Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Otak Mat Rempit


Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya´Allah pun pak cik tak sebut?".

Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".



9:55 PM | 0 ulasan | Read More

KISAH KANCIL YANG POWER


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an. "a’ha rosak "jawap pakcik tu simple aje….

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu…", tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.

Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apalagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie… Lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm…… Bedesup peginye… ini dah lebih speed limit nie… kate polis nie.. Cecah 250kmj memasing nie… Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie…

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye……… sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan siap bagi hon dan hi beam nak POTONG!!!’



7:25 AM | 0 ulasan | Read More

10 jenis lelaki berbahaya

Ini tips untuk wanita-wanita, korang kena berhati-hati dengan 10 jenis lelaki. Lelaki-lelaki tersebut boleh bikin hidup anda bermasalah macam mereka juga.


1. Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.


2. Lelaki yang call/sms ikut suka ati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.


3. Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua?, jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe.


4. Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.


5. Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.


6. Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.


7. Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri.
Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?

8. Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas.


9. Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yg dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.


10. Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat siksa jiwa jer. nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang.
7:17 AM | 0 ulasan | Read More

Cinta Untuk Orang-Orang Sains

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian... ... ..
10:22 PM | 0 ulasan | Read More

UNDANG-UNDANG GANJIL

THAILAND :

* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat â€Å“memprovokasi??� rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :

* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-
- ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT

* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

- FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang

Sumber : Minda Malaysia
10:18 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah seekor kupu kupu


Sekadar renungan bersama..

Seorang lelaki menemukan kepompong seekor kupu kupu.. suatu hari lubang kecil muncul.. dia duduk mengamati dalam beberapa jam calon kupu kupu itu.. ketika dia berjuang dengan memaksa dirinya melewati lubang kecil itu.. kemudian kupu kupu itu berhenti membuat cubaan untuk keluar dari kepompong.. dan lelaki tersebut melihat kupu-kupu itu telah berusaha semampunya dan ia tidak dapat keluar lebih jauh lagi.. akhirnya lelaki tersebut memutuskan untuk membantunya.. dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kengkangan dari kepompong itu.

Kupu kupu tersebut keluar dengan mudahnya.. namun dia mempunyai tubuh gembung dan kecil.. sayap sayap mengerekot.. lelaki tersebut terus mangamatinya karena dia mengharap bahawa pada suatu saat sayap sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menopang tubuhnya dan mungkin akan berkembang seiring dengan waktu pembesarannya.. namun…semuanya tak pernah terjadi.

Kenyataannya..
kupu kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitar tempat itu dengan tubuh gembung dan sayap sayap yang mengerekot.. dan kupu-kupu itu tidak pernah dapat terbang.

Apa yang ingin direnungkan disini..

…..bahawa kepompong yang menghambat dan perjuangan yang diperlukan oleh kupu kupu itu untuk melewati lubang kecil adalah.. hanyalah jalan yang Tuhan beri untuk memaksa cairan dari tubuh kupu kupu itu kedalam sayap sayapnya sedemikian mengikut aturan hidup seekor kupu-kupu.. sehingga dia akan siap terbang dan memperolih kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.. jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa hambatan perjuangan.. itu mungkin akan melumpuhkan kita.. kita mungkin tidak sekuat yang semestinya yang diperlukan untuk menopang cita cita dan harapan yang kita mintakan.



4:08 PM | 0 ulasan | Read More

Proses hukuman gantung



Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


PABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.Bagi banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung).

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.' Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50

HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'pergi dengan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Ada sesetengah banduan puas hati dan dikira nasib mereka lebih baik dari orang lain kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila dibuka pintu untuk dibawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan pegawai penjara dengan susana tenang mesra serta ucap kan terima kasih.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. 'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. Proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. Kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.


3:42 PM | 0 ulasan | Read More

Wanita lawa vs Wanita tak lawa



Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

Kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

Kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
Kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
Kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak orang kaya nih.....

Kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry ! I will make u happy forever
Kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

Kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
Kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

Kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
Kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: kau ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

Kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
Kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia. Boring...



2:54 PM | 0 ulasan | Read More

Rahsia Tahi Lalat

Hahaha. Mari-mari kita hiburkan hari ini dengan mengetahui rahsia tahi lalat. Semua orang ada tahi lalat. Tetapi tak tahu la saya kalau-kalau ada orang yang langsung tiada tahi lalat ini :

Tanda Firasat Tahi Lalat

1.
2. Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai
3. Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
4. Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka
5. Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
6. Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
7. Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua
8. Leher di tengah= Tercapai cita-cita
9. Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
11. Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas
12. Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki
13. Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan
14. Punggung kiri = Malas dan suka duduk
15. Betis kanan= Suka berhibur, boros
16. Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur
17. Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
18. Lutut kiri= Kurang kuat berusaha
19. Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
20. Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan
21. Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun
22. Kening kanan = Cerdas dan cekap
23. Kening kiri= Cerdas dan sopan santun
24. Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal
25. Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah
26. Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya
27. Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia
28. Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta
29. Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah
30. Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat
31. Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
32. Pada hidung= Banyak rezeki
33. Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati
34. Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur
35. Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama
36. Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri= Baik budi
38. Alis kanan= Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri= Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan= Suka menolong
44. Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan
46. Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri= Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan= Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman
54. Ubun-ubun= Kurang jujur
55. Pusat= Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan= Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri= Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri= Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah= Agak malas
82. Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana

Semua diatas ini adalah rumusan sahaja....
Kajian pakar2........Hanya untuk ingin tahu sahaja..........janganlah mempercayai 100%
2:45 PM | 0 ulasan | Read More

Ayat Power Karam Singh Walia



1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!



2:42 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin