Lawak 1 : Menteri di pameran lukisan
Suatu hari seorang menteri di sebuah negara Ntahdimanantah , dijemput untuk merasmikan satu pameran lukisan-lukisan.
Dah la buta seni, terlupa pulak bawa cermin mata maka terpaksa dia bawa pemandunya mengiring beliau.
Menteri : "Wah, lukisan ini bagus. Gambar ikannya benar-benar hidup."
Pemandu: "Shttt… Jangan kuat-kuat Datuk. Itu gambar buaya."
Kemudian mereka berpindah ke lukisan lain.
Menteri: "Gambar gajah ni nampak benar- benar kuat."
Pemandu: "Shttt… jangan kuat-kuat Datuk. Itu gambar kambing."
Menteri tu kemudian menahan diri memberi komen sampai ia tiba pada satu sudut ruang pameran dia berkata:
"Wah, kagumnya..Lukisan Gorila nya nampak betul-betul hidup.!"
Pemandunya terdiam kejap dan berkata:
"Pssttt…. Jangan kuat-kuat Datuk. Itu cermin!"
Lawak 2 : Alasan Ajoi
Ada seorang pelajar yang sangat malas ke sekolah. Sebut saja namanya Ajoi. Ketika dia datang, guru dia bertanya
Guru : "Ajoi, kenapa kamu tak datang ke sekolah semalam?"
Ajoi : "Saya tak datang kerana hujan, Cikgu."
Guru : "Oooo, kalau hujan tidak berhenti selama 1 bulan, macamana Ajoi ?"
Ajoi :" Kalau hujan tak berhenti sebulan – banjir besar la cikgu.."
Lawak 3 : Wanita curang
Seorang wanita curang kpd suaminya dan bercinta doktor gigi.
Doktor : "Sayang, sudah masanya kita tidak boleh berjumpa lagi, kalau tidak suami You tau perhubungan kita"
Wanita : "Rilek sayang, suami i tu bodoh. Buktinya sudah 6 bulan kita berjumpa tapi dia tidak pernah curiga kalau I sering bagi alasan pergi ke klinik gigi nih"
Doktor : "Iya sayang, tapi sekarang gigi You tinggal satu"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment