alahai Menantu



Pak Kasim seorang yang tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yang kaya raya sahaja.. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak Pak Kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. Setelah 3 hari berkahwin.. Seman masih duk kat rumah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang.. Pak Kasim mengajak Seman untuk solat maghrib berjamaah. Seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abang tak pernah solat ni". "Takpe bang.. abang ikut je ape yg ayah buat" , isterinya berbisik perlahan.. Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak Kasim takbir.. Seman ikut takbir... lalu Pak Kasim membaca surah alfatihah.. "Bismillahirrahmanirrahim..." Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "Bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. Mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati Pak Kasim.. Pak Kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. Pak Kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman. Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim. "ish! Gila ke menantu aku ni??" Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman. "Seman, apesal yg kau ikut aku sampai ke sawah ni?" "Ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. Baru saya tau. Sampai kena berlari.."


10:17 PM | 0 ulasan | Read More

Keluarga 69



Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan menjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul adalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli. Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...

muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sendiri naik pening menterjemahkan semua nih..bengang sehhh... !!



10:08 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin