Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Selagi masih ada sinar mentari



Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita. Tapi kita hanya membalasnya dengan menangis sepanjang malam..

3 tahun, ibu menyediakan dan menyuapkan kita dengan makanan yang penuh lazat dan berzat. Namun kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai...

4 tahun, ibu membeli krayon untuk mengajar kita lukisan. Tapi kita membalasnya dengan menconteng dinding di rumah..

5 tahun
, ibu membeli kita baju raya yang baru di Hari Raya. Namun kita mengotorkannya apabila kita jatuh ke dalam lopak..

7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah. Tapi kita mengatakan dan menjarit.."TAK NAK"..

10 tahun, ibu menghantar kita pergi menghadiri kelas tuisyen, bershopping, ke rumah kawan. Namun, kita tidak pernah toleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih...

11 tahun, ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Tapi kita membalasnya dengan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita...

12 tahun, ibu sentiasa menasihatkan kita agar jangan tengok tv selalu. Namun, kita tidak mengendahkanya lagi-lagi bila ibu tiada di rumah..

13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan "IBU NI TAKDE TASTELAH!!"

16 tahun
, ibu inginkan dakapan daripada kita setelah penat dan baru balik daripada kerja. Namun kita membalasnya dengan mengunci diri kita di dalam bilik dan bersendirian...

17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi kita tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana celebrate dengan kawan-kawan..

19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk kita masuk universiti dan mengangkat beg kita dengan penuh rasa kasih dan sayang. Namun,kita membalasnya dengan menyalam ibu di luar dorm kerana malu nampak dek kawan-kawan..

20 tahun
, ibu bertanya sama ada kita mempunyai gf/bf?Tapi kita membalasnya dengan mengatakan.."KEPOHLAH IBU NI!"..

21 tahun
, ibu bertanya apa cita-cita kita? Namun kita menjawabnya.."BUKAN MACAM IBU!!"..

23 tahun
, ibu membelikan kita baju baru kerana kita mendapat kerja baru. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan kepada kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan..

25 tahun
, kita berumahtangga dan ibu menangis kegembiraan dan berkata ibu sayang dan kasih kepada kamu. Namun,kita membalasnya dengan berpindah dan berjauhan dengan ibu sejauh 300km..

27 tahun
, ibu menelefon kita dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan "ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU!!"

40 tahun
, ibu menelefon dan memberitahu ada kenduri di kampung. Namun kita membalasnya dengan mengatakan.."SAYA SIBUKLAH BU SEKARANG NI!!"...

50 tahun
, ibu sakit dan memerlukan penjagaan dan kasih sayang kita.. Kita balik melawatnya dengan membawa buah epal dan merungut tentang kesibukan di tempat kerja..dan segera balik ke kota..

Satu hari, ibu meninggal dunia.. Sempatkah kita membalas jasa ibu? Berbaloikah jasa ibu ke atas kita? Sedangkan kita langsung tidak mebalas budinya..
Sayangilah ibu sebelum dia pergi meninggalkan kita. Meninggalkan dunia, meninggalkan kenangannya bersama kita. Sedangkan dia telah pergi menemui cinta suci... cinta hakiki.. cinta teragung..
8:56 PM | 0 ulasan | Read More

Jangan Biadab Kepada Ibubapa



BIADAP KEPADA IBUBAPA BAKAL MENGUNDANG BENCANA
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah yang anak-anak derhaka yang sanggup membuangkan bapa mereka yang telah dimamah usia sehingga terpaksa merempat meminta belas ihsan orang lain. Dalam kes yang pertama seorang bapa yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung ditinggalkan di sebuah perhentian bas kerana dikatakan kehadirannya tidak disukai oleh isteri anaknya lalu kewujudan beliau dirumah boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka. Dalam kes kedua pula seorang bapa yang sedang mengidap penyakit buah pinggang kronik dianggap sebagai beban bagi anak-anak kerana perlu menghantar bapa mereka ke pusat hemodialisis lalu ditinggalkan bapanya yang sedang sakit itu dipusat tersebut. Maka tercampaklah kedua-dua bapa yang suatu ketika dulu telah bertungkus-lumus membanting tulang untuk membesarkan anak-anak mereka di rumah orang-orang tua Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apa yang lebih mendukacitakan sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sebagai orang Islam sedangkan Islam telah mencela dengan keras perbuatan seumpama ini. Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: "Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?" Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: "Sudah tentu wahai Rasulullah." Baginda menjelaskan: "Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu." – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654

Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibubapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Di sisi lain Allah S.W.T. berfirman: "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa." – al-Nisaa' (4) : 36 Di dalam ayat ini setelah Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mengtauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah S.W.T turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibubapa mereka dengan baik. Dalam ertikata lain seseorang itu tidak dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi dia tidak berbuat baik kepada orang tuanya.

Keredhaan Allah S.W.T terhadap hamba-Nya juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga hal ehwal ibubapanya. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa." – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821. Menerusi hadis ini dapat kita fahami bahawa hubungan seseorang insan itu dengan Allah S.W.T. akan terjejas sekiranya dia menderhaka kepada ibubapanya. Sikap kurang ajar seorang anak kepada ibubapa bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T. sehingga Allah tidak lagi meredhai anak tersebut.

Justeru Islam telah mengajar penganutnya agar sentiasa berusaha untuk menggembirakan ibubapa lebih-lebih lagi yang telah lanjut usianya dengan apa jua cara selagimana ia tidak bercanggah dengan syarak. Islam melarang seseorang itu sama sekali untuk bersikap kasar kepada ibubapanya. Firman-Nya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia." – al-Israa' (17 : 23).

Menjaga ibubapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah. Kebiasaanya tubuh yang telah dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya memerlukan bantuan daripada anak-anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, kuat terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara. Ada juga yang telah mula lemah daya ingatannya menyebabkan perbualan dengan mereka adakalanya boleh menyebabkan seseorang anak itu hilang sabar. Namun kesukaran dalam menjaga ibubapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibubapa mereka dan tetap menjaga mereka dengan baik dalam apa jua suasana maka mereka sebenar telah menempah tiket untuk ke syurga. Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibubapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki syurga. Baginda pernah bersabda: "Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!" Baginda ditanya: "Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?" Baginda menjawab: "Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 2551

Kedudukan istimewa seorang ayah dan ibu itu semakin terserlah apabila Rasulullah s.a.w tidak membenarkan seseorang itu melaksanakan satu misi yang besar lagi penting dalam urusan dakwah sekiranya ia bakal mengundang kesedihan kepada ibubapanya atau tidak mendapat keizinan dari mereka. Ketika peristiwa hijrah terdapat seorang sahabat yang telah datang kepada baginda dengan memberi taat setia (bai'ah) untuk turut berhijrah namun perbuatannya ini telah menyebabkan kedua ibubapanya menangis. Maka rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: "Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis." – Hadis riwayat Imam al-Nasaa'i di dalam Sunannya, no: 4093. Di dalam peristiwa yang lain seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w. untuk berjihad bersama baginda namun apabila baginda mendapati dia belum mendapat keizinan daripada kedua ibubapanya maka baginda bersabda: "Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin daripada mereka berdua. Jika mereka mengizinkan kau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua." – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya. no : 2168. Lihatlah bagaimana berbakti kepada ibubapa itu lebih utama berbanding dua perkara yang begitu penting dalam Islam iaitu peristiwa hijrah dan juga jihad.

Berhati-hatilah bagi anak-anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mereka mendoakan keburukan terhadap anak-anak mereka kerana doa mereka yang telah dizalimi dan doa ibubapa itu pasti makbul. Rasulullah pernah bersabda: "Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya." – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1828.

Sikap biadap kepada ibubapa ini turut bertentangan dengan budaya orang Melayu yang terkenal dengan tatasusila yang tinggi serta lemah lembut. Entah mana silapnya sifat jelik menghina dan membuang bapa sehingga merempat di tepi jalan ini boleh wujud di tengah-tengah masyarakat Melayu yang beragama Islam. Penduduk sekeliling perlu menghukum mereka yang menzalimi orang tua mereka dengan memboikot mereka dalam urusan harian agar mereka tahu perbuatan mereka itu tidak diterima oleh masyarakat. Jangan kita berlembut dengan si penderhaka yang tidak tahu mengenang jasa orang tuanya itu. Sekiranya terhadap bapanya yang telah membesarkannya sanggup dizalimi, apakah yang menghindarkannya dari menzalimi jiran tetangga?

Secara realitinya setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Setiap anak adam itu sering berbuat ksilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat." – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2423. Sehubungan dengan itu bagi mereka yang telah menderhaka kepada orang tua mereka, hendaklah kembali ke pangkal jalan. Bertaubatlah dengan segera kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya-Nya walau sebesar mana dosa mereka selagi tidak melakukan perbuatan syirik. Segeralah memohon keampunan kepada ibubapa yang telah dizalimi itu dan jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kembalikankan mereka kepangkuan keluarga, jagalah mereka dengan baik dan jangan biarkan mereka terus bersedih di rumah orang-orang tua seolah-olah mereka ini tiada zuriat yang bertanggung-jawab atas hal ehwal mereka.


8:46 AM | 0 ulasan | Read More

Doa untuk Ibu Bapa



Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata:

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu."

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari.
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (eg. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya) InsyaAllah.
- Berusaha dan bertawakal. Insyallah, rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)

Mari kita cuba. Allahhuakhbar!

Insya Allah.

Allahu Akbar !

Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat ini ke rakan Dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang tidak disangka-sangka. ..Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu. Tapi limpahan KurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya...

Subhanallah! Alhamdulillah.



4:00 PM | 0 ulasan | Read More

7 'C' sebab SUAMI BENCI ISTERI


Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini diperolehi menerusi kiriman email rambang. Cam best utk renungan kita bersama :-)

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak y aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ....

10:38 PM | 0 ulasan | Read More

KEINSAFAN

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menj adi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah h adi r ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. J adi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menj adi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam


10:33 PM | 0 ulasan | Read More

Erti Tangisan


Ketika kanak-kanak :

menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja :
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.

Ketika usiaku menginjak dewasa :
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.

Ketika usiaku berada di penghujung :
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad untuk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !

Mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara-perkara remeh meliputi hal-hal duniawi..TAPI kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA, kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia, sehingga kita lupa untuk menangis atas kurangnya harta serta saham untuk alam abadi kelak, kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih, isteri atau suami serta anak-anak, tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA. Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi, namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..

Renung-renungkanlah ..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama..



9:26 PM | 0 ulasan | Read More

Akibat Terlalu.....

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalubanyak ketawa/gembira - merosakkan usus.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13.. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

16. Terlalu banyak blogwalking / facebook - nanti bos marah. Dah ... pegi sambung buat keje tu.


2:17 PM | 0 ulasan | Read More

"Menangani tekanan dalam kehidupan"



Islam telah memberikan beberapa garis panduan bagi menghadapi masalah atau tekanan hidup kepada setiap individu muslim. Antaranya ialah :

1- Sandarkan harapan kita dan pergantungan kepada allah.

Hanya allah s.w.t sahajalah tempat untuk kita menyandarkan harapan dan sebagai tempat bergantung apabila menghadapi sesuatu tekanan, dengan penuh kesabaran dan keyakinan terhadap allah s.w.t. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh rasulullah s.a.w :

"Sebaik-baik senjata bagi orang mukmin adalah kesabaran dan doa (mohon pertolongan allah s.w.t)".

2- Mohon pertolongan dari Allah s.w.t.

Kita sebagai makhluk allah perlulah menyedari tentang peranan dan tanggungjawab kita kepada allah s.w.t. Ini kerana kita telah membuat ikrar dan pengakuan yang berulang-ulang kali dalam bacaan surah al-fateha, dimana kita menyerahkan dan mengabadikan diri hanya kepada allah dan kepadanya jualah kita memohon pertolongan. Maka wajarkah kita buat berulang-ulang kali?. Inilah perkara yang perlu kita fahami supaya kita sentiasa teguh dengan pegangan akidah islam yang sebenarnya. Perkara yang penting untuk memohon pertolongan dengan allah bukanlah semata-mata pertolongan, bahkan perlu didahului dengan menjaga persoalan isbadat seperti solat dan ibadat yang lain, yang mana kesemuanya dilaksanakan dengan penuh sabar dan redha, dengan ketentuan allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan mintalah pertolongan (kepada allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".

Al-Baqarah ayat 45

3- Jangan kita sedih dan kecewa.

Kita jangan cepat berputus asa dengan masalah yang dihadapi, sebaliknya tingkatkanlah usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasi masalah tersebut. Seperti yang telah dijelaskan, bahawa setiap ujian yang datang itu adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan kita terhadap allah s.w.t disamping sebagai peringatan kepada mereka yang ditimpa masalah, sebagaimana firmannya:

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), pada hal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (bersungguh-sungguh) beriman".

Ali-Imran ayat 139

4- Berkongsi masalah.

Luahkanlah masalah tersebut pada teman-teman yang bertakwa lagi boleh dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang ditanggung. Suami harus berteru terang dengan isteri bila menghadapi masalah, begitu juga isteri dan juga anak-anak haruslah berbincang dan bersikap mahu berkongsi masalah dengan ibu bapa mereka, begitu juga pelajar boleh berkongsi masalah dengan guru dan sebagainya.


2:24 PM | 0 ulasan | Read More

Nasihat Kehidupan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
10:33 AM | 0 ulasan | Read More

Kasih sayang..



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini : 




Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana pula kasih sayang itu nak berkekalan? 



Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. 



Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat? 



Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. 



Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas...
8:36 AM | 0 ulasan | Read More

Petua Membersihkan Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.

5:27 PM | 0 ulasan | Read More

Berdoalah kepada ibu bapa...



Berikut adalah kiriman email yang saya perolehi tentang pesanan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Semoga Allah memberkati dan merahmati pengirim email tersebut juga Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah

5:20 PM | 0 ulasan | Read More

SEBESAR ZARAH SAHAJA

Lihatlah api itu, panas membara. Barang terkena sedikitpun, kita pasti merintih

pedih. Menyakitkan.

Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah

Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT

telah memerintahkan Malaikat Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk

dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as.

Maka Jibril pun pergi menemui malaikat penjaga neraka yang bernama Zabaniah.

Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk

dihantar ke dunia. Api itu untuk kegunaan Adam di dunia.

Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : Sebesar kurma. ..

Zabaniah : Jika sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa, nescaya akan cairlah

tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.

Jibril : Jika begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah : Jika sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia

nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun

tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit itu, maka Jibril as pun menghadap Allah SWT untuk

mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia.

Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api

neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril as mengambil api neraka sebesar zarah

dari Zabaniah. Tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar

zarah itu terpaksa di sejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai

di syurga dan sebanyak 70 buah sungai di dunia.

Selepas itu Jibril a.s pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas

sebuah bukit yang tinggi. Sejurus setelah diletakkan api tersebut, tiba-tiba bukit

itu terus meleleh dan cair. Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api

tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat

di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk

api gunung berapi dan sebagainya.

Maka, bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukkan

dalam 70 buah sungai syurga dan sungai dunia itu kita tidak termampu menahan

kepanasannya, bagaimana dengan api neraka yang sebenar di akhirat nanti?

Wallahu'alam.







11:02 AM | 0 ulasan | Read More

Siapa Sebenarnya Kita


Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..

Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"

Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"

Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..

Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.

Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.

"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.

Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...


moral:

Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.


8:41 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah Dua Biji Benih

Dua biji benih pokok bunga Keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.Biji benih pertama berkata, "Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarkutertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku".


Biji benih kedua pula berkata,"Tidak! Aku takut. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akarku akan tempuhi didalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak...! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat".


Maka, biji benih kedua itupun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah. Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampaklah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya.


Wahai kawan-kawanku, beranilah menghadapi cabaran. Cabaran mematangkan cara kita berfikir dan bertindak. Jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman. Jangan takut menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah... kerana jika anda takut dan kecut... anda akan hancur dimakan zaman. Buka minda... buka hati... kenali diri!


2:18 PM | 0 ulasan | Read More

Pengajaran Tukang Kayu


Pada satu masa , terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang.

Tukang kayu ini tidak akan menerima upah lagi sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tenatang hasratnya itu. Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.


Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat. Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata,

"Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Dia tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

Pengajaran

Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI.

Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh. Sematkan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."





5:04 PM | 0 ulasan | Read More

Surat dari anak yang dah tak degil..

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, rasanya baru semalam mak peluk kita kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa.....dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

Mak macam dah sedia.....Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu.....pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran Siam ......kengkadang siaran Indonesia...mak terus tekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bagitau kat mana semua duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kita gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
kita kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata...' dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan
nangis ya..'
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk 'anak soleh' kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata...' tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..'
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti..
sampai kiter boleh rasa naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil



surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita
di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan
masing2, dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..
8:14 AM | 0 ulasan | Read More

Antara Manusia, Burung Dan Cacing


Bila kita sedang mengalami kesulitan hidup kerana himpitan keperluan, cubalah kita ingat pada burung dan cacing. Kita lihat burung tiap pagi keluar dari sarangnya untuk mencari makan. Tidak terbayang sebelumnya ke mana dan di mana ia harus mencari makanan yang diperlukan.

Kerana itu kadangkala petang hari ia pulang dengan perut kenyang dan dapat membawa makanan buat keluarganya, tapi kadang makanan itu cuma cukup buat keluarganya, sementara ia harus "puasa". Bahkan seringkali ia pulang tanpa membawa apa-apa buat keluarganya sehingga ia dan keluarganya harus "berpuasa". Meskipun burung lebih sering mengalami kekurangan makanan kerana tidak punya punca yang tetap, apalagi setelah kawasannya banyak yang diceroboh manusia, namun yang jelas kita tidak pernah melihat ada burung yang berusaha untuk bunuh diri.

Kita tidak pernah melihat ada burung yang tiba-tiba melayangkan kepalanya ke batu. Kita tidak pernah melihat ada burung yang tiba-tiba menenggelamkan diri ke sungai. Kita tidak pernah melihat ada burung yang memilih meminum racun untuk mengakhiri penderitaannya. Kita lihat burung tetap optimis akan makanan yang dijanjikan Allah. Kita lihat, walaupun kelaparan, tiap pagi ia tetap berkicau dengan merdunya. Tampaknya burung menyedari bahawa demikianlah hidup, suatu waktu berada di atas dan di lain waktu terhempas ke bawah. Suatu waktu kelebihan dan di lain waktu kekurangan. Suatu waktu kekenyangan dan di lain waktu kelaparan.

Sekarang marilah kita lihat haiwan yang lebih lemah dari burung, iaitu cacing. Kalau kita perhatikan, binatang ini seolah-olah tidak mempunyai keupayaan yang layak untuk survive atau bertahan hidup. Ia tidak mempunyai kaki, tangan, tanduk atau bahkan mungkin ia juga tidak mempunyai mata dan telinga. Tetapi ia adalah makhluk hidup juga dan, sama dengan makhluk hidup lainnya, ia mempunyai perut yang apabila tidak diisi maka ia akan mati.Tapi kita lihat , dengan segala keterbatasannya, cacing tidak pernah putus asa dan kecewa untuk mencari makan. Tidak pernah kita menyaksikan cacing yang mengetuk-ngetukkan kepalanya ke batu.

Sekarang kita lihat manusia. Kalau kita bandingkan dengan burung atau cacing, maka keupayaan yang dimiliki manusia untuk mencari nafkah jauh lebih canggih. Tetapi kenapa manusia yang dibekali banyak kelebihan ini seringkali kalah dari burung atau cacing ? Mengapa manusia banyak yang putus asa lalu bunuh diri menghadapi kesulitan yang dihadapi? Padahal rasa-rasanya belum pernah kita lihat cacing yang berusaha bunuh diri kerana putus asa. Rupa-rupanya kita perlu banyak belajar dari burung dan cacing.

Wallahu'alam.


8:39 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah seekor kupu kupu


Sekadar renungan bersama..

Seorang lelaki menemukan kepompong seekor kupu kupu.. suatu hari lubang kecil muncul.. dia duduk mengamati dalam beberapa jam calon kupu kupu itu.. ketika dia berjuang dengan memaksa dirinya melewati lubang kecil itu.. kemudian kupu kupu itu berhenti membuat cubaan untuk keluar dari kepompong.. dan lelaki tersebut melihat kupu-kupu itu telah berusaha semampunya dan ia tidak dapat keluar lebih jauh lagi.. akhirnya lelaki tersebut memutuskan untuk membantunya.. dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kengkangan dari kepompong itu.

Kupu kupu tersebut keluar dengan mudahnya.. namun dia mempunyai tubuh gembung dan kecil.. sayap sayap mengerekot.. lelaki tersebut terus mangamatinya karena dia mengharap bahawa pada suatu saat sayap sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menopang tubuhnya dan mungkin akan berkembang seiring dengan waktu pembesarannya.. namun…semuanya tak pernah terjadi.

Kenyataannya..
kupu kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitar tempat itu dengan tubuh gembung dan sayap sayap yang mengerekot.. dan kupu-kupu itu tidak pernah dapat terbang.

Apa yang ingin direnungkan disini..

…..bahawa kepompong yang menghambat dan perjuangan yang diperlukan oleh kupu kupu itu untuk melewati lubang kecil adalah.. hanyalah jalan yang Tuhan beri untuk memaksa cairan dari tubuh kupu kupu itu kedalam sayap sayapnya sedemikian mengikut aturan hidup seekor kupu-kupu.. sehingga dia akan siap terbang dan memperolih kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.. jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa hambatan perjuangan.. itu mungkin akan melumpuhkan kita.. kita mungkin tidak sekuat yang semestinya yang diperlukan untuk menopang cita cita dan harapan yang kita mintakan.



4:08 PM | 0 ulasan | Read More

Tips Mengurangkan Stress


Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8.) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.


12:20 AM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin