Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Hantu Ikan Patin



Imej yang telah diperbesarkan


Imej ini diambil oleh adik ipar aku sewaktu rakannya (dalam gambar ) berjaya menaikkan seekor ikan patin yang diambil dari sebuah kolam di Dataran Ketara, Besut, Terengganu kira-kira seminggu yang lalu dengan menggunakan telefon bimbit berkamera. Menurutnya, sewaktu imej ini diambil, tiada manusia atau apa-apa objek yang berada di belakang rakannya itu. Namun bila dia pulang ke rumah dan melihat kembali imej yang dirakamkan, kelihatan dengan jelas imej suatu makhluk berada betul-betul dibelakang rakannya itu. Apakah benda itu ?


7:13 PM | 0 ulasan | Read More

Nikah lagi tak?




Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: "Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?"

Isteri: "Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?"

Ajoi: "Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…
7:12 PM | 0 ulasan | Read More

Akal Peguam




MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.

Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."

Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh"
7:04 PM | 0 ulasan | Read More

Proton Baru Pahlawan

3:38 PM | 0 ulasan | Read More

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka
akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh
sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu
Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,
InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


3:37 PM | 0 ulasan | Read More

Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy


Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yanghilang,Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yanghilang,Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, makasegala-galanyatelah hilang dari diri seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyikbertawafdi Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!"

Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya

"YaKarim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh kebelakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.

"Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"

"Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belumpernahmelihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernahbertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!"

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!"

"Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langitdiaberkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu danbersabda:

"Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesonadengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!"

Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orangArab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu.

"Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"

Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosahamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya, 'jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya! 'Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,jugatidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua ke salahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.

"Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara MuslimMuslimatyang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia..."



3:37 PM | 0 ulasan | Read More

Air Tanah Hapus Kuman Babi

Soalan:

SAYA mempunyai ramai kawan rapat yang bukan Islam dan mereka tertarik dengan amalan dan larangan bagi orang Islam.

Salah satunya adalah mengenai najis berat iaitu babi dan anjing. Allah menggariskan sesuatu larangan atas sebab tertentu dan sesetengahnya sudah dijelaskan berdasarkan kajian dan penemuan sains.

Saya menjelaskan kepada mereka larangan makan dan sentuh anjing disebabkan kehadiran parasit dan kuman yang boleh memudaratkan.

Tetapi saya masih tidak dapat mencari tujuan penggunaan air tanah dalam amalan menyamak. Saya ingin memohon pertolongan Dr dalam hal ini kerana saya berharap ia serba sedikit dapat menarik minat mereka mendalami agama Islam.

MIMI,
Sarawak

Jawapan:

MENURUT mazhab Syafie, najis anjing dan babi termasuk dalam najis berat atau mughallazah. Cara menghilangkan atau menyucikannya ialah dengan membasuh sebanyak tujuh kali dengan satu air yang bercampur tanah.

Penggunaan air tanah amalan menyamak berdasarkan hadis nabi yang bermaksud: "Sucinya bejana kamu yang telah dijilat anjing ialah dengan membasuh sebanyak tujuh kali dengan air, salah satu yang utama dengan tanah." (Muslim).

Sekali pandang, penggunaan tanah boleh diganti dengan bahan pencuci lain seperti sabun, klorox dan sebagainya sekarang ini.

Bagaimanapun, penggunaan air bercampur tanah masih lagi relevan dan diiktiraf syariah. Ini kerana ia dikira suci lagi menyucikan dalam Islam.

Lagi pula, tanah adalah bahan yang senang didapati berbanding bahan lain dalam semua keadaan dan masa.

Selain itu, ada kajian menunjukkan kuman yang apa pada babi dan anjing dapat dihapuskan dengan tanah kerana adanya unsur kimia dalam tanah itu sendiri.

Seterusnya, tubuh manusia yang dikatakan berasal dari tanah juga tidak mudah diganggu oleh kuman walaupun alam ini penuh dengan kuman (Haji Mohamed bin Jusoh, 1990: 11).

Itulah kebesaran Tuhan dan hikmat kejadian manusia daripada tanah dan penggunaan tanah dalam menyucikan najis berat.


Sumber: Hmetro - Fikrah Dr Salam
3:33 PM | 0 ulasan | Read More

Bahaya Minum Teh Ais

Siapa tak suka minum teh ais? Rasanya yang manis,membuatkan teh ais menjadi minuman kegemaran orang ramai.

Populariti teh ais terbukti dengan kehadirannya di hampir semua tempat makan dari warung hinggalah restoran mahal.

Tapi tahukah korang, di balik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi merbahaya bagi kesihatan.Kajian di Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengungkap bahawa minum teh ais berlebihan dapat meningkatkan risiko sakit Batu Karang!

Teh ais mengandungi salah satu bahan kimia yang memacu pembentukan batu karang di dalam badan kita.

"Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang,teh ais jelas menjadi minuman terburuk," kata Dr John Milner, asisten professor Departmen Urologi.

Secara teorinya,Batu Karang adalah batu kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam air seni, ginjal atau saluran kencing.Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.

Kajian juga mengungkap sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan kesan buruk. Mereka menyebut antara lainnya bayam, cokelat, kacang, garam, dan daging.

Sebaiknya,pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu haruslah secara terancang demi kesihatan ginjal.Makanan yang tinggi kalsium adalah sangat baik sekali untuk kesihatan kita.Dan yang paling penting,perbanyakkan lah minum air putih (air suam)

5:43 PM | 0 ulasan | Read More

Planet Di Gelar Bumi Baru Ditemui

LAKARAN artis menunjukkan planet Gliese 581g.

LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari. Bintang itu diberi nama Gliese 581. Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh. Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar. Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut. Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa. Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi


Sumber: Kosmo Online - Dunia
5:25 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin