Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

"Tujupakale"


Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….




 
8:50 PM | 1 ulasan | Read More

Don't Copy..


Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan isteriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.


----sumbangan: Mamat

7:06 PM | 0 ulasan | Read More

Pergi Malam


Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.

Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…

Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memang tak boleh diduga.
7:05 PM | 0 ulasan | Read More

Rizal yang Insaf


Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

7:05 PM | 0 ulasan | Read More

Cincin

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

sumbangan: Kamal

7:33 PM | 0 ulasan | Read More

Suspek kes pancaran laser di Stadium Bukit Jalil dikenalpasti

Pihak Berkuasa hari ini menyiarkan gambar terkini suspek pancaran laser ke atas penjaga gol Indonesia di Stadium Bukit Jalil, semalam. Sehubungan itu, individu terbabit diminta melapor di balai berdekatan dengan mereka serta menyerahkan laser tersebut kepada pihak berkuasa dengan kadar segera.



wajah-wajah suspek yang telah menyalahgunakan laser masing-masing



suspek sedang me'laser'kan sasaran



gambar menunjukkan penjaga gol Indonesia telah 'dilaserkan'









10:20 PM | 0 ulasan | Read More

Mana ada otak..



Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!
7:32 PM | 0 ulasan | Read More

Tahukah Anda


1. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
2. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
3. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.
4. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
5. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda.......... walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.


10:32 AM | 0 ulasan | Read More

Tinggal 6 minggu..


Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."
7:27 PM | 0 ulasan | Read More

Senaman Untuk Menghilangkan Mengantuk/Stress



Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini.
LANGKAH 1
Sebagai permulaan untuk memanaskan badan.. tarik nafas dalam2

LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..

LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit…
getarkan seluruh tubuh anda seperti ini


LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..


LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan… (hilangkan bau ketiak anda)

LANGKAH 11
pusingkan kepala…

LANGKAH 12

ajak rakan goyang2 bersama..

LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…Selamat Mencuba!!

7:47 PM | 0 ulasan | Read More

Facebook Zaman Dulu-Dulu

KLIK DEKAT GAMBAR UNTUK TUMBESARAN






10:55 PM | 0 ulasan | Read More

Punca Kelantan Menang Piala Malaysia Dikenalpasti











P/s : Hai O = Hairuddin Omar .hehehe


10:54 PM | 0 ulasan | Read More

Pandai Tak Main Seks?




Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu. Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya...

"Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?"

Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah... Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu...

Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi.

Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang.

Lelaki itu terus bertanya.. "Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?"

"Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?" jawab wanita itu dengan berani...

"Baguslah kalau pandai..." kata lelaki itu...
"Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi isteri saya!!!"



10:52 PM | 0 ulasan | Read More

Nikah lagi tak?




Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: "Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?"

Isteri: "Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?"

Ajoi: "Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…
7:12 PM | 0 ulasan | Read More

Akal Peguam




MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.

Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."

Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh"
7:04 PM | 0 ulasan | Read More

Jam bercakap

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.
7:09 PM | 0 ulasan | Read More

Ibu, Anak Dan Menantu


Suzana (nama sebenar)dan Razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang tak dapat di pisahkan lagi.........tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. ‘

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana. Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & menyimpan dendam terhadap Razman..
Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.
Setelah setahun berlalu mereka pun di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman.......tapi malang telah menimpa mereka......
Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan......
Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap ibu mertuanya......tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya menjadi cacat seumur hidup.
Razman cuba utk memperbaiki keadaan........Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.
Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.
Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab......penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.
.........................

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua tu..


*HAHAHAHAHA

1:59 PM | 0 ulasan | Read More

Cerita yg bermula dgn 'T'

Tatkala Temperature Terik Terbakar Terus, Tauke Tempe Tetap Tabah, “Tempe-tempe”, Teriaknya.


Ternyata Teriakan Tauke Tempe Tadi Terdengar Tauke Tauhu, “Tauhu…Tauhu…..Tauhu… !”


Terpaksa Tauke Tempe Teriak Tambah Tinggi, “Tempe Terbaik, Tempe Tersedap, Tempe Terkenal!!”, Tingkah Tauke Tempe.


Tauke Tauhu Tidak Terima,”Tempenya Tengik, Tempenya Tawar, Tempenya Terbusuk…. !” Tukang Tempe Tersenyap, Terhenyak, Terkesima!! .


Tauke Tempe Tak Terima Terpaksa Tampar Tauke Tauhu


Tamparannya Tepat Terkena Tauke Tauhu.


Tapi Tauke Tauhu Tidak Terus Tumbang, Tendangannya Tepat Terkena Tulang Tauke Tempe . Tukang Tempe Terjongkang Tumbang!


Tapi Terus Tegak, Tatapannya Terhunus Tajam Terhadap Tauke Tauhu.


Tetapi, Tauke Tahu Tidak Terpengaruh Tatapan Tajam Tauke Tempe Tersebut, “Tak Takut!!” Teriak Tauke Tauhu.


Tiba-Tiba Tangan Tauke Tempe Terkepal, Tinjunya Terarah, Terus Tumbukannya Tepat Terkena Tukang Tauhu, Tak Terelak!


Tujuh Tempat Terkena Tinjunya, Tumbukan Terakhir Tepat Terkena Tekak. Tauke Tauhu Terus Tersembam.


“Tolong.. Tolong.. Tolong..!”, Teriaknya Terdengar Tinggi. Tetapi Tanpa Tunda , Tukang Tempe Teruskan Teriakannya, ”Tempe .. Tempe .. Tempe ..!! “


Tehehehe...



1:52 PM | 0 ulasan | Read More

Ciri2 pengentut


ORG YG TIDAK JUJUR
orang yg kalau kentut lalu menyalahkan org lain.

ORG BENGONG
orang yg menahan kentutnya sampai berjam-jam.

ORG BERWAWASAN 2020
orang yg tahu masa yg terbaik untuk kentut.

ORG SENGSARA
orang yg ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

ORG MISTERIUS
orang yg kalau kentut, orang lain tidak ada yg tahu.

ORG GUGUP
orang yg tiba-tiba terkentut bile disergah.

ORG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
org yg melepaskan kentutnya dengan bunyi yg amat lantang.

ORG SADIS
org yg kentut dalam selimut dan terus dikibaskan baunya.

ORG PEMALU
org yg kentut tidak berbunyi tetapi gusar org lain terbau kentutnya.

ORG STRATEGIK
org yg menyembunyikan bunyi kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar org lain tidak dpt mendengar bunyi kentutnya.

ORG BODOH
org yg kalau abis kentutnya menghirup untuk mencium angin kentutnya.

ORG PELIK
org yg boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.

ORG SOMBONG
org yg sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

ORG RAMAH
org yang tidak kisah mencium kentut org lain.

ORG YG TIDAK SENANG BERGAUL
org yg suke kentut bila berkumpul dgn teman2.

ORG AKUATIK
org yg gemar kentut didalam air.

ORG JUJUR
org yg mengaku kalau abis kentut.

ORG KELAKAR
org yg bila ketawa sambil terkentut.

ORG YG ROMANTIK
org yg kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.

ORG YG TIDAK SIHAT
org yg bila batuk dia akan terkentut.

ORG YG PANAS BARAN
org yg mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.

ORG YG SENTIASA MALANG
org yg kentut terkeluar benda yg x sepatutnya

1:30 PM | 0 ulasan | Read More

Hadiah buat cikgu


Maka tersebutlah kisah murid-murid tahun 6 purple menyambut hari guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka... Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie). Bila loceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat, maka beraturlah murid-murid tahun 6 purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka ni. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah... ada yang bagi hadiah... selepas bagi hadiah/kad masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan Selamat Hari Guru. Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar... lain dari yang lain... beriben merah cantik bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya... Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur... semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi.

Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu..Ms. Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa... "Hummm... masam, Cikgu dah tau dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk pelam tau".

"Errrrr... sebenarnya cikgu... saya hadiahkan anak KUCING

1:25 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin