8 tips jadi lebih kreatif


1- UBAH KEBIASAAN
Jika di pagi hari kamu selalu minum kopi, cubalah sesekali kamu minum teh. Apabila kamu melakukan atau menikmati sesuatu yang baru, maka proses kreativiti kamu akan semakin meningkat.

2- UJI INDERA PERINGATAN
Apabila kamu makan di restoran kegemaran kamu sambil menikmati hidangan kesukaan, cubalah meneka bahan-bahan dari masakan tersebut. Lalu cubalah masak menggunakan bahan yang kamu teka itu. Dengan begitu, kamu akan membuka pemikiran kamu untuk berfikir lebih jauh.

3- BERMAIN VIDEO GAMES/PS2
Sekali sekala luangkan masa kamu untuk bermain video games, PS2 dan sebagainya. Percaya atau tidak, bermain dengan animasi sebegini mampu membuatkan kamu menjadi bertambah kreatif. Sewaktu bermain, kamu tidak memikirkan siapa diri kamu. Ini secara tidak langsung akan membuatkan kamu lebih bebas melakukan sesuatu yang benar-benar inovatif. Bahkan mungkin sesuatu yang gila-gila.

4- MENGARANG CERITA
Apabila kamu terasa begitu bosan dan tidak tahu apa yang ingin dilakukan, apa kata kamu duduk di sebuah taman sambil memerhatikan orang yang tidak dikenali. Cuba bayangkan bagaimana kehidupannye dan karangkan dalam bentuk tulisan. Semakin banyak kamu cuba menggali kehidupan orang lain, semakin mudah untuk kamu membentuk rasa percaya diri dan keyakinan diri.

5- KELUAR DARI ZON SELAMAT
Kebiasaannya apabila kita duduk di tempat yang selesa kita takut untuk keluar dari zon tersebut. Kamu seharusnya mmencari dan ciptakan sesuatu yang baru. Di sinilah daya kreativiti kamu akan di uji. Andai kamu terus duduk di zon yang sama kamu tidak akan mampu pergi lebih jauh. Gunakan kesempatan dan peluang yang kamu miliki sebaik mungkin, jangan pasif dan hanya menerima apa yang ada sahaja.

6- CEPAT MERUPAKAN KUNCINYA
Cubalah untuk bertindak lebih cepat dari orang2 di sekeliling kamu. Elaklah jadi yang terkebelakang sebaliknya jadilah yang pertama dalam mengemukakan idea-idea kamu. Sebenarnya kamu memiliki kesempatan untuk mengembangkan idea kreatif kamu namun yang menghalang kamu ialah masalah takut dan malu untuk bersuara. Jadilah pemenang dalam setiap persaingan.

7- JANGAN MALU BERTANYA
Tiada orang di dunia ini yang sempurna dan tahu segala-galanya. Oleh itu, sekiranya kamu ingin mengetahui sesuatu hal tidak salah dan tidak perlu malu untuk bertanya. Jangan bersikap seperti kamu tahu segalanya sedangkan tidak. Ini secara tidak langsung akan mengasingkan diri kamu dari orang lain. Apa yang orang lain ketahui belum tentu kamu ketahui. Jadi bertanyalah tentang apa saja kerana sebuah idea dan kreativiti akan muncul dari sebuah pertanyaan.

8- MEMPUNYAI HARAPAN YANG TINGGI
Tidak ada salahnya andai kamu menaruh harapan yang tinggi untuk menang dan berjaya. Jangan pernah berhenti berharap untuk menjadi yang terbaik. Jika kamu tidak mempunyai sebarang harapan, maka kamu juga tidak akan berfikir untuk menjadi lebih kreatif dalam memajukan diri kamu. Jadi realisasikan harapan menjadi suatu kenyataan.



0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin