Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts

Hati2 Ambil Wang di ATM



Kisah benar berlaku minggu lepas di sebuah bank di Sunway Tunas Bayan Lepas ketika ramai pekerja menerima gaji. Seorang guru wanita pergi ke ATM tersebut untuk mengambil wang bersama suami beliau. Suami beliau menunggu di dalam kereta. Waktu itu masih sianghari dan ada beberapa orang beratur dibelakangnya. Ketika siap menekan butang mesin dan menunggu wang RM1000 keluar seseorang mencuit bahu dan apabila berpaling beliau dapati "suaminya" ada dibelakang dan meminta wang tersebut serta menyuruh beliau mengeluarkan RM1000 lagi. Tanpa banyak soal guru berkenaan mengeluarkan wang lagi dan diserahkan kepada "suaminya" kemudian keluar terus ke kereta. Di dalam kereta beliau bertanyakan tentang wang berkenaan tapi dinafikan oleh suaminya dan dalam masa tu barulah beliau sedar yang dia telah dipukau.
7:36 PM | 0 ulasan | Read More

Saham Akhirat


Sebuah lagi asrama anak anak yatim dan miskin memerlukan bantuan kita:

NAMA : Asrama Anak-Nak Yatim/Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda
ALAMAT : Lot 429 & 431 , Kampung Tersusun Tanah Hitam, 32100 Chemor, Perak Darul Ridzuan
PENGHUNI : 40 Orang Anak Anak Yatim Dan Miskin
PENTADBIR : En. Shaharuddin Bin Razali
TEL : 05-2011391 / 012-2707619

Almari yang telah usang dan pecah dapur juga perlu ditambah kerana dapur yang ada tidak sesuai untuk kegunaan memakan dalam jumlah yang ramai. Alat tulis juga didaati tidak sempurna, didapati pensil yang tidak mengcukupi dan telah terlalu pendek serta anak-anak ini tidak mempunyai sebarang pensil warna dan alat geometri bagi yang bersekolah menengah.

Setor juga tidak memuaskan dengan tidak mempunyai bekalan biskut, milo, susu dan tepung bihun dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana pihak pengurusan kekurangan dana dan memumpukan perbelanjaan makan rutin sahaja seperti makan T/H dan malam.
Asrama atau tempat tidur yang sedia ada untuk anak-anak perempuan tidak lengkap dengan bilangan tilam dan katil yang tidak mengcukupi serta almari pakaian.

Justeru itu kami merayu simpati dan belas ikhsan tuan/puan untuk tampil ke hadapan menghulurkan sumbangan anda sebarapa ikhlas terutama untuk membeli peralatan asas untuk pendidikanseperti alatulis dan buku-buku.

Semuga Allah jua yang membalas budi tuan/puan.


8:39 PM | 0 ulasan | Read More

Jangan tertipu dengan mineral water ini


Air paip dibotol label berjenama

Oleh Mohd Amin Jalil

am@hmetro.com.my


SEREMBAN: Segelintir pengeluar air minuman berbungkus (AMB) dan air minuman mineral semula jadi (AMS) dikesan menggunakan label berjenama tertentu termasuk gambar personaliti pada botol air minuman yang dikeluarkan itu tanpa kebenaran bagi melariskan jualan.

Bagaimanapun, kegiatan licik mereka terbongkar dalam operasi yang dijalankan Bahagian Penguat kuasa Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) bermula 4 Mac lalu.

Dalam operasi itu, sejumlah 5,868 botol AMB dan AMS pelbagai jenama bernilai RM8,489 dikesan melakukan pelbagai kesalahan termasuk menyalahi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Antara kesalahan yang dilakukan termasuk mengedar produk tanpa kelulusan, menggunakan jenama yang tidak dibenarkan, tidak mempunyai lesen atau lesen sudah tamat tempoh dan berselindung dengan memasarkan AMS sedangkan air yang dibotolkan air paip.

Pengarah JKNS, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata pihaknya mendapati segelintir pengusaha produk minuman itu cuba mengelirukan orang ramai dengan melabelkan botol air kategori AMS tetapi menggunakan air paip dengan memasarkannya pada harga tinggi.

Katanya, setiap botol AMS dijual sepatutnya menunjukkan punca air diperoleh tetapi ia tidak dinyatakan pada label kerana punca air itu sebenarnya adalah air paip dan mereka sanggup menggunakan label tertentu bagi tujuan melariskan jualan.

“Malah, terdapat kalangan pengeluar produk itu yang dikesan menggunakan label tertentu termasuk personaliti tanpa kebenaran dan tidak kurang juga yang tidak memiliki lesen atau lesen mereka sudah tamat tempoh hingga menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Dalam operasi itu, kami membuat pemeriksaan terhadap 145 premis perniagaan di seluruh negeri ini dan hasilnya sebanyak 5,868 AMB dan AMS dirampas. Operasi akan diteruskan sehingga 16 Mac ini bagi memastikan kegiatan yang menyalahi undang-undang ini tidak terus berleluasa,” katanya pada sidang media di JKNS di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Operasi, Dr Zainuddin Mohd Ali.

Dr Zainal Ariffin berkata, selain mengelak kekeliruan di kalangan pengguna, operasi berkenaan bagi memastikan pengeluar air berkenaan mematuhi undang-undang ditetapkan demi kepentingan kesihatan masyarakat.


DAN JENAMA ITU IALAH: PERE OCEAN, PUREE H2O, PERRIER, EVIAN, GLORY BEACH RESORT DRINKING WATER, CORUS HOTEL DRINKING WATER, THE STORE DRINKING WATER, WATER STATION (MESIN AIR): ADAKAH GAMBAR PERSONALITI TU YANG ADA GAMBAR MAWI???

INGAT, AIR MINERAL MESTI ADA KELULUSAN KMM (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)



7:05 PM | 0 ulasan | Read More

AWAS !! Cara Sebarkan HIV


Untuk info semua....benar atau tidak...baik sebagai peringatan


Cara terbaru menyebar kuman HIV

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya.. . Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati. .. Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk.. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati. ... .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda
dan sesiapa saja....


6:23 PM | 0 ulasan | Read More

Bedak talkum undang maut?


Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.

Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.

Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.

"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.

Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.

Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.

"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.

"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.



6:18 PM | 0 ulasan | Read More

Awas helah Reader's Digest

Assalaamu'alaikum w.b.t.

Wahai sekalian Saudara-Saudari yang SeKalimah dengan hamba lagi Budiman-Budiwati serta dihormati juga disegani ditambahi kemuliaan dilebihi kehebatan.

Barangkali, tentunya ada di antara kita semua yang pernah menerima & mendapat surat dari Majalah Reader's Digest, yang menyatakan senarai list2 pemenang Hadiah2 Lumayan.

Dari pemerhatian hamba yang tidak seberapa & agak samar-samar ini, hamba berani katakan bahawa ianya adalah satu PENIPUAN BESAR SEMATA-MATA!!!

Bagi yang pernah ada mendapat Surat2 tersebut, Cuba perhatikan, Info para pemenang yang dinyatakan hanyalah sekadar Nama & Alamat Rumah/Alamat Surat-Menyurat pemenang tersebut. Info2 lain tidak disertakan, kalau tak silap hamba.

Kalau betul RR ini memberikan Hadiah2 yang sedemikian rupa & tidak takut bahawa peraduan tersebut adalah BENAR (Genuine), tentunya pihak RR tidak teragak-agak & tidak gementar sama sekali turut sertakan info Nombor IC (Nombor Kad Pengenalan) Pemenang.

Tetapi perkara ini (No. IC Para Pemenang) TIDAK dinyatakan sama sekali.

Contoh termudah ialah Peraduan Nombor Siri Bertuah Skim Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN BERANI menyatakan NO. IC para pemenang, kerana Peraduan SSP ini terbukti merupakan Peraduan yang Sahih, Legal & Genuine.

Sila ke Link di bawah ini...

http://www.bsn.com.my/simpanan/ssp/keputusanssp.asp

Tetapi, RR ini pula sudahlah tidak berani menyatakan No. IC para pemenangnya, malah tidak pula menyatakan alamat para pemenangnya di Link di bawah ini, seperti mana yang dinyatakan dalam surat-surat yang dihantar kepada kita secara rawak, sebaliknya menyatakan Nombor Telefon untuk dihubungi melalui medium perisian Skype, yang mana jika kita menghubungi Nombor Talian yang diberikan itu boleh dikatakan MUSTAHIL dapat berjaya dihubungi.

http://www.readersdigest.com.my/rd/rdhtml/..._realwinner.jsp


Maka mulai kini, bersama kita hentikan dari melanggan majalah RR ini dan banned RR ini.

Sekian sahaja, makluman yang ingin hamba sebarkan. Hamba tidak mahu ada & ramai di antara kita yang terpedaya dengan perangkap2 para penyangak RR & yang seangkatan dengan mereka seperti ini.

Memberitahu yang BENAR & HAQ serta menegakkan KEADILAN itu WAJIB bagi hamba-hamba seperti kita yang mengaku berpegang teguh dgn Kalimah SYAHADATUL-HAQ.

Hamba juga ingin menyarankan kepada Kalian semua agar sama-sama terus menyebarkan Maklumat ini kepada seberapa ramai & seberapa meluas yang boleh, bagi memberi pengajaran kepada kita semua & supaya Pihak RR dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Wallahu'alam...

Wassalaamu'alaikum w.b.t.
5:56 PM | 0 ulasan | Read More

Ingatan Untuk Kaum Wanita


Menurut laporan polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki di sebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci"haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah "Dating" dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut. Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan si perogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini dengan mendapatkannya dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.T olong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.


8:01 PM | 0 ulasan | Read More

Berhati-hati Dengan Syiling 5 sen......

KUALA LUMPUR : sekumpulan warga asing dikesan menggunakan syiling lima sen untuk memukau pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) sebelum melarikan barangan berharga mereka, termasuk wang tunai. Mulanya syiling lima sen itu dicampak ke lantai sebelum mangsa
mengutipnya lalu menyebabkan meraka tidak seadarkan diri lebih 30 minit. Dalam ks terbaru kelmarin, seorang wanita langsung tidak sedar beg tanganya dilarikan penjenayah itu selepas mangsa tunduk mengutip syiling di kakinya.

Kejadian pukau itu dilakukan seorang gadis ketika mangsa di stesen LRT Setiawangsa tanpa disedari orang ramai di kawasan itu.

Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali, Siti Rabiah 50-an hanya menyedari kehilangan beg tangannya sebaik tiba ke pintu rumahnya Di Taman Keramat Permai.

Menurut Siti Rabiah, dalam kejadian itu, dia yang baru habis berkerja pulang ke rumah menaiki LRT dari Taman Melawati sebelum berhenti di Stesen Setiawangsa.

"Sebaik keluar dari gerabak, saya berjalan pulang ke rumah. Tiba-tiba saya terlihat lima sen di lantai sebelum memungutnya.

"Selepas mengambil syiling terbabit saya tiba-tiba menjadi hilang ingatan dan kaku sebelum berjalan meninggalkan stesen LRT berkenaan," Katanya.

Sebaik tiba ke rumah setangah jam kemudian, dia sedar beg tanganya hilang.

Seingatnya kali terakhir beg tangan itu dibahu ketika memungut syiling itu sebelum berjalan pulang.

Kata Siti, dia kemudian memberitahu kejadian itu kepada anak saudara yang mencari beg tangan itu di Stesen LRT berkenaan.

Pada jam 10.30 malam, anak saudara menghubungi telefon rumahnya untuk kepastian berhubung telefon bimbit miliknya..

Ini kerana dia melihat seorang wanita berusia awal 20-an dalam keadaan mencurigakan sedang menggunakan telefon bimbit.

"Selepas saya mengesahkan telefon bimbit itu sama dengan telefon saya dia kemudian mengekori wanita itu yang menaiki Perdana V6.

"Anak saudara saya juga sempat mencatat nombor plat kereta itu," katanya.

Siti Robiah beberapa kali cuba menghubungi nombor telefon itu, tetapi ia dimatikan suspek.

Dia menghantar satu khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut suspek membuat laporan polis jika enggan menyerahkan beg tangan dan telefon bimbitnya

Kerana nombor plat kereta terbabit sudah diketahui.

"Ternyata idea saya itu berhasil kerana selepas beberapa minit seorang lelaki menghubungi dan meminta saya ke stesen LRT itu.

"saya bersama empat saudara ke situ, tetapi selepas hampir 15 minit menunggu, suspek gagal dikesan menyebabkan kami berpecah.

"tiba-tiba seorang lelaki berambut panjang muncul menyerahkan beg tangan dan telefon bimbit itu kepada saya.

Dia mendakwa beberapa lelaki menyuruhnya menyerahkan beg itu," katanya yang mendakwa lelaki itu terketar-ketar menggunakan dialek indonesia.

Siti Rabiah mendapati wang tunainya hanya tinggal RM30 menakala RM200 lagi lesap dan semua dokumen penting diperoleh semula.

** Kawan aku (seorang anggota polis) pernah ceritakan kat aku pasal kes ini. Banyak org dah kena, so kena berhati-hati.


2:48 PM | 0 ulasan | Read More

Waspada dengan polisi tabung amanah haji palsu


Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan umat Islam supaya tidak terpedaya dengan risalah Kumpulan Wang Simpanan Usahawan (KWSU) berhubung Polisi Tabung Amanah Haji yang kini tersebar luas di Banting, Selangor.

Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH Abdul Rashid Hussein berkata TH merupakan satu-satunya agensi yang dilantik kerajaan bagi menguruskan dana simpanan wang bakal jemaah haji Malaysia.

“TH juga merupakan agensi tunggal yang menguruskan urusan perjalanan haji semenjak penubuhannya 45 tahun yang lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata simpanan dalam TH dijamin kerajaan dan kadar pulangan tahunan yang diberikan dalam bentuk bonus tahunan sentiasa kompetitif dengan pasaran semasa.

Katanya dakwaan risalah itu membolehkan semua orang mempunyai satu bentuk simpanan yang lebih sistematik dan teratur tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya.

“Ini memandangkan TH telah mempunyai rekod latar belakang dalam menguruskan dana pendepositnya dengan lebih baik, sistematik, teratur dan selari dengan perkembangan teknologi,” kata Abdul Rashid.

Beliau berkata pembukaan akaun di TH adalah serendah RM2 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk orang dewasa dan tidak ada had maksimum tertentu.

“TH ingin menasihkatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak tertipu dengan kumpulan sindiket yang cuba untuk mendapatkan keuntungan melalui penipuan,” katanya.

Sementara itu, ketika Bernama menghubungi salah seorang anggota wakil polisi itu berdasarkan kepada risalah yang diedarkan, mendapati kumpulan tersebut beroperasi secara bersemuka dengan pelanggan dan tidak ada bangunan pejabat.

Wakil itu berkata segala transaksi dijalankan bersemuka dengan pelanggan di sekitar Banting dengan tempat ditentukan oleh pihaknya.

Beliau berkata untuk sebarang pendaftaran, pelanggan hanya perlu membawa wang sebanyak RM5,000 dengan salinan kad pengenalan, dan jumlah wang yang sama perlu ditambah setiap tahun untuk mengaktifkan polisi mereka.

Katanya, sistem pelaburan mereka turut meliputi perlindungan insuran, bagaimanapun beliau mendakwa wang pelaburan itu akan dipindahkan ke akaun TH menggunakan draf bank.
8:02 PM | 0 ulasan | Read More

AWAS : Arak Alaf Baru !!



"Jolly Shandy: Arak Alaf Baru yang mengelirukan !!! PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE.

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM....... ......... .
7:53 PM | 0 ulasan | Read More

Hati-hati di Highway Karak

Salam.. kepada penguna lebuharaya KL-KARAK tolong berhati-hati dekat beberapa Kilometer.

Umum ketahui bahawa cuti sekolah ni atau nak raya cina tak lama lagi ramai akan balik ke kampung terutamanya : Kelantan/Terengganu dan Pahang..

So kepada penguna lebuhraya KL-Karak tolong berhati-hati sikit ketika hari hujan sama ada menghala ke Karak mahupun ke KL.

Kadang-kala penarik kereta ni suka tuang minyak kat lokasi selekoh turun bukit..ada beberapa KM yang anda harus berhati-hati

Dalam Kosmo beberapa bulan lepas pun ramai dah komplain, tapi masih tiada tindakan.
Mereka mendakwa bukan minyak mereka tetapi minyak dari lori..tapi semua yang tekena tau beza antara minyak lori dan minyak yang dituang.

Disamping itu berjaga-jaga dengan kawasan highway yang menurun. Kalu ada treler kat belakang.. bagi jer lah laluan

Dalam 2 hari lepas pun kemalangan maut kat area km 27.9 , lori tanker dari arah Kuantan boleh lepas ke laluan bertentangan

So berhati-hati

Talib Ali
http://www.hormonlife.com
7:49 PM | 0 ulasan | Read More

Rabiatul Adawiyah Hilang


Assalamualaikum.. .


Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maz nah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h)atau e-mailkan ke hazlan_ngah@yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan anda.Sekian, terima kasih.


Yg m'mnta kerjasama

Hazlan Bin Ngah

07-55556562(office)
11:57 AM | 0 ulasan | Read More

Hilang

Assalammualaikum...dan Salam Sejahtera,Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan kanak-kanak ini yang bernama Nur Khairunnisa Syahida, sila hubungi En. Rosli di talian 013-606 5757 atau e-mailkan ke nurshah_shanur@yahoo.com.sg / norliza_cni@yahoo.com secepat yang mungkin.Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.Kanak-kanak ini telah hilang selama 13 hari iaitu dari 14hb November 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.Tolong panjangkan berita dan gambar ini kepada semua kenalan anda.Sekian, terima kasih. Kerjasama dan bantuan anda amat kami hargai..
9:29 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin