Proton Emas - Kebanggaan rakyat Malaysia


Proton Emas



Rekabentuk dalaman




Proton Emas Country



Proton Emas 3



Keluasan dalaman Proton Emas

Saiz Proton Emas dibandingkan dengan SUV

Ketinggian Proton Emas dibandingkan dengan kereta biasa dan SUV
Ketinggian Proton Emas berada di antara kereta dan SUV


Ini adalah gambar-gambar Proton Emas. Terdiri daripada 3 jenis iaitu Proton Emas, Proton Emas Country dan Proton Emas 3. Ketiga-tiga rekabentuk Proton Emas ini adalah berlainan dan menyasarkan kepada peringkat pengguna yang berlainan.

Difahamkan rekabentuk proton ini adalah rekabentuk kereta dua atau tiga tahun akan datang. Disebabkan peningkatan jumlah kenderaan yang makin banyak dan ruang jalan yang semakin sempit, kereta kompak adalah pilihan terbaik pada masa depan. Kereta yang lebih kompak tetapi mempunyai ruang dalaman yang luas adalah antara kriteria kenderaan masa depan. Di samping itu, kenderaan masa depan perlu bersih dan tidak meninggalkan sedikit pun pencemaran.
Proton Emas ini bakal berada di pasaran menjelang 2012. Kereta konsep ini adalah kereta konsep pertama yang dikeluarkan Proton dan seharusnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Ini kerana Proton adalah antara syarikat pengeluar kereta termuda di antara syarikat yang lain di dunia. Hyundai dan Kia sebenarnya disokong kuat oleh rakyat Korea dan sekarang dua syarikat berkenaan mampu bersaing di persada dunia. Proton sebenarnya lebih mampu daripada syarikat Korea tersebut kerana memiliki Lotus. Proton selepas ini pasti lebih bergerak maju dan jauh kehadapan dengan misi dapat bersaing dengan jenama antarabangsa atau menundukkan BMW atau Audi


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin