Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

You think your English is good?


English Language



Can you read these right the first time?

1) The bandage was wound around the wound.

2) The farm was used to produce produce.

3) The dump was so full that it had to refuse more refuse.

4) We must polish the Polish furniture.

5) He could lead if he would get the lead out.

6) The soldier decided to desert his dessert in the desert.

7) Since there is no time like the present , he thought it was time to present the present .

8) A bass was painted on the head of the bass drum.

9) When shot at, the dove dove into the bushes.

10) I did not object to the object.

11) The insurance was invalid for the invalid.

12) There was a row among the oarsmen about how to row.

13) They were too close to the door to close it.

14) The buck does funny things when the does are present.

15) A seamstress and a sewer fell down into a sewer line.

16) To help with planting, the farmer taught his sow to sow.

17) The wind was too strong to wind the sail.

18) Upon seeing the tear in the painting, I shed a tear.

19) I had to subject the subject to a series of tests.

20) How can I intimate this to my most intimate friend?


8:11 PM | 0 ulasan | Read More

Rahsia bola hitam putih


Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je. Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dengan anak tuan? Dia tak ada basikal...apa tuan tak segan?"

Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan basikal yang macam mana dan si anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola hitam dan bola putih .."

Hek eleh takkan macam tu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola hitam dan putih?"


"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. Maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dengan bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu, kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dalam stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa.

Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "Anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram . Walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. Musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggal nya. Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar
negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi:
"Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola hitam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.." Terima kasih banyak2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah besar panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
pula dengan bola hitam dan bola putih semestinya!! .

Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru. Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? Kenapa naik motor je. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: Habis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya ..bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."Macamana doktor, anak saya?"

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang " Mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk... sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"Tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan
bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"


(anda semua pun ingin tahu kan ...?)



Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba....


"sebabnya ....saya.. saya...saya...."


*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih..........



Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih. Isk!Isk! Isk!........ ..Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat aku. kah..kah..kah...




8:00 PM | 0 ulasan | Read More

Kerbau dan Babi


Diceritakan didalam sebuah hutan, tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang ni terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..

Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,

Babi : Eish, boring la pulak kan kerbau..
Kerbau : A’ah, boring betul.. Kau pikir apa yang patut kita buat agar hilang boring kita ni..
Babi : Ha, aku ada satu cadangan. Apa kata kita melukis. Kau lukis muka aku dan aku lukis muka kau.
Kerbau : Hm, ok jugak. First kau lukis muka aku dulu, pastu aku pulak lukis muka kau.
Babi : Ok. Kau dok diam2..

5 minit kemudian……

Babi : Hah, dah siap, nah..
Kerbau : Wah !! Lawanya kau lukis.. Ok sekarang aku pulak lukis muka kau..

Maka anak kerbau pun mula melukis muka anak babi..
5 minit kemudian…

Kerbau : Nah dah siap muka kau yang lawa ni..
Babi : (Muka tetiba jadi merah, lalu marah kat anak kerbau) "Ape yang kau lukis ni Kerbau???"
Kerbau : La betul la apa yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati)
Babi : Ni bukan muka aku… Ni muka BABI..


6:56 PM | 0 ulasan | Read More

Street Art

6:24 PM | 0 ulasan | Read More

Projektor Mini


Ia tidak mempunyai kipas yang mengeluarkan bunyi bising dan mentol yang perlu diganti.
PROJEKTOR sebesar tapak tangan itu dibangunkan oleh syarikat pita pelekat 3M.


MENYEBUT namanya sahaja sudah membayangkan saiznya yang agak besar. Namun peranan projektor dalam dunia perniagaan mahupun urusan pejabat menyebabkan kita terpaksa akur walaupun terpaksa membawa beban beratnya melebihi dua kilogram.

Tidak keterlaluan jika dikatakan projektor hari ini masih tergolong dalam kategori perkakasan komputer yang berskala besar. Ia memerlukan ruang yang agak besar sama ada untuk dipasang ketika pembentangan kertas kerja mahupun untuk penyimpanannya.

Namun, hasil usaha penyelidikan dan pembangunan beberapa buah syarikat pengeluar produk elektronik telah menyaksikan satu fasa evolusi gajet digital ini.

3M, Microvision, Toshiba dan Sony merupakan antara syarikat terkemuka dunia yang berlumba-lumba dalam mengubah skala projektor mereka kepada saiz yang hampir mustahil. Projektor Pico, itulah nama yang diberikan kepada projektor jenis ini.

3M, syarikat yang terkenal dengan pita pelekat berkualiti tingginya, merupakan salah sebuah syarikat yang melabur jutaan ringgit dalam menghasilkan prototaip projektor mini.

Projektor bersaiz tapak tangan itu diperkenalkan oleh 3M pada pertengahan tahun lalu. Projektor yang mampu menghasilkan tahap keterangan yang membolehkannya memancarkan imej di dalam bilik yang berlampu dari jarak 15 inci manakala di dalam bilik gelap, jaraknya bertambah kepada 50 inci.


PENGGUNAAN yang praktikal untuk kumpulan yang kecil.

Projektor yang dibangunkan oleh 3M itu menggunakan teknologi terkini yang mampu mengoptimumkan kuasa menerusi penggunaan diod yang mengeluarkan cahaya (LED) dan cip hasil keluaran LCoS dan bukannya cahaya laser yang lazim digunakan dalam projektor hari ini.

Selain 3M, salah sebuah pengeluar projektor terkenal, Optoma, turut tidak ketinggalan dalam membangunkan teknologi projektor yang menggunakan LED dan cip pengimejan DLP, teknologi yang dibangunkan oleh Texas Instruments.

Kejayaan menghasilkan projektor Pico merupakan bukti kesungguhan usaha mereka mengembangkan aplikasi projektor kepada umum. Sungguhpun bersaiz kecil ia masih mampu memancarkan imej selebar 15 inci dengan jelas.

Dipertontonkan buat pertama kalinya kepada umum di Pameran Konsumer Elektronik (CES) di Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu, projektor keluaran Texas Instruments itu mampu memaparkan imej yang dikehendaki hampir di mana-mana sahaja permukaan rata - dinding, belakang badan seseorang, tapak tangan dan sebagainya.

Model itu memancarkan cahaya laser merah, hijau dan biru pada kepingan cermin digital kecil, cip yang sama digunakan pada projektor panggung wayang.

Teknologi itu giat dimajukan bagi membolehkannya menggunakan LED sepenuhnya untuk menjimatkan kos, kuasa dan meminimumkan haba yang dikeluarkan. Ini bagi membolehkan ia dilengkapkan pada gajet digital mudah alih seperti telefon bimbit dan pemain multimedia.


PROJEKTOR tersebut dipercayai mampu bertahan sehingga 10 ribu jam nyalaan.

Sesuatu yang menarik tentang projektor mini itu ialah ia tidak mempunyai kipas mengeluarkan bunyi yang bising dan mentol yang perlu diganti. Projektor LED keluaran 3M dipercayai mampu bertahan sehingga 10 ribu jam nyalaan.

Satu kelemahan projektor itu ialah resolusi yang terhad. Projektor Pico tidak mampu menghasilkan imej sejelas dan sebesar imej yang mampu dipaparkan oleh projektor konvensional. Ini kerana ukuran tahap keterangan yang hanya sekitar 10 lumen sedangkan projektor biasa di pejabat mempunyai sekitar 2000 lumen.

Selain itu, bateri yang digunakan projektor tersebut juga cepat habis berbanding projektor biasa yang menggunakan bekalan kuasa elektrik secara terus. Bagaimanapun, bateri itu menjadikannya mudah alih, sama seperti komputer bimbit.

Sungguhpun secara dasarnya kualiti paparan projektor cili padi itu masih tidak dapat menandingi projektor yang lazim digunakan di dalam bilik mesyuarat dan auditorium, namun ia memadai untuk persembahan kumpulan kecil. Ia amat berguna khususnya buat golongan yang bekerja di luar pejabat.


6:22 PM | 0 ulasan | Read More

Lubang Terbesar Di Dunia

6:21 PM | 0 ulasan | Read More

Gajet Idaman


TAHUN 2008 semakin tiba ke penghujungnya. Bagi peminat teknologi khususnya mereka yang gemar mengumpul gajet, kehadiran tahun baru tidak berapa lama lagi tentunya memberikan harapan buat mereka untuk melihat gajet digital terkini. Berikut disenaraikan gajet yang dinanti pada tahun 2009:


* Basikal hibrid Schwinn

Pengeluar basikal lebih 100 tahun, Schwinn memperkenalkan basikal mesra alam yang menggunakan teknologi elektrik hibrid. Apa yang uniknya, sistem kuasa elektrik basikal ini boleh dimatikan bila-bila masa dan basikal ini akan berfungsi seperti basikal tradisional. Apabila suis bekalan kuasa diaktifkan, motor elektrik berkuasa tingginya akan memberikan anda satu pengalaman berbeza sementara bekalan kuasa dijana oleh bateri litium-ion berkuasa tinggi yang dibangunkan oleh Toshiba.



* Cakera keras Lenovo ThinkPad


Anda seorang yang banyak menghabiskan waktu kerja di luar pejabat tetapi memerlukan storan yang mampu melindungi data penting syarikat? Cakera keras mudah alih ini membolehkan anda membawa data ke mana sahaja dengan hati yang lapang kerana data anda dilindungi dengan enkripsi 128-bit dan kata laluan. Cakera keras SATA bersaiz 2.5-inci ini mampu menyerap hentakan dan berkapisiti sehingga 320GB.



* Pengesan A-GPS Zoombak Universal


Ibu bapa atau isteri yang ingin mengetahui ke mana anak atau suami mereka sering pergi, pastinya tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan gajet ini. Pengesan Zoombak Universal A-GPS akan memberitahu anda apabila ia memasuki persempadanan tertentu. Untuk mengetahui kedudukan subjek, anda hanya perlu menyembunyikan gajet ini di dalam kereta yang disasarkan. Pesanan ringkas (SMS) akan dihantar kepada pemiliknya apabila ia memasuki atau meninggalkan sesuatu kawasan.




* HP Photosmart C6388


Pencetak keluaran HP ini merupakan pencetak tiga dalam satu yang pertama yang dilengkapkan dengan ciri wayarles. Pengguna di pejabat mahupun di rumah yang mempunyai rangkaian tanpa wayar atau WiFi akan boleh terus melakukan cetakan secara wayarles. Model pencetak lain yang turut dilengkapi dengan keupayaan ini ialah C4580 dan C5380, kesemuanya merupakan pencetak pelbagai fungsi (cetak, salin dan faks). Selain menggunakan sambungan 802.11, ia juga mempunyai pilihan Bluetooth. Melalui sambungan Bluetooth, pengguna boleh mencetak terus dari telefon bimbit mereka.




* Garmin Nuvifone


Nuvifone bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah diuar-uarkan sejak lebih setahun yang lalu, namun pelancarannya telah ditangguhkan ke tahun hadapan oleh pengeluarnya, Garmin. Telefon yang banyak dipengaruhi oleh peranti pandu arah GPS ini dilengkapi dengan skrin berukuran 3.5-inci.

Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan pelayar Internet, sokongan capaian HSDPA dan integrasi peta dan GPS. Nuvifone dijangka menjadi gajet 'panas' selepas iPhone yang menjadi dambaan ramai.



* Bingkai gambar Internet


Jika sebelum ini bingkai foto digital telah memasuki pasaran, kini bingkai gambar berinternet pula diperkenalkan. Diberikan nama InTouch, bingkai foto digital ini turut dilengkapi dengan capaian Internet menjadikannya peranti akses Internet dan bingkai foto/video beraudio.

Gajet ini didatangkan dengan skrin sesentuh berukuran tujuh inci jenis LCD TFT dengan resolusi 800 x 400. Ia turut dilengkapkan dengan ingatan binaan dalam 128MB dan juga menyokong storan tambahan seperti SD, CF, MMC dan banyak lagi. Melalui bingkai ajaib ini, pengguna boleh mengakses album foto digital mereka di laman seperti Flickr dan Picasa secara terus sekali gus membuat suntingan hanya melalui bingkai tanpa memerlukan komputer.
6:18 PM | 0 ulasan | Read More

Erti Politik

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”.

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.
6:18 PM | 0 ulasan | Read More

Koleksi Gambar Pelik 3

6:08 PM | 0 ulasan | Read More

Cerita dari Jepun


Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."



5:45 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin