Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Showing posts with label ICT. Show all posts
Showing posts with label ICT. Show all posts

10 Perang tersingkat sepanjang sejarah

1. Anglo-Zanzibar ***, 45 minutes
Perang tahun: 1896
perang Antara: British Empire vs Zanzibar
Hasil: British menang

2. 6 Day ***, 6 days
perang tahun: 1967
perang antara: Israel vs Egypt, Syria, Jordan, Iraq
hasil: israel menang

3. Perang India-Pakistan, 13 hari
perang Tahun: 1971
Antara: India vs Pakistan
Hasil: Bangladesh menjadi negara merdeka

4. Perang Serbia-Bulgaria, 14 hari
Perang Tahun: 1885
Antara: Kerajaan Serbia vs Kerajaan Bulgaria
Hasil: Bulgaria menang

5. Perang Armenia-Georgia, 24 hari
perang Tahun: 1918
Antara: Georgia vs Armenia
Hasil: Reksa administrasi sengketa Kecamatan

6. Sino-Vietnam, 27 hari
perang Tahun: 1979
Antara: Cina vs Vietnam
Hasil: Kedua belah pihak mendakwa menang

7. Yunani-Turki, 30 hari
perang Tahun: 1897
Antara: Yunani vs Kesultanan Utsmaniyah
Hasil: Yunani kalah

8. Perang Balkan kedua, 32 hari
perang Tahun: 1913
Antara: Bulgaria vs Yunani, Serbia, Montenegro, Rumania, Kesultanan Utsmaniyah
Hasil: Bulgaria kalah

9. Perang Poland-Lituania, 37 hari
perang Tahun: 1920
Antara: Republik Poland vs Lithuania
Hasil: Poland menang

10. Falklands ***, 42 hari
perang Tahun: 1982
Antara: Argentina vs Inggeris
Hasil: Inggeris menang
8:10 PM | 0 ulasan | Read More

Cuba ini..

Buat seperti berikut....

1. Pergi kat Google - www.google.com. my
2. Klik Images
3. Taip sebarang keyword images yang anda inginkan
4. Pilih imej yang anda suka
5. Kemudian klik see full size image..
4. Anda akan dapat gambar penuh imej tersebut...
5. Padamkan alamat URL pada address bar tersebut dan gantikan dengan script di bawah

javascript:R= 0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document. images ; DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i
Jangan bimbang... ianya bukan virus..
11:25 PM | 0 ulasan | Read More

Ancaman rangkaian WiFi


Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN
rencana@kosmo.com.my

Anda mungkin terpaksa bertanggungjawab atas jenayah yang dilakukan orang lain. Demikianlah bahana pencerobohan WiFi.

PENCEROBOHAN WiFi meletakkan pengguna yang tidak bersalah dalam keadaan bahaya.

RANGKAIAN wayarles atau lebih popular dengan panggilan WiFi bukanlah suatu yang asing di negara kita.

Setelah lebih 12 tahun Internet diperkenalkan di Malaysia, bilangan pengguna rangkaian yang menggunakan frekuensi radio ini semakin bertambah.

Jika dahulu, WiFi hanya terhad kepada pengguna komersil seperti kafe eksklusif dan organisasi, kini ramai pengguna memasangnya di rumah bagi memudahkan mereka melungsuri Internet.

Namun masih ramai pengguna yang tidak melindungi rangkaian mereka dengan ciri keselamatan yang terdapat pada AP atau Access Point. Ini menyebabkan rangkaian tanpa wayar mereka terdedah kepada penjenayah siber - penipu, lanun siber dan pencuri maklumat.

Pernahkah anda terfikir, rangkaian anda yang tidak dikunci boleh digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti seperti menghantar emel ugutan, mencuri kata laluan perbankan dalam talian, menulis blog berunsur subversif serta menggodam laman web organisasi tertentu?

Lebih menakutkan lagi, jika pihak berkuasa mengesan alamat IP capaian Internet anda sebagai punca aktiviti jenayah yang dilakukan, menyebabkan anda menjadi ‘pak sanggup’ di atas kesalahan orang lain.

Ya!, anda berhadapan dengan risiko ini sekalipun tujuan tidak mengaktifkan ciri sekuriti pada rangkaian anda ialah bertujuan untuk berkongsi akses Internet dengan jiran-jiran anda. Ramai juga yang tidak melindungi rangkaian mereka kerana kekurangan pengetahuan teknikal.

Golongan tidak bertanggungjawab ini lazimnya akan menumpang rangkaian wayarles yang tidak dilindungi - secara automatik membolehkan mereka menyamar seolah-olah pengguna sah pemilik sesuatu rangkaian itu.

Ia tidak ubah seperti mencuri talian telefon, cuma bezanya pemilik tidak akan perasan kerana kebanyakan pengguna rangkaian ini merupakan pelanggan jalur lebar tanpa had.

Malah, catatan pada bil bulanan tidak menunjukkan sebarang penggunaan yang luar biasa.
Secara perbandingannya, pemilik rangkaian wayarles rumah di negara-negara Barat lebih menitikberatkan tahap keselamatan rangkaian mereka, menurut kajian yang dijalankan oleh firma sekuriti RSA tahun ini.

Di kota Paris sebagai contoh, 98 peratus daripada pemilik rangkaian WiFi telah melindungi rangkaian mereka. New York pula menduduki tempat kedua dengan 97 peratus manakala London menduduki tempat ketiga dengan 90 peratus.

Sungguhpun belum ada statistik khusus yang menunjukkan jumlah aktiviti jenayah siber jenis ini di negara kita, ia tidak bermakna kita semua terhindar daripada ancaman ini.

Salah satu contoh yang wajar dijadikan iktibar ialah kes seorang remaja di Singapura yang menghantar ancaman bom palsu di forum Internet menggunakan rangkaian wayarles jirannya sehingga menyebabkan jirannya yang tidak bersalah itu ditahan pihak berkuasa.

Aktiviti menumpang rangkaian seperti ini begitu popular. Ini kerana penjenayah siber tahu sekiranya ada pihak yang cuba mengesan, jejaknya akan berakhir di rumah pemilik rangkaian tersebut. Sungguhpun pemilik rangkaian WiFi yang tidak bersalah boleh membersihkan nama mereka dengan menepis tuduhan, proses ini mengambil masa yang agak lama.

Di Amerika Syarikat (AS) pula, seorang lelaki berjaya memperdayakan pihak polis apabila melakukan rompakan terancang ke atas sebuah kereta perisai yang membuat penghantaran duit ke sebuah bank. Beberapa hari sebelum itu, Anthony Curcio, 28, telah membuat iklan online dengan menggunakan rangkaian wayarles individu lain bagi mendapatkan sekumpulan orang untuk memakai pakaian yang sama di bank tersebut bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa.

Anthony yang turut memakai pakaian berwarna yang sama seperti diiklankan berjaya melarikan sejumlah wang kerana pihak polis yang bertindak atas maklumat orang awam terkeliru. Ini kerana terdapat sejumlah orang di kawasan bank tersebut pada masa yang sama.

Sebagai contoh, sekiranya rangkaian anda digunakan oleh seseorang untuk melakukan penipuan kad kredit (menggunakan maklumat kad kredit individu lain dan membuat pembelian dalam talian), pihak polis boleh merampas komputer anda bagi tujuan penyiasatan dan ini sudah cukup menjadi mimpi buruk dalam hidup anda.

Pengguna yang ingin mengunci rangkaian mereka perlu menggunakan perkakasan wayarles yang dilengkapkan dengan ciri keselamatan seperti WiFi Protected Access atau WPA. Sungguhpun hari ini, terdapat jenis ciri sekuriti wayarles yang boleh digodam, tetapi bilangan individu yang mempunyai kepakaran seperti ini tidaklah begitu banyak dan masih terkawal.


12:42 AM | 0 ulasan | Read More

Projektor Mini


Ia tidak mempunyai kipas yang mengeluarkan bunyi bising dan mentol yang perlu diganti.
PROJEKTOR sebesar tapak tangan itu dibangunkan oleh syarikat pita pelekat 3M.


MENYEBUT namanya sahaja sudah membayangkan saiznya yang agak besar. Namun peranan projektor dalam dunia perniagaan mahupun urusan pejabat menyebabkan kita terpaksa akur walaupun terpaksa membawa beban beratnya melebihi dua kilogram.

Tidak keterlaluan jika dikatakan projektor hari ini masih tergolong dalam kategori perkakasan komputer yang berskala besar. Ia memerlukan ruang yang agak besar sama ada untuk dipasang ketika pembentangan kertas kerja mahupun untuk penyimpanannya.

Namun, hasil usaha penyelidikan dan pembangunan beberapa buah syarikat pengeluar produk elektronik telah menyaksikan satu fasa evolusi gajet digital ini.

3M, Microvision, Toshiba dan Sony merupakan antara syarikat terkemuka dunia yang berlumba-lumba dalam mengubah skala projektor mereka kepada saiz yang hampir mustahil. Projektor Pico, itulah nama yang diberikan kepada projektor jenis ini.

3M, syarikat yang terkenal dengan pita pelekat berkualiti tingginya, merupakan salah sebuah syarikat yang melabur jutaan ringgit dalam menghasilkan prototaip projektor mini.

Projektor bersaiz tapak tangan itu diperkenalkan oleh 3M pada pertengahan tahun lalu. Projektor yang mampu menghasilkan tahap keterangan yang membolehkannya memancarkan imej di dalam bilik yang berlampu dari jarak 15 inci manakala di dalam bilik gelap, jaraknya bertambah kepada 50 inci.


PENGGUNAAN yang praktikal untuk kumpulan yang kecil.

Projektor yang dibangunkan oleh 3M itu menggunakan teknologi terkini yang mampu mengoptimumkan kuasa menerusi penggunaan diod yang mengeluarkan cahaya (LED) dan cip hasil keluaran LCoS dan bukannya cahaya laser yang lazim digunakan dalam projektor hari ini.

Selain 3M, salah sebuah pengeluar projektor terkenal, Optoma, turut tidak ketinggalan dalam membangunkan teknologi projektor yang menggunakan LED dan cip pengimejan DLP, teknologi yang dibangunkan oleh Texas Instruments.

Kejayaan menghasilkan projektor Pico merupakan bukti kesungguhan usaha mereka mengembangkan aplikasi projektor kepada umum. Sungguhpun bersaiz kecil ia masih mampu memancarkan imej selebar 15 inci dengan jelas.

Dipertontonkan buat pertama kalinya kepada umum di Pameran Konsumer Elektronik (CES) di Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu, projektor keluaran Texas Instruments itu mampu memaparkan imej yang dikehendaki hampir di mana-mana sahaja permukaan rata - dinding, belakang badan seseorang, tapak tangan dan sebagainya.

Model itu memancarkan cahaya laser merah, hijau dan biru pada kepingan cermin digital kecil, cip yang sama digunakan pada projektor panggung wayang.

Teknologi itu giat dimajukan bagi membolehkannya menggunakan LED sepenuhnya untuk menjimatkan kos, kuasa dan meminimumkan haba yang dikeluarkan. Ini bagi membolehkan ia dilengkapkan pada gajet digital mudah alih seperti telefon bimbit dan pemain multimedia.


PROJEKTOR tersebut dipercayai mampu bertahan sehingga 10 ribu jam nyalaan.

Sesuatu yang menarik tentang projektor mini itu ialah ia tidak mempunyai kipas mengeluarkan bunyi yang bising dan mentol yang perlu diganti. Projektor LED keluaran 3M dipercayai mampu bertahan sehingga 10 ribu jam nyalaan.

Satu kelemahan projektor itu ialah resolusi yang terhad. Projektor Pico tidak mampu menghasilkan imej sejelas dan sebesar imej yang mampu dipaparkan oleh projektor konvensional. Ini kerana ukuran tahap keterangan yang hanya sekitar 10 lumen sedangkan projektor biasa di pejabat mempunyai sekitar 2000 lumen.

Selain itu, bateri yang digunakan projektor tersebut juga cepat habis berbanding projektor biasa yang menggunakan bekalan kuasa elektrik secara terus. Bagaimanapun, bateri itu menjadikannya mudah alih, sama seperti komputer bimbit.

Sungguhpun secara dasarnya kualiti paparan projektor cili padi itu masih tidak dapat menandingi projektor yang lazim digunakan di dalam bilik mesyuarat dan auditorium, namun ia memadai untuk persembahan kumpulan kecil. Ia amat berguna khususnya buat golongan yang bekerja di luar pejabat.


6:22 PM | 0 ulasan | Read More

RAHSIA TELEFON BIMBIT



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu di kala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor ke cemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya


6:45 PM | 0 ulasan | Read More

Thumbdrive Yang Pelik Dan Ngeri

Korang pakai yang ni, sure tak hilang punya..
7:54 PM | 0 ulasan | Read More

Keyboard Canggih

11:25 PM | 0 ulasan | Read More

Flash Disk Terkecil Di Dunia

Mudah Je.com





9:30 AM | 0 ulasan | Read More

Notebook Transparent Apple

Bebaskan Palestin!


7:37 PM | 0 ulasan | Read More

Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox.









Kepada pengguna Streamyx... kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti...
1. Buka firefox anda, dan taip kat address tu ----> about:config
2. Right click kat mana-mana, lepas tu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpaint.delay .............. lepas tu set 300. Kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada -----> 0.
Kalau masih tidak suka dgn kelajuannya... cuba yg ini pula, type sekali lagi ----> about:config1.
Tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut network.http.pipeliningnetwork.http.proxy.pipeliningnetwork.http.pipelining.maxrequests2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -network.http.pipelining - truenetwork.http.proxy.pipelining - truenetwork.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mari)
3. Lepas tu type sekali lagi -----> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut --->nglayout.initialpaint.delayset kepada 0 dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)kita boleh test... sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba......

Kredit to putera aslim at webkl.net
7:22 PM | 0 ulasan | Read More

Cara elak iklan ketika melayari internet

Ada beberapa cara kemasukan iklan yang digunakan untuk menarik perhatian ketika pengguna melayari laman web. Antaranya pop up, pop under, penggunaan flash dan sebagainya.Ada juga iklan dihasilkan menggunakan program yang dipasang tanpapengetahuan pengguna (spyware) atau dipasang dengan pengetahuan pengguna (adware).Beberapa langkah pencegahan atau pengurangan kemasukan iklan boleh dilakukan termasuk:- pastikan OS menggunakan patch terkini kerana program malware akan mengeksploitasi setiap kelemahannya;- jika menggunakan Internet Explorer, pastikan gunakan patch terkini. Anda boleh juga menggunakan browser alternatif seperti Mozilla Firefox (mozilla.com) atau Opera (opera.com);(klik logo mozilla di ruangan tepi blog isuhangat untuk download secara percuma)- baca kotak popup sebelum klik "OK". Ada juga iklan yang menyerupai kekotak dialog dari windows. Pastikan anda klik 'X' dan bukan "OK";- jika menggunakan Firefox, anda boleh dapatkan perluasan seperti "NoScript" untuk membenarkan penggunaan Javascript di laman-laman web tertentu yang anda percaya. Untuk mengelak iklan dari jenis flash pula, anda boleh dapatkan perluasan "Adblock";- jangan melayari laman web yang diragui, seperti porno, cracks, dan warez;- dapatkan program anti spyware seperti Spy Bot Search & Destroy, IE-SPYAD, Spyware Blaster dan Windows defender (masih dalam beta) untuk mengesan program yang diragui. Anda juga boleh menggunakan program berkenaan serentak tidak semua program boleh mengesan segala spyware dan malware;- browser terkini seperti Firefox, Internet Explorer dan Opera, kini mempunyai pilihan untuk menghalang pop-up. Aktifkan ciri itu.- jangan pasang program-program dari laman web yang diragui.
7:10 PM | 0 ulasan | Read More

Postcard From Beijing

"VERY IMPORTANT - BIG VIRUS COMING!!! PLEASE READ & FORWARD!!!PLEASE FORWARD THIS WARNING AMONG FRIENDS, FAMILY AND CONTACTS!

You should be alert during the next few days. Do not open any message with an attachment entitled 'POSTCARD FROM BEJING', regardless of who sent it to you. It is a virus which opens A POSTCARD IMAGE, which 'burns' the whole hard disc C of your computer. This virus will be received from someone who has your e-mail address in his/her contact list. This is the reason why you need to send this e-mail to all your contacts It is better to receive this message 25 times than to receive the virus and open it.If you receive a mail called' POSTCARD FROM BEJING,' even though sent to you by a friend, do not open it! Shut down your computer immediately.This is the worst virus announced by CNN. It has been classified by Microsoft as the most destructive virus ever. This virus was discovered by McAfee yesterday, and there is no repair yet for this kind of virus. This virus simply destroys the Zero Sector of the Hard Disc, where the vital information is kept.COPY THIS E-MAIL, AND SEND IT TO YOUR FRIENDS. REMEMBER: IF YOU SEND IT TO THEM, YOU WILL BENEFIT ALL OF US "
6:53 PM | 0 ulasan | Read More

Fake email

From: © 2001-07 Maybank < customerservice@maybank2u.com.my>To:Sent: Tuesday, 17 July, 2007 12:20:43 AMSubject: © 2001-07 Maybank Verify Your Identity Is A Security Measure

Dear Value Customer,
We recently noticed one or more attempts to log into your Maybank account from a foreign IP address.
If you recently accessed your account while traveling,the unusual log in attempts may have been initiated by you.However, if you did not initiate the log in,Please visit Maybank as soon as possible to Verify your indentity:http://www.freaks-esports.de/uploads/pics/mbb_login.jsp
Verify your identity is a security measure that will ensureThat you are the only person with access to the account.Thanks for your patience as we work together to protectyour account.Sincerely,© 2001-07 Maybank. All rights reserved.
6:46 PM | 0 ulasan | Read More

Printer Rosak


Printer bilik guru rosak, tak boleh print.Paper jam katanya. Aku check tak ada pun kertas yang lekat. Apalagi, aku pun buka habis la dia punya cover. Selidik punya selidik, nah ! dah jumpa penyakitnya. Rupa-rupanya ada duit syiling terlekat dekat roller. Hampeh.. patut la paper jam. Tertanya-tanya jugak aku, macamana duit syiling boleh masuk dalam printer tu. Agaknya diorang print duit kut...
12:08 PM | 0 ulasan | Read More

Jambanmu


Hari ni, pc member aku kena virus Jambanmu. Apakebenda la punya nama virus. Tak komersial langsung... Aku try search pasal virus ni, hebat jugak.. lebih kurang macam Brontok dulu. Ganas jugak la.. Tapi itu la yang aku heran sikit, sebab nak marah dan tak puas hati kat orang lain, orang yang tak kena mengena dan tak bersangkut paut pun kena.. Tak puas hati, kasi kat orang tu laa..



Cara nak buang : http://www.mykjkk.com/v1/index.php?option=com_fireboard&func=view&catid=31&id=776&Itemid=26
12:39 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin