Islam datang bersama akhlak yang terpuji bertujuan merubah akhlak yang ketika itu berada pada tahap kerosakan yang tinggi. Ia bukan sahaja ditujukan kepada bangsa arab bahkan seluruh dunia yang ketika itu didominasikan oleh 2 kuasa utama iaitu kerajaan Rom dan kerajaan Parsi. Sememangnya kehidupan dan peradapan mereka tinggi tetapi nilai-nilai kehidupan rosak dan musnah. Justeru disini saya ingin membawa kepada pengertian akhlak yang menjadi teras dan tunjang kesinambungan tamaddun fitrah manusia
Bahasa: Berasal dari perkataan al-khulq-jamaknya al-akhlaq yang bererti tabiat, kebiasaan atau maruah.
Istilah: Serumpun sifat atau nilai yang telah sebati dalam diri manusia iaitu akhlak baik dan akhlak buruk.
AKHLAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Akhlak ialah segala nilai dan sifat baik yang telah ada dalam diri yang melahirkan tindakan zahir atau batin meliputi perasaan dan fikiran, niat hati seseorang atau masyarakat, sama adayang berhubung dengan makhluk atau khaliq. Semua nilai tersebut ditentukan oleh Allah melalui wahyu dan dibawa oleh Rasul. Ia bersifat mutlaq dan sempurna
PENGERTIAN MORAL
Moral ialah tindakan dan perlakuan anggota masyarakat dalam hubungan sesama mereka yang ditentukan nilainya oleh masyarakat itu sendiri berasaskan kepada pemikiran dan perasaan umum yang terdapat pada satu-satu masa dan ianya bersifat sementara
MATLAMAT AKHLAK ISLAM
1. Untuk melahirkan hamba yang mengenal dan beriman kepada Allah serta bertaqwa kepadaNya.
2. Untuk mencapai matlamat ini perlulah melalui proses pendidikan yang menumpukan kepada aspek akal, rohani dan jasmani
CARA MENCAPAI AKHLAK MULIA
* Mempelajari dan memahami segala yang baik dan buruk berdasarkan syariat Islam.
* Melawan nafsu untuk melakukan yang baik dan menghindarkan yang buruk.
* Berlapang dada menerima kritikan dan sedia menerima nasihat.
* Menghindari kawan-kawan yang buruk akhlak.
* Melakukan segala suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
Tingginya akhlak dan peradaban memainkan peranan penting dalam maju atau mundurnya sesebuah masyarakat dan negara.
0 ulasan:
Post a Comment