Nyaris termakan daging babi


Nyaris termakan daging babi

KAJANG – Hajat sekeluarga di sini untuk menikmati mi kari dimasak bersama daging bertukar menjadi igauan ngeri setelah mengetahui daging yang dibeli dari pasar raya berhampiran adalah daging babi.

Seorang ahli keluarga berkenaan, Rahimi Rahmat, 41, mendakwa, selepas pulang dari kerja dia terus ke pasar raya tersebut bagi membeli bahan memasak mi kari dan menyimpannya terlebih dulu dalam peti sejuk.

Namun dakwanya, dua hari kemudian isterinya, Suriayati Mohamod memotong bahan yang dibelinya bagi memasak mi kari itu tetapi ketika memotong daging 'lembu' itu, isterinya merasakan daging tersebut tidak seperti daging biasa kerana terlalu liat.

"Isteri saya membelek daging tersebut dan ketika menggosok di bahagian kulit daging itu mendapati terdapat bulu di permukaan kulit daging itu dan meminta pandangan daripada jiran.

"Tidak ketinggalan, kami juga bertanya kepada hampir 20 jiran berketurunan Cina dan mereka turut mendakwa bahawa itu adalah daging babi," dakwanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya.

Rahimi mendakwa, daging itu diletakan di bahagian sama dengan daging lembu ketika dia membelinya menyebabkan dia tidak mengesyaki dan membelinya seperti biasa.

Berita Harian


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin