Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Makna Istilah IT Dalam Bahasa Melayu Beku

1. Firewall = Dinding Berapi
2. Internet Explorer = Penjelajah Jerat Ikan Dalaman
3. Network Setup Wizard = Ahli Sihir Pembina Kerja Jerat Ikan
4. Pinball = Bola Jarum
5. Spyware = Pengintip Barang
6. Touchpad = Sentuh Kotex
7. Bubble Jet Printer = Pencetak Buih-Buih Kapal Terbang Askar
8. Minesweeper = Penyapu Lombong
9. Firewire = Wayar Berapi
10. Microsoft Office = Pejabat Kecil Lembut
11. Photoshop = Kedai Gambar
12. Universal Serial Bus = Bas Bernombor Sedunia
13. Black Out Buster = Penghapus Hitam Keluar
14. Windows Media Player = Tingkap Pemain Media
15. Speaker = Pencakap
16. Local Area Network = Kerja Jerat Ikan Lokasi Tempatan
17. MSN Messenger = Penyurat MSN
18. Monitor = Ketua Darjah
19. Webcam = Kamera Sarang Labah-Labah
20. Back-up = Belakang-atas
21. Microphone = Telefon Kecil
22. Monochrome Printer = Pencetak Satu Besi Kilat
23. Pen Drive = Pandu Pen
24. Taskbar = Kerja Tempat Minum Alkohol
25. Auto Update = Tarikh Atas Otomatik
26. Off/Online = Tutup Garis / Atas Garis
27. Graphics Card = Kad Bergambar
28. Motherboard = Papan Emak
29. Hard Disk Drive = Pandu Piring Keras
30. CD-ROM (Compact Disc Read Only Memory) = Piring Padat Baca Sahaja Ingatan
31. Portable Device = Alat Boleh Bawa Ke Mana-Mana
32. Visual Basic = Penglihatan Biasa
33. Modem = Kotak Lampu Berkelip-kelip
34. Debug = Hapus Kumbang
35. Freeware = Barang Percuma
36. Graphical User Interface (GUI) = Penguna Muka Dalaman Bergambar
37. Hack/er = Pancung / Pemancung
38. Homepage = Muka Surat Rumah
39. Hypertext = Perkataan Terlampau Aktif
40. Login/out = Kayu Balak Masuk/Keluar
41. Server = Pelayan
42. Operating System = Membedah Sistem
43. Remote User = Pengguna Alat Kawalan Jauh
44. Rich Text = Perkataan Kaya
45. Search Engine = Cari Enjin
46. Spam = Daging Khinzir Panggang
47. Typeface = Jenis Muka
48. Virtual Reality = Palsu Betul
49. Worm = Ulat
50. Word Wrap = Bungkus Perkataan
51. Active Server Page (ASP) = Muka Surat Pelayan Aktif
52. Web Ring = Gelanggang Sarang Labah-Labah
53. Winsock = Menang Sarung Kaki / Stoking
54. WWW (World Wide Web) = Sarang Labah-Labah Seluas Dunia
55. OLE (Object Linking and Embedding) = Piala Dunia (World Cup)
56. Multi-platform = Banyak Landasan
57. Native File = Fail Orang Asli
58. Password = Perkataan Lulus
59. Port = Tempat Parking Kapal
60. Spreadsheet = Cadar Buka Luas-Luas
61. Standalone = Berdiri Sendirian
62. Thin/Thick Client = Pelanggan Kurus/Tebal
63. Vertical Market Software = Pasar Barang Lembut Tegak
64. Backside Bus = Bas Bontot
65. Bitmap = Sedikit Peta
66. Boot Disk = Piring Kasut
67. Dot Pitch = Titik Gelanggang BolaSepak
68. Frame Rate = Kadar Kerangka
69. Gateway = Laluan Pintu Besar
70. Hyper Thread = Benang Terlampau Aktif
71. Illegal Operation = Operasi
72. Jumper = Pelompat
73. LCD (Liquid Crystal Display) = Pameran Bendalir Batu Kristal
74. Local Host = Tuan Rumah Tempatan
75. Lossless File Quality = Kualiti Fail Tak Akan Kalah
76. Hotmail = Surat Panas
77. Jobstreet = Kerja Jalanan
78. Router = Penunjuk Arah
79. Website = Tapak Sarang Labah-Labah
80. Cooling Fan = Kipas Penyejuk
81. Feedback = Suap Balik
82. Weblog = Kayu Balak Sarang Labah-Labah
83. Broadband = Kumpulan Ahli Musik Luas
84. Power Supply = Bekalan Kuat
85. Clock Speed = Kelajuan Jam Dinding
86. Diskette = Anak Piring
87. Flash = Tunjuk Kemaluan
88. Cross-platform = Melintas Landasan
89. CSS (Cascading Style Sheet) = Cadar Jenis Jatuh Ke Bawah
90. Default = Penghapus Kesalahan
91. OpenGL (Open Graphics Library) = Buka Perpustakaan Gambar
92. Log Off = Tutup Kayu Balak
93. Standby = Oleh Berdiri
94. Error Message = Surat Kerosakan
95. Malware (Malicious Software) = Barang Lembut Ganas
96. Troubleshooting = Menembak Masalah
97. Mainframe = Kerangka Utama
98. SOAP (Simple Object Access Protocol) = Sabun
99. Mirrored Volume = Kekuatan Bunyi Cermin
100. Yahoo! = Syiok!
101. Thumbnails = Paku Ibu Jari
102. Background = Lantai Belakang
103. Strikeout = Hantam Keluar
104. Help Window = Tingkap Tolong
105. Browsing = Menyanyi Bulu Mata
106. Overclock = Terlebih Jam Dinding
107. Heatsink = Tenggelam Kepanasan
11:09 AM | 1 ulasan | Read More

Cerita Si Penyeluk Saku

Nama aku Gabriel. Ramai yang kenal diri ku yang berbudi pekerti mulia ni. Buat pertama kali aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain tentang perbuatan aku baru-baru ini. Kisah ini benar-benar terjadi. Atas desakan hidup, aku terpaksa melakukan perbuatan terkutuk yang melangkaui batas susila. Aku telah menjadi seorang penyeluk saku!

Hari kelmarin, ketika sesudah menge'best'kan mata aku sambil berpoya-poya di KLCC, tiba masanya untuk aku balik. Hari itu aku sengaja menjalankan kaki aku menaiki tren Rapid KL atau nama zaman jahiliahnya dulu LRT/STAR. Destinasi yang ku tujui selanjutnya ialah ke KL Sentral.

Dah lama aku tak naik tren, naik lupa dah aturcara majlisnya menaiki camne. Terpaksa la aku terkial-kial melihat peta laluan tren. Di samping itu juga, mata ku terlihat banyak papantanda amaran supaya pengguna-pengguna tren berhati-hati dengan penyeluk saku. Agaknya semakin berleluasa kejadian menyeluk saku ni sehingga pihak berkuasa terpaksa memasang papantanda amaran?

Aku kemudiannya beratur di kaunter tiket (sebab aku macam orang KL yang lain gak, bingai tak nak guna mesin tiket..) Bila tiba giliran ku, aku telah disapa mesra oleh awek cun penjual tiket tren. "Abang nak ke KL Sentral ye? Rm 1.60 je bang.." katanya. Aku pun membuka dompetku, lalu mengeluarkan duit seringgit sekeping.

"Err.. 60sen lagi bang?" tambah awek cun tu lagi. Aku pun dah tersipu-sipu malu. Dalam dompet dah takde duit kecil. Paling kecik pun ada RM 2 juta pound sterling duit Zimbabwe. Aku semakin gelabah. Orang semakin ramai di belakang ku yang nak membeli tiket. Kemudian, perkara itu pun terjadi.. aku telah menjadi penyeluk saku !

Aku pun menyeluk saku kanan seluarku, lalu atas nasib baik ku, ada la duit 50 sen sekeping & 20sen sekeping balance beli sirap tadi. Lalu aku pun membayar harga tiket tren dan terus menuju pulang..

Begitulah pengalaman aku menjadi penyeluk saku di stesyen tren LRT.


7:24 AM | 0 ulasan | Read More

Keluhan Si Peragut

Nama ku En Cam....aku ingin kongsi sejarah aku ketika dahulu...semoga menjadi pedoman kepada masyarakat disekeliling kita....kisah benar ini terjadi tak lama dulu....walaupon aku taw kerja ini dikutuk,dihina dan di caci masyarakat sekeliling, namun apa kan daya...aku terpaksa melakukannye demi untuk menyara hidup...demi untuk mengalas perut ku yang kelaparan...demi untuk hidup...

Bukan sengaja aku jadi begini...tapi tiada kerja lain yang mampu aku lakukan.. aku tahu aku berpikiran singkat...namun aku rasakan ini sahaja yang aku boleh lakukan untuk mendapat kemewahan dalam masa yang singkat...malahan ibu dan ayah ku juga seorang peragut....ilmu yang mereka turunkan tidak ku sia2 kan begitu sahaja..

Aku tidak memilih tempat...asal kan ada tempat yang sesuai....di situ lah aku melakukan kerjaku sebgai seorang peragut....tapi malang tidak berbau...dan ia membuat aku terpikir sejenak dengan kerja haram kami....masih aku ingat lagi ketika ibu dan ayah ku ditangkap oleh penduduk kampung.... tanpa belas kasihan, meraka di sembelih hidup-hidup....ingin sahaja ku menyelamatkan mereka..tapi aku tak berdaya....dan tanpa belas kasihan, kulit mereka dilapah pula..

Salahkah kami sekeluarga...salah ke kami meragut bunga ros peliharaan Pn Rajin...salah ke aku sebagai seekor kambing ?....salah kah kami... ?


7:17 AM | 0 ulasan | Read More

Rahsia Kebaikan Mandi Songsang

"Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut . Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan bandan

Jadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)
Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
Melancarkan perjalanan darah.
Menjadikan pengamal semakin pintar
Meninggikan daya ingatan
Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
Memiliki daya ketahanan mental
Menambahkan semangat berani
Menguatkan gusi dan gigi
Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan

SABDA RASULLULAH : MINTALAH KEYAKINAN DAN KESIHATAN YANG BAIK
10:57 PM | 0 ulasan | Read More

Tauke TESCO

Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News(www.ljn.co.uk<http://www.ljn. co.uk>) diedarkan secara percuma di kesemuacawangan Tesco di seluruh England ..Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regimganas Zionis di Israel. Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya.Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya Tessa Cohen.Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia,mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisianIsrael yang berjumlah jutaan dollar. Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dandikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London , England .Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat "search" diinternet dengan menaip "Tesco Jewish" dan anda akan dapat pelbagailaman web Yahudiyang dikaitkan dengan Tesco. Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahumenyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di Tesco.


10:52 PM | 0 ulasan | Read More

Gerhana matahari separa

Bebaskan Palestin!


Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa kira-kira pukul 4.30 petang pada 26 Januari ini.
Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana matahari Anulus akan berlaku pada tarikh itu selama tiga jam 46 minit bermula dari Lautan Hindi hingga ke sebelah Barat Indonesia.
Dalam satu kenyataan semalam, Angkasa berkata, fenomena itu berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari.
Angkasa menjemput orang ramai untuk menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program Pencerapan Gerhana Matahari Separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 petang pada 26 Januari ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Planetarium Negara, mereka boleh menyaksikan siaran langsung gerhana matahari separa mulai pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 26 Januari melalui laman web www.angkasa.gov.my.
10:24 PM | 0 ulasan | Read More

Tip mencari isteri idaman...

Bebaskan Palestin!


Kriteria isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...

10:18 PM | 0 ulasan | Read More

Cara berfikir

Bebaskan Palestin!

Dalam kelas, matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu tadika bertanyakan soalan..

"Ada 3 ekor burung di atas pokok..Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?"

Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu".

"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."

"hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2..Tapi cikgu suka cara kamu berfikir" ..kreatif' ..tambah cikgu tu lagi

Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh Cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya, ..

"Cikgu.., ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"..

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot.."..

"Salah cikgu.., yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin... Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir".. kreatif..

hehehe... mat mat
10:11 PM | 0 ulasan | Read More

Misteri sebuah jamban

Bebaskan Palestin!



Sehingga Gambar Ini Dilampirkan, Pakar Pengkaji Jamban Seluruh Dunia Masih Tidak Dapat Memberi Jawapan Disebalik Motif Jamban Ini Diwujudkan




10:08 PM | 0 ulasan | Read More

Abang selamat sampai..

Bebaskan Palestin!

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mel kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mel isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mel tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-melnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mel pertama itu, si janda tersebut pun pengsan.

Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To: Isteri Kesayanganku
Date: 16 May 2002
Subject: Abang telah selamat sampai

"Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mel kepada sesiapa saja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah disediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini."


10:07 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin