Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Showing posts with label Cari Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Cari Ilmu. Show all posts

Facebook Simbol Emoticons


Ada facebook? Selalu chat? Haa ni aku ada icon untuk share dengan korang semua. Kalau letak icon time chatting ngan gf/bf mungkin nampak lebih menarik sikit..hehe..

Just copy emoticon dari list dibawah dan automatik akan keluar di ruangan chatting facebook korang. Enjoy! ;)

:42: = Number 42,

<(") = Penguin

(^^^) = Shark

:) or :-) or =) or :] = Smile

:D or :-D or =D = Big smile

>:o or >:-o = Smile with close eyes

:o or :-o = Surprise

:( or :-( or =( or :[ = Sad face

;) or ;-) = Wink

:'( = Crying

:* or :-* = Kiss

:p or :-p = Tongue

>:( or >:-( = Angry

<3 = Heart

:3 = Cat face , mustache

^_^ = Pleasant face

-_- = Pleasant face with eyes down

O:) or O:-) = Angel

3:) or 3:-) = Devil

:v = Pacman

:|] = Robot

8) or 8-) or B) or B-) = Glasses

8| or 8-| or B| or B-| = Dark glasses

:/ or :-/ or :\ or :-\ = Confuse

o.O or O.o = Big and small eye

:putnam: = Human head

10:51 PM | 0 ulasan | Read More

Komunikasi Non Verbal

Komunikasi terbahagi kepada dua komunikasi Verbal dan Komunikasi Non Verbal. Komunikasi non-verbal menurut kajian lebih berpengaruh dari komunikasi verbal dengan nisbah 65% dan 35%. Komunikasi Verbal ialah menggunakan kata-kata manakala komunikasi non verbal ialah seperti sentuhan, belaian mimik muka dan sebagainya. Rasulullah sendiri dalam hubungan dengan isteri-isteri baginda banyak menggunakan komunikasi non verbal. Antaranya mandi bersama, minum didalam bekas yang sama dan tempat yang sama, mengurut dan mengisi minyak pada tubuh badan dan sebagainya. Dalam ruangan ini aku nak sentuh mengenai tanda-tanda fizikal yang boleh dikenal pasti melalui isyarat seperti mata,suara, pergerakan fizikal dan mimik muka. Cuba perhatikan dan pelajarinya.



Mata

Bola mata berair…………perasaannya bermain
Tidak berkelip.………….dibuai bayangan lalu
Pandang lantai……………berfikir
Pandang dinding………….dibuai bayangan lalu
Kerap berkelip……………sedang sensitif
Pejam mata……………….tahan emosi
Pandang ke anak mata……sedar dengan apa yang dikata
Beliak mata……………….marah
Kesat mata………………..sebak

Suara

Lantang/ kuat……………..marah/ geram
Perlahan…………………..sayu, sedihatau kesal
Putus-putus……………….menahan perasaan
Lambat……………………perasaan bermain
Tinggi…………………….marah atau mengancam
Menggeletar………………Menahan perasaan
Tersedu-sedu……………..sedih, pilu atau sebak
Ketawa……………………gembira atau perli
Gagap……………………..terganggu atau ketakutan
Nafas panjang……………..tertekan
Senyap…………………….berfikir atau berkecamuk

Pergerakan Fizikal

Peluk tubuh……………….tidak selesa
Silang kaki………………..tidak selesa
Sila panggung…………….tenang
Condong ke depan………..serius atau beri perhatian
Condong ke belakang……..lesu, bosan atau terganggu
Picit jari…………………..cemas atau separuh sedar
Ketap bibir……………….menahan marah atau sebak
Ketap gigi………………...marah atau geram
Pandang atas……………...kecewa atau bosan
Genggam tangan………….geram atau marah
Gerak kaki………………..separuh sedar
Pegang tengkuk…………..bosan atau tidak selesa
Pegang kepala…………….menyesal
Garu kepala……………….menyesal
Geleng kepala…………….tidak percaya atau tidak setuju
Tutup muka……………….sangat sedih atau malu

Mimik Muka

Senyum…………………...gembira, puas hati atau lega
Kerut Dahi………………..bengang atau tidak setuju
Kerut Muka……………… takut atau tidak puas hati
Tenang……………………lega atau sedar
Gamam……………………terperanjat atau terkejut
Serius…………………….. terancam, tertekan atau marah
Selamba…………………..terancam, bosan atau ingin berhenti
7:57 AM | 0 ulasan | Read More

Berdoalah kepada ibu bapa...



Berikut adalah kiriman email yang saya perolehi tentang pesanan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Semoga Allah memberkati dan merahmati pengirim email tersebut juga Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah

5:20 PM | 0 ulasan | Read More

Cuba ini..

Buat seperti berikut....

1. Pergi kat Google - www.google.com. my
2. Klik Images
3. Taip sebarang keyword images yang anda inginkan
4. Pilih imej yang anda suka
5. Kemudian klik see full size image..
4. Anda akan dapat gambar penuh imej tersebut...
5. Padamkan alamat URL pada address bar tersebut dan gantikan dengan script di bawah

javascript:R= 0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document. images ; DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i
Jangan bimbang... ianya bukan virus..
11:25 PM | 0 ulasan | Read More

Pesanan Isteri Untuk Suami


  1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
  4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
  6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.
  7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!
  8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
  9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?
  11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.
  13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami"degil" tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.
  14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?
  18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.
  19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
  21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!


8:36 PM | 0 ulasan | Read More

Kamus Bahasa Kedah 2

1 qhe-ngau.... ......... ....cakar

2 se-qheyat... ......... .....reda/ surut

3 hambat...... ......... ..kejar

4 pe-qhembang. ......... .......bidik (aim)

5 contiang.... ......... ....lukis

6 ligan....... ......... .kejar

7 cemuih...... ......... ..bosan/jemu

8 tokak....... ......... .gigit

9 gey-qhek.... ......... ....basikal

10 gon......... ........cerun (bukit kecil)

11 belemoih.... ......... ....comot/ kotor

12 tetomoih.... ......... ....tersungkor

13 ku-tey...... ......... ..cubit

14 tak dan......... ........tak sempat

15 hebiaq...... ......... ..celupar

16 maneh melecaih.... ......... ....tersangat manis

17 Lincun/lencun. ......... .......basah

18 lokoih...... ......... ..kuyup

19 kawaq....... ......... .pencuri

20 kanyaq...... ......... ..mentah (berhingus)

21 ketegaq..... ......... ...degil

22 he-qhot petot....... ......... .senget benget

23 me-qhela.... ......... ....gatal

24 log laq......... ........cemekap/ cuai

25 hawing...... ......... ..pusing

26 punggai..... ......... ...baling/ lempar

27 tengalong... ......... .....tuju/ baling

28 me-qhe-kah.. ......... ......Kupas/ koyak

29 ayaq achaq....... ......... .air longkang

30 ha-qhin..... ......... ...hancing

31 kelepiaq.... ......... ....melibas

32 kelolo...... ......... .."tak berapa betoi"

33 hemoi....... ......... ."muka tak malu"

34 me-qhe-nyeh. ......... .......menggatal

35 da-oh....... ......... .tak "matching"

36 hapak pera'e...... ......... ..bau hapak

37 hijau me-qhe-ngak. ......... .......telalu "hijau"

38 celuih...... ......... ..muat

39 me-qhelit me-qhelap... ......... .....berkilau- kilau

40 me-qhe-yup.. ......... ......jauh/ sayup

41 qhem-pang... ......... ....."tergedik-gedik"

42 kampoi...... ......... ..kumpul/ kaut

43 je-qhang.... ......... ....rebus

44 capoi....... ......... .celupar

45 te-qhe-bey.. ......... ......lastik

46 melo-qhoih.. ......... ......lucut/ gelongsor

47 me-qho-not.. ......... ......membongkok

48 sene-qheh... ......... .....selisih

49 be-qha-chaq. ......... .......comot/ kotor

50 kahaq....... ......... .nakal

51 pedo........ ......... hati-hati

52 peysos...... ......... ..urus

53 hapuih...... ......... ..tenggelam (lemas)

54 qhan-dok.... ......... ....redah

55 se-ghoh..... ......... ...kebah/ kurus

56 qhen-jong... ......... .....tinggi lampai

57 pe-qho-ngoih. ......... .......panas baran

58 takek....... ......... .ketuk/potong

59 be-qhemba... ......... .....bersaing/ lumba

60 qhe-tiaq.... ......... ....ikhtiar/ fikir

61 ge-qhet..... ......... ...gigit

62 tahaq....... ......... .tahan

63 qha-gaih.... ......... ....panjat

64 melewaq..... ......... ...merayau

65 melahaq..... ......... ...kebulur

66 qha-bat..... ......... ...naik/panjat

67 qhim-bok.... ......... ....belasah

68 melilau..... ......... ...jalan- jalan

69 cuak........ ......... seram

70 juih........ ......... mulut muncung

71 luku........ ......... ketuk kepala

72 qhodong..... ......... ...melulu

73 qhedah...... ......... ..redah

74 ayaq seqhebat.... ......... ....air sirap

75 peqhasat.... ......... ....sangat dengki

76 mandom...... ......... ..lembap

77 ceqhoi...... ......... ..sangat cair

78 tepok....... ......... .lumpuh

79 qha-bit..... ......... ...terkoyak

80 kok-ko...... ......... ..dukung

81 mai......... ........mari

82 terple'ot... ......... .....terseliuh

83 gomoi....... ......... .bergaduh/ bergusti

84 ketit....... ......... .cubit

85 ga-qhet..... ......... ...gatal/ mengada-ada

86 nala........ ......... tersangat

87 mang-kark... ......... .....buah tak masak

88 bergenuak... ......... .....berduyun- duyun

89 pediah...... ......... ..makan

90 polok....... ......... .makan penuh-penuh

91 tey-liang... ......... .....senget

92 qhe-ling.... ......... ....jeling

93 peng-kaq.... ......... ....kaki tempang

94 me-qhe-nyut. ......... .......serabut

95 kesot....... ......... .alih

96 lanyau...... ......... ..bersihkan

97 cempong..... ......... ...angkat/ dukung

98 cepung...... ......... ..kepung

99 conek....... ......... .ekor

100 depa........ ......... mereka

101 qha-let..... ......... ...leka/cuai

102 cey-mey..... ......... ...mata bengkak

103 bakup....... ......... .mata layu

104 katok....... ......... .ketuk/pukul

105 buah ce-qhe-mai.. ......... ......buah kat kedah!

106 buah qhe-yang-dot. ......... .......buah kat kampung2 kedah!

107 ikan ka-qhen..... ......... ...ikan laga

108 bijik qhe-mia..... ......... ...warna keunguan

109 ikan temenung.... ......... ....ikan kembong

110 sendai...... ......... ..ketatkan/ kemaskan

111 ketuat...... ......... ..kutil

112 mengacom.... ......... ....mengadu

113 mengkelan... ......... .....tersangkut maka nan

114 kueh dangai...... ......... ..kueh dari kelapa parut

115 kueh ka-qhas..... ......... ...kueh macam "bihun"

116 mot......... ........bawak/ muat

117 en-jos...... ......... ..exzos

118 pedai ayam........ ......... kunci mangga/padlock

119 pre-wel..... ......... ...sprocket/ freewheel

120 pe-daq...... ......... ..rasa macam "colgate"

121 to-qheh..... ......... ...turis/ calar

122 tungging buyung...... ......... .."somersault"

123 ponen....... ......... .pondan/lembut

124 Kesot....... ......... .Injak

125 Qhamaih..... ......... ...Ramas

126 Pulun....... ......... .Bersungguh- sunguh

127 Kedeqhat.... ......... ....Kudrat

128 Biaq........ ......... Biar

129 Rabat....... ......... .Panjat

130 Ragaih...... ......... ..Panjat

131 Ghamei...... ......... ..Suka/gembira

132 Terebey..... ......... ...Lastik

133 Cewi........ ......... Belagak dgn barang baru beli

134 Belengaih... ......... .....Kotor

135 Contiang.... ......... ....Lukis

136 Mengkala.... ......... ....Kalau

137 Katik....... ......... .Kecik

138 Celapak..... ......... ...Dating & lintang pukang

139 Se-gheyau... ......... .....Takut- takut

140 Mengketedarah. ......... .......Makan

141 Melahaq..... ......... ...Makan

142 Hampa....... ......... .Mereka

143 Depa........ ......... Mereka

144 Merenyam.... ......... ....Gatal (playgirl)

145 Tak dan......... ........Tak sempat

146 Nyeh........ ......... Buang hingus

147 Ghe-nyeh.... ......... ....Senyum nampak gigi

148 Singkiaq.... ......... ....Singkir

149 Keleboq..... ......... ...Paya

150 Pulun....... ......... .Sungguh- sungguh

151 Lagu mana........ ......... Macam mana

152 Pok kai......... ........Duit dah abis

153 Terejai..... ......... ...Cakap secara kasar

154 Hawaq....... ......... .Penyamun

155 Ghe-nyeh.... ......... ....Senyum terlebih

156 Kuih........ ......... Buang

157 Kelepiaq.... ......... ....Tangan bergerak ke sana sini

158 Lau......... ........Reban ayam

159 Toslet...... ......... ..Lampu suluh

160 Pelekoh..... ......... ...Pukul

161 Luku........ ......... Pukul dengan guna tangan (kat kepala)

162 Ber-ghetoh.. ......... ......Berlaga

163 Merengit.... ......... ....Hitam

164 Kahaq....... ......... .Kasar

165 Cekeding.... ......... ....Kurus

166 Lit-lit..... ......... ...Panas

167 Tere........ ......... Pandai

168 Hampa....... ......... .Mereka

169 Ligan....... ......... .Kejar

170 Gelema...... ......... ..Kahak

171 Herot petot....... ......... .Bengkang bengkok

172 Je gheluih..... ......... ...Timbus

173 Melahaq..... ......... ...Makan

174 Pengkaq..... ......... ...Jalan tak betul

175 Aiyo........ ......... Sambil tepuk dahi

176 Puruih...... ......... ..Lidi

177 Tembun...... ......... ..Gemuk

178 Cemuih...... ......... ..Bosan

179 Cenge....... ......... .Garang

180 Perenguih... ......... .....Ganas

181 Juruih...... ......... ..Sirim air

182 Pelaq....... ......... .Kurang ajaq

183 Kurang ajaq........ ......... Pelaq

184 Hemoi....... ......... .Tak kisah

185 Lokoih...... ......... ..Basah

186 koi-koi..... ......... ...Pelan- pelan

187 Baloq liat........ ......... Malas

188 Terpe gheluih..... ......... ...Jatuh

189 Terpelohong. ......... .......Terbukak

190 Tak kelapaq..... ......... ...Tak ingin

191 Tergelinciaq. ......... .......Tergelinc ir

192 Koroi....... ......... .Kuruih

193 Koro........ ......... Sorang-sorang

194 Kelepiaq.... ......... ....Tangan bergerak kesana sini

195 Gabuih...... ......... ..Cuci

196 Gabuih...... ......... ..Gabus

197 Hinggut..... ......... ...Goyang

198 Terpeleot... ......... .....Tergeliat

199 Ghenjong.... ......... ....Panjang

200 Ghalit...... ......... ..Lalai

201 Pelat....... ......... .Loghat

202 Hang........ ......... Kau

203 Tawaq hebiaq...... ......... ..Tawar

204 Maneh melecaih.... ......... ....Manis

205 Ro choh........ ......... Tikam

206 Piau........ ......... Original

207 Chayaq...... ......... ..Cair

208 Orait....... ......... .All right

209 Gostan...... ......... ..Undur

210 gohead..................kedepan (selalu guna di baling)
10:49 PM | 0 ulasan | Read More

Kamus Bahasa Kedah 1

BERIKUT ADA BEBERAPA PERKATAAN,SEBUTAN,MAKSUD & CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT UTK DIKONGSI BERSAMA...

PERKATAAN : ghonot
SEBUTAN : [gho.not]
MAKSUD : tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu
AYAT : Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.

PERKATAAN : ghupin
SEBUTAN : [ghu.pin]
MAKSUD : kulit kering dari luka
AYAT : Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..

PERKATAAN :kecek
SEBUTAN : [ke.chek]
MAKSUD : pujuk
AYAT : Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...

PERKATAAN :selului
SEBUTAN : [se.lu.lui]
MAKSUD : kerap kali
AYAT : Selului sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...

PERKATAAN :meghelop
SEBUTAN : [me.ghe.lop]
MAKSUD : hampir malam
AYAT : Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..

PERKATAAN :ghona-ghoni
SEBUTAN : [ gho.na]
MAKSUD : warna-warni
AYAT : Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia

PERKATAAN :ghayup
SEBUTAN : [gha.yup]
MAKSUD : lesap sekelip mata/ terlalu laju
AYAT : Ish, puak ni bawak mutu me ghayup nak mampuih.. kot!

PERKATAAN :ghosek
SEBUTAN : [gho.sek]
MAKSUD : selongkar
AYAT : Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..

PERKATAAN : nyulog
SEBUTAN : [nyu.log]
MAKSUD : jatuh tersembam/ dibelasah teruk
AYAT : Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahag sangat!

PERKATAAN : bulog
SEBUTAN : [bu.log]
MAKSUD : lapar sangat
AYAT : Tak ke bulog aku nak makan masakan dia tu..

PERKATAAN : taboh
SEBUTAN : [ta.boh]
MAKSUD : pukul/ belasah
AYAT : Dengag kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?

PERKATAAN : ghelah
SEBUTAN : [ghe.lah]
MAKSUD : terkoyak
AYAT : Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?

PERKATAAN : ghunaih
SEBUTAN : [ghu.naih]
MAKSUD : cungkil/ kupil
AYAT : hai Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..

PERKATAAN : geghek
SEBUTAN : [ge.ghek]
MAKSUD : basikal
AYAT : Setiap pagi Zainol kayuh gerek ke tempat gheja!

PERKATAAN : mod
SEBUTAN : [mot]
MAKSUD : bawak pembonceng/ penumpang
AYAT : Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...

PERKATAAN : sakan
SEBUTAN : [sa.kan]
MAKSUD : hebat/ tak sangka
AYAT : Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!

PERKATAAN : sekeh
SEBUTAN : [se.keh]
MAKSUD : luku secara sipi
AYAT : Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!

PERKATAAN : seneghih
SEBUTAN : [se.ne.ghih]
MAKSUD : selisih
AYAT : Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!


PERKATAAN : Meqhenin
MAKSUD : tegang/cekang- perut
AYAT : Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi

PERKATAAN : Cemuih -
MAKSUD : bosan-
AYAT : cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari

PERKATAAN : Menyoqhok -
MAKSUD : sarapan pagi-
AYAT : pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyoqhok lagi

PERKATAAN : Menghenyeh -
MAKSUD :gatai menqhela-
AYAT : tak habih-habih chaq dok menqhenyeh kat cik putih tu

PERKATAAN : Ndoi -
MAKSUD : buaian-
AYAT : isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia

PERKATAAN : cheme -
MAKSUD : pree-
AYAT : ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin

PERKATAAN : seneghih -
MAKSUD : berlaga sipi-sipi

PERKATAAN : beghetoh -
MAKSUD : berlaga,

PERKATAAN : pengkarq -
MAKSUD : jalan mengengkang sikit,
AYAT : "korie tu, tak padan ngan kaki pengkarq, ada hati nak main bola 7 sebelah"

PERKATAAN : mandom -
MAKSUD : lembab/slow,
AYAT : " awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"

PERKATAAN : pangkin -
MAKSUD : benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat atau megheloh"

PERKATAAN : cunggit -
AYAT : "misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi"

PERKATAAN : ayam piru -
MAKSUD : ayam belanda/turkey

PERKATAAN : pak/mak/anak menakan -
MAKSUD : pak/mak/anak saudara

PERKATAAN : ketorq -
MAKSUD : bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin

PERKATAAN : Heliaq -
MAKSUD : sapu atau lap
AYAT: lepas makan jangan dok heliaq kat baju.

PERKATAAN : Kelepiaq -
MAKSUD : elakkan diri dari buat kerja.
AYAT : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.

PERKATAAN : Melingkaq -
MAKSUD : maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia...
AYAT : tuu dia tengok misai tidok melingkaq macam ulaq sawa.

PERKATAAN : Baloq liat -
MAKSUD : malas
AYAT : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.

PERKATAAN : Ceghin - tegak

PERKATAAN : Kughuih Kelepiang -
MAKSUD : teramat kurus.
AYAT : korie tu dah la kughuih kelepiang ,rambut pulak ceghin macam bulu landak.

PERKATAAN : kawaq - pencuri

PERKATAAN : melewaq- merayau/melilau

PERKATAAN : teqhebe - lastik cth : kepala pengadil habih bdarah krn di teghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati...

PERKATAAN : cemerkap - tak cermat

PERKATAAN : megheben - mengarut

PERKATAAN : celuih - muat,padan


PERKATAAN : Hinggut -
MAKSUD : goyang
AYAT : "oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi.... maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh..."

PERKATAAN : meghenyut -
AYAT : (Korie tu tak padan ngan anak meghenyut dah, dok menghela lagi)

PERKATAAN : bincut -
MAKSUD : binjul
AYAT : "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"

PERKATAAN : pancat - pancit

PERKATAAN : segagan - sebaya

PERKATAAN : beghemba -
MAKSUD : bersaing-saing...
AYAT : "Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekal nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin....

PERKATAAN : met ngot -
MAKSUD : lembab selembab-lembabnya....
AYAT : Awat la yang met ngot sangat ni..... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu....

PERKATAAN : Toyu - kicap

PERKATAAN : segan - malu dan malas(malaih)

PERKATAAN : beranda - serambi

PERKATAAN : mengoit -
MAKSUD : bergerak
AYAT : jangan dok mengoit.... satgi gambaq tak elok... kata ustad kat matbed...

PERKATAAN: sayop
MAKSUD : lewat
AYAT : hang dah la sayop...lepaih tuh dok berletiaq kat oghang lagi

PERKATAAN: semawa
MAKSUD : jemput
AYAT : hang makan tak semawa depa sama noh....

PERKATAAN: Tempik
MAKSUD : menjerit
AYAT : hang nak depa tempit nama hang kuat kuat ka....

PERKATAAN: Tambat
MAKSUD : ikat / mengikat
AYAT : hang nak depa tambat lembu tang mana

PERKATAAN: Tekoh2
MAKSUD : kadang - kdang
AYAT : tekoh2 ja depa mai sini pon....

PERKATAAN : Duit pecah
MAKSUD : duit syiling
AYAT : ‘Bagi mak pinjam duit pecah 4 kupang, nak bayar tol’

PERKATAAN : mengkala
MAKSUD : bila masa
AYAT : ‘mengkala aku bayaq kat hang’

PERKATAAN: kotkong
MAKSUD : naik belakang
AYAT : mai cik nak kotkong hang pi sanaKomuniti sepaku.net

PERKATAAN: kapok
MAKSUD : peluk / memeluk
AYAT : ishhh sat gi cheq kapok hang kut

PERKATAAN: gagau
MAKSUD : mencari
AYAT : hang dok gagau apa dalam semak tuh

PERKATAAN : kucai - kacau (orang dulu-dulu sebut kucai)

PERKATAAN : melugai - meloya
10:47 PM | 0 ulasan | Read More

Ibu Atau Anak??



Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya. "Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ...?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.......
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.
Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung ... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini.. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamad.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?
Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci.
Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita..

Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun solat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau solat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....

P/S : Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Kesimpulannya, perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis-majlis ILMU. Mudah-mudahan selamat kita semua di dunia & di akhirat. InsyaAllah..
9:58 PM | 0 ulasan | Read More

Terengganu Dialek Siri 2

21) Sempadan = Tara (TA-RA)
kebiasaannya merujuk kepada batu sempadan atau tara tanah (sempadantanah).Kadang-kadang kita akan mendengar ungkapan seperti ini,"tare(tara kadang-kadang dibaca dengan tegas, 'tarre') mane dier wak ke mung?"(sejauh mana die buat kat kau?).

22) Luah = Kehek (KE-HE-K)
Satu perbuatan memuntahkannya kembali seesuatu yang ada dalam mulut sama ada makanan atau air liur.

23) Tahan = Ok (O-K)
Kadang-kadang perkataan ini jua sama makna dengan sabar.

24) Suka meminta = Ngato (NGA-TO)
Merujuk kepada sikap seseorang individu yang suka meminta pertolonganatau meminta dibelikan berbagai-bagai barang atau seseorangkanak-kanakyang cerewet dalam soal makanan dan lain-lain.

25) Rejam = Tago (TA-GO)
Lebih kurang sama mana dengan perkataan 'pelekong'.merujuk kepadatindakan seseorang yang membaling sesuatu objek secara terus ke sasaran.

26) Pepatung = Sibo (SI-BO)

27) Kumbang = Gabo (GA-BO)

28)Mentadak-Mentadu = Sedusenu (SE-DU-SE-NU)
kadang-kadang jentolak juga dipanggil sedusenu.

29) Sengaja = Sengeleng (SE-NGE-LE-NG)
melakukan sesuatu perkara dengan sebab-sebab tertentu tanpa rasa bersalah.

30) Merah Padam = Bera (BE-RA)
merujuk kepada perbuatan menahan rasa malu yang amat sangat sehingga muka menjadi kemerah-merahan.

31) Lemau = Leik (LE-I-K)
merujuk kepada makanan yang kite sebut sebagai 'masuk angin'.

32) Datok = Tokki (TO-K-KI)
Panggilan biasa untuk datuk di terengganu.sama maksud dengan perkataan 'aki'.

33) Kehendak = Ere (E-RE)
Contoh; 'Jangang ikuk ere sangak ke die tu' (Jangan ikut sangat kehendak dia tu)

34) Belukar = Rok (RO-K)
kadang -kadang 'rok' membawa maksud 'larat' atau keupayaan meneruskansesuatu kerja.kalau ianya disebut dengan 'dok rok' membawa maksud samaada tidak larat atau tidak sihat.

35) Larat = Cakak (CA-KA-K)
Cakak lebih sesuai digunakan berbanding 'rok' untuk merujuk kepada 'larat'.

36) Tipu daya = Kecek (KE-CE-K)
Popular di Kelantan dan Terengganu.Jika ianya dibaca dengan 'Keccek' ianya membawa maksud 'bercakap' di dalam loghat Kelantan.

37) Uli = Kame (KA-ME)
Dibaca dengan 'Kamey'.boleh juga ditulis 'Kamir'.

38) Dusun = Bukek (BU-KE-K)
Sama sebutan dengan 'Bukit'.Sesetengah orang terengganu menggunakanistilah 'kapong' atau 'kampong' untuk merujuk kepada 'dusun'.

39) Beroh (BE-RO-H)
kawasan pantai yang mempunyai lopak-lopak yang dalam di beberapabahagian.seringkali dilarang untuk mandi di kawasan ini terutamanyabagi yang tidak pandai berenang.

40) Selalu = Sokmo (SO-K-MO)
Semua dah biasa dengar kot istilah 'senyum sokmo'.

41) Hampiri = Nete (NE-TE)
Dibaca dengan 'neytey'.kadang-kadag menjadi nette (neyttey) apabila diucap dengan kasar atau tegas.kadang-kadang disebut 'tete'(teytey)
10:14 PM | 0 ulasan | Read More

Terengganu Dialek Siri 1

1) Ambil berat = Cakna (CA-K-NA)
Perkataan yang digunakan merujuk kepada sifat seseorang yang mengambil berat atas sesuatu perkara.Dewan Bahasa dan Pustaka telah memasukkan perkataan ini dalam kamus DBP sebagai satu perkataan rasmi yang boleh digunakan dalam hal-hal persuratan.

2) Anjung / Beranda = Lambor (LA-M-BO-R)
Merujuk kepada satu bahagian rumah yang disediakan untuk bersantai atau tempat menyambut tetamu.

3) Awak = Deme (DE-ME)
Deme merujuk kepada awak. Banyak dituturkan di Terengganu dan Perak.Di Hulu Terengganu pula, sebutan 'Dime (Dimey) digunakan.

4) Awan = Awang (A-WA-NG)
Awan di dalam loghat Terengganu dipanggil Awang. Ianya juga menjadi nama bagi orang-orang Terengganu selain dari Embong (Embun). Awang juga dijadikan sebagai nama tidak rasmi sekiranya kita ingin memanggil seseorang itu tanpa kita ketahui nama sebenarnya. Sama seperti panggilan nama Ujang di Negeri Sembilan atau Johor.

5) Ayah = Bak (BA-K)
Bak adalah nama panggilan yang merujuk kepada ayah atau abah di Terengganu.Perkataan ini banyak digunakan di daerah Setiu, HuluTerengganu terutamanya di Kuala Berang dan Telemong, Marang dan Kuala Terengganu.Tidak dapat dipastikan sama ada perkataan ini turut digunakan di Dungun,Kemaman,Besut atau Kuantan.

6) Biar = Lok (LO-K)
Lok membawa maksud membiarkan atau dalam sesuatu kes seperti anakkecil menangis, ibunya akan kata, "Doksoh care ke dier, lok je die nangih.

7) Bodoh =Songo (SO-NGO)
Songo mungkin bermaksud sembilan di dalam loghat Jawa tetapi dalam loghat Terengganu ianya membawa maksud bodoh. Ayat-ayat seperti, bakpe mung songo sangat? Adalah ayat yangbiasa didengar apabila berada di dalam keadaan marah.

8) Capang = Gebeng (GE-BE-NG)
Gebeng (Geybeng)merujuk kepada sesuatu benda yang bersifat melebar seperti telinga ataulain-lain. Ianya juga menjadi nama rasmi sebuah tempat di daerahKuantan,Pahang.

9) Kemaman = wamang (WA-MA-NG)
Orang-orang tua kebiasaanya menyebut Kemaman sebagai wamang.

10) Kuantan = Watang (WA-TA-NG)
Sama seperti Kemaman, Kuantan disebut sebagai watang

11) Kopi = Kawa (KA-WA)
Di dalam loghat Terengganu, kopi disebut sebagai kawa.Kebanyakan remajadi Terengganu sudah tidak lagi mengenali perkataan ini. Kawa pernah ditanam di Kampung Beladau Selat dan Beladau Kolam di Kuala Terengganu selain di Chukai, Kemaman. Kedai Kawa juga banyak terdapat di sekitarKuala Terengganu pada masa dahulu.

12) Muara sungai = Mengabang (ME-NGA-BA-NG)
Mengabang bermaksud muara.Orang Terengganu biasanya hanya menyebutnyadengan sebutan ngabang. Antara nama-nama kampung yang menggunakanperkataan ini ialah Mengabang Telipot dan Mengabang Tengah.

13) Pamer = Lewa (LE-WA)
Satu perbuatan meronda-ronda seperti lagak polis yang sedangmengintip.ataupun satu perbuatan memerhatikan rumah seseorang denganberulang kali dengan niat-niat tertentu tanpa bersembunyi atauberselindung.

14) Sombong =Gong (GO-NG)
Ada tiga maksud yang merujuk kepada gong.Pertama ianya sejenis alatmuzik tradisional.Kedua, ianya membawa maksud kawasan tanah tinggi . Ketiga ianya bermaksud seseorang yang sombong. Antara nama kampung yang menggunakanperkataan ini ialah Kampung Gong Beris, Gong Rusila, Gong Kedak, GongBadak dan Gong Balai.

15) Tukar = Lele (LE-LE)
Lele (Leyley) bermaksud satu sikap yang suka menukar-nukar pakaian dan lain-lain lagi.

16) Nakal = Nano (NA-NO)
Seringkali merujuk kepada kanak-kanak yang suka buat hal tak kira tempat.

17) Bahagi = Kacong (KA-CO-NG)
Pada umumnya kebanyakkan orang hanya mengenali belalang Kacong atauPadang Kacong (sebuah kawasan di terengganu). Kacong bermaksud sesuatuyang dipotong-potong atau dibahagi-bahagikan samada kepada 2 bahagianatau lebih. Kadang-kadang kita biasa mendengar istilah' kacong kalang'(mengasah pensil).

18) Paksa diri = Tebeng (TE-BE-NG)
Merujuk kepada tindakan mendesak diri untuk melakukan sesuatu.

19) Halang penglihatan = Tebeng (TE-BE-NG)
Walaupun perkataan ini sama cara ianya ditulis tetapi sebutannyaberlainan. Kerana tebeng (halang penglihatan) dibaca denga 'e pipih'atau'Teybeng'.

20) Melimpah - Rumbu (RU-M-BU)
Lebih merujuk kepada situasi apabila sesuatu benda yang melimpah atau melebihi takat penuh sehingga melimpah keluar. Contohnya gula dan beras..
10:07 PM | 0 ulasan | Read More

Fakta Tentang Kulit Manggis


KHASIAT KULIT MANGGIS

1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf)
4. Anti-ulcer (stomach,mouth and bowel ulcers)
5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/ panik/cemas)
7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)...
shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.
9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system
10. Anti-aging(Anti penuaan)
11. Anti-oxidant( Buang toxic dalam badan)
12. Anti-viral (membunuh kuman)
13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggela kkan kulat)
15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantik kan kulit)
16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol jahat)
17. Anti-atheroscleroti c (prevents hardening of arteries)
18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)
19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)
20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, helps lower bloodsugar/kurangkan gula dalam darah)
21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)
22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)
23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)
24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)
25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)
26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)
27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)
28. Anti-Parkinson
29. Anti-diarrheal
30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)
31. Anti-vertigo (prevents dizziness)
32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)
33. Anti-cataract (prevents cataracts)
34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi seluruh badan.

GOUT
Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan.

Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni.

Caranya
1. Ambil buah manggis
2. Kupas
3. Isi dia enak di makan
4. Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering
5. Bila nak guna, ambil air panas, 2-3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.
6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.


10:36 PM | 0 ulasan | Read More

Mari belajar bahasa Kelate 1

Pada sesiapa yang nak belajar loghat Kelantan atau yang ada hajat nak kahwin dengan mek kelate..baik belajar. Kalau tak..pening ppalo..heehehe..:P

Vocabulary :
Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik
Saksoba - Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun

Kredit to : isuhangat.blogspot.com
3:54 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin