Rebus Telur Dengan Air Kencing
Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.
Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.
Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya,katanya.
Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk ..
Jambatan Terpanjang Di Dunia
Teori serangan UFO
PADA malam itu, beberapa detik sebelum menjelang tahun baru 2011, beribu-ribu ekor burung blackbird jatuh bak hujan hitam di pekan kecil Beebe yang terletak di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS).
Dianggarkan lebih 5,000 burung hitam bersayap merah jatuh dari langit dan bertaburan di atas jalan, bumbung dan halaman rumah di kawasan seluas 731 meter persegi. Di sesetengah kawasan, tanah bertukar menjadi gelap.
Penduduk setempat yang keluar untuk menikmati pancaran bunga api dan meraikan kedatangan tahun 2011, panik dengan apa yang berlaku dan bergegas memasuki kediaman masing-masing apabila haiwan bertubuh kecil itu mula jatuh di sekeliling mereka.
Ada bangkai yang jatuh mengenai seorang wanita yang sedang berjalan bersama anjingnya manakala seorang lagi terpaksa menggunakan payung untuk melindungi diri.
Seorang penduduk tempatan, Shane Roberts berkata, ia berbunyi seperti hujan batu yang sangat dahsyat di atas bumbung rumahnya.
"Apabila saya keluar, alangkah terkejutnya apabila melihat ketulan-ketulan hitam bertaburan. Apabila saya pergi lebih dekat, ia adalah bangkai burung," katanya yang menyifatkan kematian tersebut sebagai sesuatu yang aneh.
Sementara itu, Penyelia Jabatan Jalan bandar berkenaan, Milton McCullar berkata, ia seperti adegan dalam filem Alfred Hitchcock di mana semua lampu di papan suis kecemasan menyala dan semua orang berada dalam situasi yang mencemaskan.
Kiamat
"Ada penduduk yang panik dan beranggapan dunia hampir kiamat," ujar Ketua Polis tempatan, Ellie Cullum seperti dipetik Mail Online.
Kehadiran ribuan bangkai burung di kawasan kejiranan tersebut diterima sebagai misteri alam.
Namun, yang menjengkelkan penduduk setempat ialah apabila pekerja pembersih alam sekitar datang memakai sut kalis api, topi keledar dan topeng gas hanya untuk membuang bangkai burung.
Belum pun reda kes burung jatuh dari langit diperkatakan, pakar pengkaji haiwan di Arkansas bertambah bingung apabila lebih 100,000 bangkai ikan drum ditemui di sepanjang 32 kilometer di tebing dan permukaan Sungai Arkansas, berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe.
Anehnya, hanya spesies ikan drum yang didapati mati sedangkan ikan spesies lain masih hidup.
Adakah kejadian aneh ini mempunyai kaitan antara satu sama lain?
Terdapat beberapa teori yang diketengahkan oleh pihak tertentu mengaitkan punca kepada misteri kematian haiwan tersebut.
Antaranya, burung terlanggar objek terbang yang tidak dikenali (UFO), hujan batu, tekanan akibat bunyi kuat bunga api dan proses teras bumi menyahmagnet.
Malah, ada juga pendapat mengatakan kejadian tersebut adalah petanda akan berlakunya kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan oleh tamadun kuno Maya di Mexico.
Walaupun ini bukan kali pertama AS berdepan dengan kematian spesies haiwan secara misteri, namun kali ini negara Uncle Sam itu gusar dengan apa yang terjadi.
Seorang pakar dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur Universiti Arkansas, Dr. Andrew Goodwin berkata, perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka.
"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.
Dalam laman-laman blog, perdebatan mengenai punca kematian haiwan tersebut juga semakin kerap diperbincangkan.
Kali ini ramai yang mengaitkan kematian haiwan-haiwan Arkansas itu ada kaitan dengan konspirasi chemical trail atau jejak kimia yang sering terjadi di negeri itu.
Menurut seorang pengikut teori konspirasi, Jeff Rense, jejak kimia dapat dilihat seperti jejak asap di udara. Ia kemudian akan melebar dan tetap kelihatan untuk tempoh beberapa jam.
Menurut beberapa pihak yang berfikiran sama dengan Jeff, mereka berpendapat jejak itu adalah bahan kimia yang sengaja disembur oleh kerajaan AS sebagai 'kawalan populasi'.
Ada juga berpendapat bahawa jejak itu adalah eksperimen pengendalian cuaca.
Bagaimanapun, teori itu meragukan kerana belum ada penemuan menyatakan semburan bahan konduktif elektrik yang menjadi sebahagian daripada program senjata super elektromagnetik boleh mengendalikan cuaca terutama pemanasan global.
Dalam sebuah buku terbitan badan pengkaji sains dan angkasa AS, mereka menafikan adanya jejak kimia tersebut sebaliknya menyatakan ia adalah wap air dan kristal ais yang membentuk jejak-jejak asap di udara.
Tidak kurang juga yang mengaitkan bunyi kuat daripada dentuman bunga api menyebabkan burung tertekan serta hilang kawalan navigasi sehingga mengakibatkannya melanggar bangunan dan pokok.
Namun, ahli akademik dan pengasas yayasan untuk Institut Kajian Gelagat Burung, Dan Cristol, menolak dakwaan tersebut.
| |
| BANGKAI burung hitam yang menghujani kawasan kejiranan Louisiana mendatangkan panik kepada penduduk setempat. |
"Pesta sambutan tahun baru dengan dentuman bunga api berlangsung setiap tahun dan mengapa kejadian sama tidak berlaku sebelum ini?
"Sukar untuk meletakkan punca ke atas bunga api melainkan seseorang telah meniup sesuatu ke dalam sarang burung sehingga menyebabkan haiwan tersebut terpelanting ke udara," jelas Dan.
Di sebalik pendirian sebahagian pakar yang mengaitkan cuaca tidak stabil sebagai punca, profesor Fizik dari New York, Michio Kaku berkata, kematian misteri tersebut kemungkinan besar terjadi akibat hentaman angin laju yang ganas yang menghentam kawanan burung berkenaan.
Walau apa pun teori yang dibahaskan, sehingga kini belum ada lagi pihak yang tampil dengan hasil ujian yang boleh membuktikan punca kematian dua spesies haiwan tersebut.
Kematian haiwan yang direkodkan di Arkansas bukan yang terburuk dalam fenomena misteri ini.
Malah, rentetan daripada apa yang berlaku di Arkansas, jumlah bangkai haiwan ditemui di beberapa kawasan di AS seperti Maryland, Texas, Kentucky, Louisiana serta Florida sangat mengejutkan.
Gua Terbesar Di Dunia
Antilla rumah termahal di dunia
| DEWAN di Antilla seluas sebuah pentas pertunjukan selain dihiasi mewah dengan kelipan kristal. |
MEMILIKI sebuah rumah mewah yang selesa sudah tentu menjadi idaman setiap insan, apatah lagi jika rumah tersebut dibina berdasarkan imaginasi dan idea pemilik itu sendiri.
Namun buat Antilla, sebuah rumah di Altamount Road, Mumbai, India yang dibina dengan kos keseluruhan bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) sekali gus telah diiktiraf sebagai rumah termahal di dunia.
Rumah idaman itu dibina oleh pasangan jutawan dari India, Mukesh Ambani dan Nita Ambani.
Istana milik peneraju Reliance Industries itu yang juga merupakan lelaki kelima terkaya di dunia (dinobatkan oleh laman web Forbes) dengan anggaran aset bernilai RM142 bilion (AS$43 bilion) memerlukan kira-kira 600 pekerja bagi membersih dan menyelenggara kediaman mewah tersebut.
Tanggungjawab membina rumah impian milik pasangan tersebut telah diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins Wills dan Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Hotel Mandarin Oriental di Dallas dan Los Angeles.
Proses pembinaan rumah tersebut bermula pada penghujung 2006 dan siap untuk diduduki pada September 2008 di atas sebidang tanah berkeluasan 4939.81 meter persegi.
Ia menampilkan struktur seni bina yang dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan bentuk feng shui dalam masyarakat China.
Melalui prinsip itu, ia memberikan aliran ruang udara yang sihat berpandukan susun atur yang strategik pada bilik, objek dan kemasan barangan yang terdapat padanya.
Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat.
Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.
Antilla turut dilengkapi dengan sebuah lobi yang menghimpunkan sembilan buah lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai yang terletak di aras tujuh selepas enam tingkat di bawahnya dijadikan sebagai tempat meletak kereta dan boleh memuatkan 170 buah kenderaan dalam satu masa.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan dewan tari menari berhias siling kristal, ruangan menonton yang dilengkapi dengan monitor LCD lengkap dengan sistem pembesar suara seluas sebuah pentas pertunjukan.
Di tingkat lapan pula mengandungi sebuah pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.
Di atasnya pula, disediakan 'ruang udara' berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.
Antara ruangan istimewa lain yang terdapat di dalam Antilla ialah ruangan kesihatan yang dijadikan sebagai aras khusus untuk bersukan dan beriadah.
Aras itu juga menyediakan bilik berais khusus untuk kegunaan penghuni dan tetamu yang ingin lari dari bahang cuaca panas kota Mumbai.
Menariknya, bilik sejuk ini juga menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan dan salji buatan manusia.
Kayu berbentuk huruf 'W' yang dipasangkan untuk menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan diilhamkan daripada sebuah atrium terbuka untuk bahagian taman dan halaman rumah..
Elemen paling rumit bagi proses pembinaan rumah itu ialah untuk merealisasikan landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal di dalam sebuah rumah.
Ia boleh dimanfaatkan sebagai sumber tenaga yang membolehkan Antilla mengubah suasana kediaman pada musim panas kepada dingin manakala ketika cuaca sejuk dapat menyamankan tubuh.
Kegigihan Wanita Yakult
| Kuniko Aoyama memeriksa produk jualan yang dimasukan dalam beg khas. |
SEAWAL pukul 7.30 pagi, sudah menjadi rutin harian ibu muda ini mengayuh basikal kesayangan bersama anak lelakinya yang diletak di tempat duduk belakang, menuju ke Pusat Wanita Yakult yang terletak di Shin-torigoe Centre, Tokyo.
Perjalanan dari rumahnya menuju ke pusat tersebut mengambil masa 40 minit. Biarpun agak jauh tetapi ibu muda ini, Kuniko Aoyama, 33, selesa dengan tugas harian sebagai Wanita Yakult.
Dalam perjalanan, dia akan singgah di pusat jagaan Yakult dan meninggalkan anak lelakinya yang berusia empat tahun itu di pusat jagaan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.
Setiba di Pusat Wanita Yakult, dia bersama rakan-rakan yang lain mendapatkan beg khas yang telah disediakan yang mengandungi produk jualan yang akan dibawa dengan kereta sorong.
Sambil meletakkan ketulan ais di dalam plastik, dia akan memastikan pesanan yang diminta oleh pelanggan mencukupi.
Tepat jam 8.30 pagi, selesai taklimat ringkas dia memulakan tugas dengan menemui pelanggan setia yang sedang menanti kehadirannya bersama produk minuman yang ditempah.
Dengan berpakaian seragam Yakult, Aoyama menolak kereta sorongnya mengelilingi kawasan yang telah ditetapkan.
Begitulah rutin hidup wanita ini setiap hari sejak empat tahun lalu selepas bergelar Wanita Yakult dengan meraih pendapatan kira-kira 110,000 Yen atau kira-kira RM3,800 sebulan.
''Biarpun banyak berjalan tetapi saya sukakan kerja ini kerana setiap hari ia memberikan pengalaman yang berbeza,'' ujar ibu tunggal ini yang pernah berkhidmat sebagai jurujual di sebuah pasar raya sebelum ini.
Katanya lagi, setiap hari dia boleh berjumpa dengan bermacam-macam ragam manusia.
"Itu semua memberikan keseronokan dan ketenangan pada diri saya,'' ujarnya ikhlas.
Malah setiap hari ibu muda ini akan mengelilingi kawasan-kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan termasuklah di rumah-rumah dan pejabat.
Ceritanya, sejak kecil lagi dia didedahkan dengan Yakult dan pernah bercita-cita untuk menjadi Wanita Yakult kerana pakaian seragam yang sangat menarik.
''Sejak kecil saya sering melihat Wanita Yakult berpakaian uniform mengunjungi dari rumah ke rumah. Malah, saya juga pelanggan setia minuman tersebut yang bukan sahaja bagus untuk kesihatan tetapi juga berkhasiat,'' ceritanya sambil ketawa.
Melihat kerajinan dan ketekunan yang ada di dalam diri ibu muda ini membuatkan penulis terpegun.
Malah terfikir di benak, adakah rakyat Malaysia juga mampu membuat kerja yang sama seperti ibu muda ini yang sanggup berjalan kaki sambil membawa kereta sorong mengelilingi kawasan demi mencari rezeki berbekalkan senyuman manis, dia tekun melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Penulis yang berkesempatan mengikuti tugas tersebut agak kepenatan kerana terpaksa berjalan jauh, namun bagi Aoyama, itu adalah tugas hakiki dirinya demi mencari sesuap nasi untuk diri serta anak tunggalnya.
Dia yang sudah hampir lima tahun berkhidmat sebagai Wanita Yakult memberitahu, setiap hari hampir 45 hingga 60 buah premis harus dilawati bagi menghabiskan jualan hariannya.
''Setiap hari kita mempunyai jadual yang tertentu untuk menjaja minuman ini ke premis-premis seperti pejabat dan juga rumah persendirian,'' terangnya.
Namun mereka juga mempunyai pelanggan yang tetap untuk dikunjungi.
Bagaimanapun, ada juga premis yang tidak membeli produk minuman itu, tetapi itu semua sudah menjadi adat dalam proses menjual beli.
''Biasanya menjelang jam 2 petang, semua jualan akan habis dan saya akan kembali ke pusat jualan untuk membuat persiapan jadual esok dan juga memastikan stok barangan mencukupi,'' ujarnya yang tamat kerja pada pukul 3 petang setiap hari.
Sementara itu, Pengarah Urusan Yakult Bahagian Jualan, cawangan Tokyo, Mase pula memberitahu, bukan mudah menjadi Wanita Yakult kerana harus berdepan dengan pembeli yang mempunyai pelbagai kerenah.
Namun dengan latihan dan tunjuk ajar yang diberikan mereka mampu menjalankan tanggung jawab yang diberikan.
Tegasnya, setiap hari kesemua wanita Yakult akan memulakan tugas seawal pukul 8.30 pagi hingga 3 petang.
Biasanya mereka akan selesai bertemu pelanggan sekitar pukul 2 petang dan akan balik ke pusat bagi membuat persiapan tempahan serta jualan untuk keesokan harinya.
''Selesai kerja, mereka akan mengira wang jualan sebelum diserah kepada pusat dan pulang ke rumah masing-masing ,'' ujarnya lagi.
Terang beliau, hampir semua Wanita Yakult di Pusat tersebut adalah suri rumah yang berusia antara 21 hingga 75 tahun.
Kesemua mereka diambil di kalangan komuniti sekitar bandar itu dengan tujuan membantu mereka menambah pendapat keluarga.
Sebelum memulakan kerja mereka akan diberikan kursus tentang kaedah penjualan serta cara menjalankan tugas dengan baik.
Bagaimanapun katanya, kesemua mereka adalah pengedar bebas yang memperoleh pendapatan melalui komisen kira-kira 110,000 Yen sebulan.
Wanita Yakult adalah antara penggerak kejayaan Yakult Honsha Co. Ltd., syarikat pengeluar produk minuman berasaskan probiotik terkemuka dunia.
Ia mula diasaskan oleh Dr. Minoru Shirota yang merupakan seorang doktor perubatan yang menemui sejenis bakteria asid laktik iaitu 'lactobacillus casei' yang boleh memberikan kebaikan kepada kesihatan manusia.
Mengikut sejarah, sistem Wanita Yakult mula diperkenal pada tahun 1963 dengan tujuan membantu golongan suri rumah dalam menambah pendapatan keluarga.
Wanita paling rendah di dunia berasa gembira
HATICE KOCAMAN |
Bayi Dilahirkan Seperti Bertopeng
Menurut ibu kepada bayi istimewa ini,Yi Xilian tiada apa yang aneh ketika mengandungkan Kangkang dan kandungannya juga normal ketika itu.

Selepas Yi Xilian melahirkan Kangkang, doktor tidak membenarkan untuk melihat Kangkang. Namun, Yi Xilian merayu kepada suamiuntuk melihat wajah anaknya.
Dia terkejut dan menangis ketika melihat keadaan bayinya.
Doktor hanya memberikan kemungkinan hal ini berlaku, tiada kepastian mengenai kelaianan yang berlaku pada anaknya.
Doktor beranggapan mungkin berlakunya jangkitan ketika perkembangan embrio ketika mengandung atau kesan ubat-ubatan yang diambil ketika Yi Xilian mengandung.

Namun, tiada sebab yang jelas yang dapat dibuat oleh doktor.
Kos untuk melakukan pembedahan kepada Kangkang dianggarkan 80 – 100 ribu US Dollar. Pembedahan ini dilakukan untuk menyamakan 2 bahagian wajah Kangkang dan tulang muka.
Bagaimanapun Doktor tetap tidak dapat memberikan jaminan akan hasilnya.
Apabila bas sudah canggih







































