Gua Terbesar Di Dunia

Sepasukan pengkaji gua Britain percaya mereka menemui laluan gua terbesar di dunia di tengah hutan di Vietnam baru-baru ini. Laluan itu dikatakan setinggi 198 meter dan lebar 152 meter.

Gua itu yang dikenali penduduk tempatan sebagai Hang Son Dong (GuaSungai Gunung) juga dipercayai dua kali ganda lebih besar berbandingGua Rusa di Mulu, Sarawak yang setinggi 92 meter dan 83 meter lebar dandianggap sebagai yang terbesar di dunia sebelum ini. "Ia sungguh besar dan menakjubkan dan satu penemuan paling penting olehpasukan pengkaji gua Britain," kata Adam Spillane, antara 13 anggotapasukan ekspedisi itu.
Dengan menggunakan peralatan mengukur laser yang dikenali sebagaiLaserRace 300, pasukan itu berupaya mengukur ketinggian dan lebar guaberkenaan. Mereka kini berada semula di London untuk menganalisis penemuan itu. Menurut sumber, gua itu pada asalnya ditemui pada 1991 oleh wargatempatan, Ho Khanh yang mendiami kawasan hutan berhampiran.Bagaimanapun, menurut Spillane, belum ada orang yang pernah memasukinya. "Bunyi deruan angin dan bunyi arus air di dalamnya sungguh menggerunkankerana kewujudan sungai besar di bawah gua itu," katanya. Dengan disertai wakil dari Universiti Sains Hanoi, Pasukan EkspedisiGua Britain-Vietnam 2009 itu menghabiskan masa lima hari menjelajahpermukaan gua itu yang terletak di Taman Negara Phong Nha-Ke Bang padapertengahan April lalu. Mereka sebelum itu menghabiskan masa enam jam berjalan merentasi hutansebelum tiba di pintu gua berkenaan. Selepas menuruni ruang yang amatluas, mereka berdepan pula dengan dua sungai bawah tanah sebelum tibadi pintu utama Hang Son Dong. Pasukan itu akan kembali semula ke Vitenam beberapa bulan lagi untukmelengkapkan ekspedisi itu serta menjalankan kajian sepenuhnya.
"Lebih banyak tugas terpaksa dilakukan pada eskpedisi kami akan datanguntuk menyiapkan penyelidikan terhadap Hang Son Doong dan memperolehcatatan bergambar gua itu. Penemuan gua menakjubkan seumpama itu padazaman ini adalah satu pencapaian besar," kata Spillane.


Sumber : hmetro


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin