Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Showing posts with label Macam-Macam. Show all posts
Showing posts with label Macam-Macam. Show all posts

Rebus Telur Dengan Air Kencing

RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu.

Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.

Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.

Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya,katanya.

Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk ..








11:53 PM | 0 ulasan | Read More

How To ReBOOT PC for Dummies



11:52 PM | 0 ulasan | Read More

Pabila Pisang Diukir









11:50 PM | 0 ulasan | Read More

Antilla rumah termahal di dunia


DEWAN di Antilla seluas sebuah pentas pertunjukan selain dihiasi mewah dengan kelipan kristal.


MEMILIKI sebuah rumah mewah yang selesa sudah tentu menjadi idaman setiap insan, apatah lagi jika rumah tersebut dibina berdasarkan imaginasi dan idea pemilik itu sendiri.

Namun buat Antilla, sebuah rumah di Altamount Road, Mumbai, India yang dibina dengan kos keseluruhan bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) sekali gus telah diiktiraf sebagai rumah termahal di dunia.

Rumah idaman itu dibina oleh pasangan jutawan dari India, Mukesh Ambani dan Nita Ambani.

Istana milik peneraju Reliance Industries itu yang juga merupakan lelaki kelima terkaya di dunia (dinobatkan oleh laman web Forbes) dengan anggaran aset bernilai RM142 bilion (AS$43 bilion) memerlukan kira-kira 600 pekerja bagi membersih dan menyelenggara kediaman mewah tersebut.

Tanggungjawab membina rumah impian milik pasangan tersebut telah diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins Wills dan Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Hotel Mandarin Oriental di Dallas dan Los Angeles.

Proses pembinaan rumah tersebut bermula pada penghujung 2006 dan siap untuk diduduki pada September 2008 di atas sebidang tanah berkeluasan 4939.81 meter persegi.

Ia menampilkan struktur seni bina yang dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan bentuk feng shui dalam masyarakat China.

Melalui prinsip itu, ia memberikan aliran ruang udara yang sihat berpandukan susun atur yang strategik pada bilik, objek dan kemasan barangan yang terdapat padanya.

Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat.

Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.

Antilla turut dilengkapi dengan sebuah lobi yang menghimpunkan sembilan buah lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai yang terletak di aras tujuh selepas enam tingkat di bawahnya dijadikan sebagai tempat meletak kereta dan boleh memuatkan 170 buah kenderaan dalam satu masa.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan dewan tari menari berhias siling kristal, ruangan menonton yang dilengkapi dengan monitor LCD lengkap dengan sistem pembesar suara seluas sebuah pentas pertunjukan.

Di tingkat lapan pula mengandungi sebuah pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.

Di atasnya pula, disediakan 'ruang udara' berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.

Antara ruangan istimewa lain yang terdapat di dalam Antilla ialah ruangan kesihatan yang dijadikan sebagai aras khusus untuk bersukan dan beriadah.

Aras itu juga menyediakan bilik berais khusus untuk kegunaan penghuni dan tetamu yang ingin lari dari bahang cuaca panas kota Mumbai.

Menariknya, bilik sejuk ini juga menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan dan salji buatan manusia.

Kayu berbentuk huruf 'W' yang dipasangkan untuk menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan diilhamkan daripada sebuah atrium terbuka untuk bahagian taman dan halaman rumah..

Elemen paling rumit bagi proses pembinaan rumah itu ialah untuk merealisasikan landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal di dalam sebuah rumah.

Ia boleh dimanfaatkan sebagai sumber tenaga yang membolehkan Antilla mengubah suasana kediaman pada musim panas kepada dingin manakala ketika cuaca sejuk dapat menyamankan tubuh.

1:58 PM | 0 ulasan | Read More

Potong Rambut Guna Sabit




KLIK DIBAWAH UNTUK TENGOK LEBIH BANYAK GAMBAR!

9:01 PM | 0 ulasan | Read More

Kain kafan termahal jenama BVLGARI‏


Hanya dijual untuk orang2 kaya di Arab Saudi.







Betul ke tidak..entahlah..


7:00 PM | 0 ulasan | Read More

Facebook Zaman Dulu-Dulu

KLIK DEKAT GAMBAR UNTUK TUMBESARAN






10:55 PM | 0 ulasan | Read More

Hantu Ikan Patin



Imej yang telah diperbesarkan


Imej ini diambil oleh adik ipar aku sewaktu rakannya (dalam gambar ) berjaya menaikkan seekor ikan patin yang diambil dari sebuah kolam di Dataran Ketara, Besut, Terengganu kira-kira seminggu yang lalu dengan menggunakan telefon bimbit berkamera. Menurutnya, sewaktu imej ini diambil, tiada manusia atau apa-apa objek yang berada di belakang rakannya itu. Namun bila dia pulang ke rumah dan melihat kembali imej yang dirakamkan, kelihatan dengan jelas imej suatu makhluk berada betul-betul dibelakang rakannya itu. Apakah benda itu ?


7:13 PM | 0 ulasan | Read More

Super Creative Motorcycle Helmets



















10:15 AM | 0 ulasan | Read More

Binatang Peliharaan Gengster Afrika


8:44 PM | 0 ulasan | Read More

Akuarium kereta

7:55 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin