Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Baik, Buruk, & Parah



Dalam hidup selalu ada perkara yang dinilai baik, buruk dan parah.
Berikut beberapa contohnya.

Baik: Isteri anda mengandung.
Buruk: Anak anda kembar lima.
Parah: Padahal anda sudah menjalani vasektomi tiga tahun lalu.

Baik: Anak lelaki anda mulai dewasa.
Buruk: Dia menjalin hubungan dengan perempuan sebelah rumah.
Parah: Anda juga.

Baik: Anak lelaki anda mulai lebih banyak menghabiskan waktunya belajar di dalam biliknya.
Buruk: Anda menemukan beberapa kaset video porno di biliknya.
Parah: Anda ada di dalam salah satu episod.

Baik: Anak perempuan anda mendapat pekerjaan.
Buruk: Sebagai pelacur.
Parah: Pelanggan utamanya pembantu anda, tapi pendapatan anak perempuan anda lebih tinggi dari anda.



10:53 PM | 0 ulasan | Read More

Gila Telefon

Seorang ayah mempunyai anak gadis yang suka sangat 'bergayut' kat telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...

Suatu hari.. telefon berdering, anak gadisnya bergegas mengangkatnya.. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 jam bukan 5 jam seperti biasa...

"Tunggu sekejap.... Siapa yang telefon tu?" tanya ayahnya kehairanan..

"Tak tahu la ayah... salah nombor! " jawab anaknya sambil tersengih..



10:51 PM | 0 ulasan | Read More

Tiada Wang



Peguam: "Baiklah, awak inginkan perkhidmatan saya. Tapi adakah awak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan saya?"

Pelanggan: "Tidak, saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya sangat miskin, tapi saya mempunyai sebuah kereta BMW!"

Peguam: "Baiklah, awak boleh membayar saya dengan kereta awak. Sekarang, katakan apa tuduhan yang dikenakan terhadap awak?"

Pelanggan: "Mencuri BMW!"


10:49 PM | 0 ulasan | Read More

Kuda makan rumput



Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”

Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”

Cikgu : “Rumputnya mana?”

Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”

Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”

Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”


10:47 PM | 0 ulasan | Read More

10 Perkara Jangan Beritahu Wanita


10. Dia tidak disukai keluarga anda

Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala. Sebaiknya anda diamkan sahaja perkara itu daripada diketahui pasangan. Sementara menunggu masalah reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya dengan memberitahu perkara baik tentang wanita pilihan anda itu.
9. "Saya rasa hubungan kita tidak terjamin lagi"

Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjayanya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda. Jika ada perasaan sebegitu sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.

8. "Saya suka dengan (nama wanita lain)"

Jangan beritahu mereka tentang isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik.

7. Simpan rahsia kelemahan anda

Jika anda jenis lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara natural iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.
6. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu

Wanita tidak suka dibandin-bandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk-buruk. Jika anda berbuat begini anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.

5. Jangan jadi `anak emak'

Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap kali, sebaiknya anda kurangkan sedikit. Wanita tidak suka merasakan seperti sedang berebut anda daripada ibu anda. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.

4. Anda punyai hobi yang pelik

Anda mungkin pengumpul barangan `Transformer' atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu? Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada
mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.

3. "Saya tidak berkenan awak berkawan dengan..(kawan perempuannya) "

Jangan sesekali merendah-rendahkan atau memperlekehkan teman-temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka. Anda baru sahaja bersama dengannnya sedangkan teman-teman mereka telah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih mengenali teman-teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di atas.
2. Anda telah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini

Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima bahawa diri mereka pernah diduakan. Wanita walaupun menyatakan mereka tidak berasa apa-apa sebenarnya mereka
tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung sekarang ini.

1. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi

Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka. Dan dalam jangkamasa panjang kepercayaan mereka
terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.



10:20 PM | 0 ulasan | Read More

28 pantang dalam persahabatan

1. Terburu-buru
Sekiranya berlaku salah faham dalam hubungan persahabatan, jangan terburu-buru untuk membuat keputusan. Sebaliknya, bawa berbincang dan selidik terlebih dahulu agar tidak menyesal di kemudian hari.

2. Mendesak
Layari hubungan persahabatan dengan penuh ketenangan. Berilah kebebasan kepada sahabat membuat sesuatu pilihan atau keputusan. Hindari sifat mendesak.

3. Pentingkan diri sendiri
Dalam membuat sesuatu keputusan, cuba fikirkan hati dan perasaan orang lain. Kongsi masalah dan saling membantu agar anda tidak dicop sebagai pentingkan diri sendiri.

4. Tidak jujur
Sifat jujur adalah teras dalam sesebuah perhubungan. Tidak jujur pada sahabat sama seperti anda menipu diri sendiri.

5. Hipokrit
Di depan bukan main baik lagi tapi bila di belakang macam2 yang dikatakan dan mengutuk sahabat sesuka hati. Knp perlu hipokrit? Apa gunanya bersahabat sekiranya bersikap demikian.

6. Berprasangka buruk
Jangan pertikai kebaikan atau keikhlasan sahabat. Ucapkan terimakasih sekiranya si sahabat telah membantu anda. Jangan layani fikiran anda dengan menganggap pertolongannya itu seperti 'ada udang di sebalik batu'.

7. Berdendam
Buang yang keruh ambillah yang jernih. Sifat pemaaf perlu ada dalam hubungan persahabatan. Jauhi dari perasaan dendam yang pasti merugikan.

8. Celupar
Jaga mulut dan jangan bercakap sewenang-wenangnya. Tidak semestinya apabila sudah jadi sahabat, anda boleh cakap apa sahaja yang anda suka. Utamakan etika komunikasi dalam perhubungan.

9. Bertelingkah
Ada kalanya pertelingkahan mampu menjadikan perhubungan bertambah baik. Anda lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa permaafan tidak guna juga. Sekurang-kurangnya anda kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.

10. Talam dua muka
Sikap bermuka-muka adalah perosak nombor 1 dalam perhubungan. Depan cakap lain, di blakang cakap lain pula. Aduh... bahaya sahabat begini.

11. Sambil lewa
Bersungguh-sungguhlah ketika anda mendengar keluhan dan cerita dari seorang sahabat. Jangan bersikap sambil lewa sehingga anda dianggap sebagai sahabat yang tidak berhati perut.

12. Cemburu
Sekiranya melihat kejayaan seorang sahabat, ucapkanlah tahniah dan kongsi kegembiraan itu bersamanya. Jauhilah sifat cemburu. Mungkin hari ini hari dia, esok atau lusa tibalah giliran anda pula memperoleh kejayaan.

13. Tikam dari belakang
Abaikan sahaja sahabat sebegini. Tiada maknanya bersahabat dengan individu sebegini. Silap2, madu yang anda beri racun pula yang dibalas.

14. Baran
Dalam persahabatan, anda perlu ada sikap toleransi dan pemaaf. Jangan hanya kerana sedikit masalah, anda baran tidak tentu fasal.

15. Mengongkong
Kebebasan adalah hak milik mutlak individu. Bersahabat bukan bererti anda perlu mengikut atau mengarah orang lain sesuka hati. Jadi, jangan biar anda dikongkong atau mengongkong orang lain.

16. Mengkritik
Mengkritik ada caranya. Tidak salah sekiranya anda ingin menegur sikap seorang teman tetapi gunalah bahasa yang sopan dan jangan sampai menyinggung perasaannya.

17. Kedekut
Jgn terlalu berkira. Hari ini dia ditimpa kesusahan, esok atau lusa siapa yg tahu? Lantaran itu, bantulah sahabat yang memerlukan pertolongan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

18. Ambil kesempatan
Bertuahlah anda sekiranya dapat seorang sahabat yang memahami dan tidak berkira. Walau bagaimanapun, jangan pula anda mengambil kesempatan atas kebaikan sahabat sebegini. Sebaik-baiknya anda sematkan sikap bertolak-ansur demi kebaikan bersama.

19. Copycat
Sahabat bukan bermaksud kembar. Binalah identiti masing2 kerana tidak smua orang suka dirinya ditiru oleh orang lain. Mungkin sahabat anda tidak mahu dirinya dibayangi dengan diri anda selalu.

20. Tidak berhati perut
Sebagai sahabat, masing2 perlu hormat-menghormati dan saling menghargai. Setiap kali sahabat anda berada dalam kesusahan, kongsilah bersama dan selami perasaan seorang sahabat yang sedang berduka. Jangan pula anda bebani dengan pelbagai tekanan kerana sikap tidak berhati perut ini boleh mengundang kehancuran bukan sahaja dalam hubungan persahabatan, malah keseluruhan kehidupan so**** anda.

21. Suka meminjam
Tidak kiralah samada dari segi kewangan, mahupun barangan peribadi. Jangan terlalu kerap meminjam sesuatu daripada kawan. Akibatnya, pasti ramai kawan yang akan menjauhkan diri.

22. Gemar mengungkit
Suka mengingatkan berkali-kali pertolongan yang pernah diberikan suatu waktu dahulu. Setiap kali permintaannya tidak dapat anda tunaikan kerana ada sesuatu yg menghalang, dia akan mengungkit semula pertolongan yang pernah diberikan kepada anda supaya anda akhirnya menuruti permintaannya.

23. Dengki
Cemburu setiap kali melihat kejayaan sahabat dan sentiasa mendoakan kejatuhannya. Dia tidak suka melihat orang lain, apatah lagi sahabat sendiri ada kelebihan.

24. Batu api
Suka mengada-adakan cerita yang tidak benar dan menyebarkan khabar angin itu kepada orang lain. Malah, si sahabat akan melaga-lagakan orang lain supaya bertengkar dan bermusuhan.

25. Mungkir janji
Tidak berpegang teguh pada janji2 yang telah dilafazkan. Sebaliknya menganggap janji yang diucapkan itu sebagai janji kosong. Semasa berjanji, bersungguh-sungguh si sahabat berikrar akan melaksanakan janji2nya. Tetapi apabila tiba masanya, dia ingkar.

26. Meninggi diri
Apa sahaja yang dilakukan adalah semata-mata untuk menunjukkan kehebatan diri semata-mata. Ada kalanya pertolongan yang dihulurkan kepada si sahabat juga dilakukan semata-mata untuk membuktikan bahawa dirinya itu hebat dan bijak.

27. Ego
Sukar untuk melafazkan ucapan maaf dan sentiasa beranggapan bahawa dirinya sentiasa berada di pihak yang benar.

28. Bersikap tertutup
Tidak suka berkongsi cerita atau masalah. Apa gunanya bersahabat sekiranya segala perkara dianggap rahsia?
10:03 PM | 0 ulasan | Read More

Kongsi

Imbang Penuh
Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk disebuah bangku panjang berdua, disamping seorang anak muda. Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebuah hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman.

Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi hamburger menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membahagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat di tengah meja.

Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat. Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan.
Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata,
"Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?"

Si datuk menjawab : "Tak payah terima kasih. Kami memang selalu berkongsi makanan yang sama". Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tissue, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya.

Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata : "Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ?"
Si Nenek menjawab, "Tidak terimakasih.."
Terus si anak muda bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?"
Kata si Nenek " Saya sedang menunggu gigi..........giliran saya selepas datuk.....!


1:34 AM | 0 ulasan | Read More

Banduan




Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.."

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, "Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga."


1:11 AM | 0 ulasan | Read More

Model Seluar Dalam


Amacam? Seksi tak?





1:07 AM | 0 ulasan | Read More

Fakta Kentut 2

1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus.
Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen.. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda.. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4... Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggal pun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?
Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
Bukan.. tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor.. Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga.. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada. .. konsistensinya lain.. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna.

21. Apakah kentut itu asid atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbon dioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.

Wallahu`alam
1:04 AM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin