Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Bas Hantu


Kisah bermula pada suatu malam... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang ni bersama rakannya (nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India ... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.
Imbang Penuh
Mamat ni tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat ni dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka.

Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2?

"Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.


10:16 PM | 0 ulasan | Read More

Capricorn

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata: "United Kingdom..."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."

Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...". Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya."Birmingham..." kata si Mat Saleh.

Dijawab Mamat:"Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"




11:29 PM | 0 ulasan | Read More

Peguam Pun Kena Tipu


Kejadian ini berlaku di dalam sebuah penerbangan Boeing 767 dari Los Angeles ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat dan dengan sopan santun di tolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak puas hati dan berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.

Peguam berkata, "Saya tanya satu teka-teki, jika u dapat jawab, I pay u RM500 but if u tak dapat jawab u only pay me RM5.00 !!! Amacam?

Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.

Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa jauh jarak diantara bumi dan bulan??"

Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

"Sekarang giliran u", cabar peguam! ..

Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki"

Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan . Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawannya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.

Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?

Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawab : "Saya pun tidak tahu"



6:26 PM | 0 ulasan | Read More

Insaf terus....


Seorang ustaz mengajar tentang seksa dan balasan yang diterima oleh Syaitan dan Iblis diakhirat nanti. Ikutilah perbualan mereka.

Ustaz: Mereka (Syaitan dan Iblis) ini akan dimasukkan di dalam neraka jahannam, dan dibakar dengan api yang panas sekali.

Pastu ada seorang pelajar yang merasakan dirinya pandai ingin menguji ustaz tu, dia ni sedikit sekular la.

Pelajar: Ustaz, kan mereka tu berasal dari api, takkanlah diorang rasa sakit dan panas. (kata pelajar tersebut sambil mengorek hidungnya, kemudian disentalnya kat kawan sebelah.)

Ustaz tu memandang pelajar tersebut dengan tenang, kemudiannya, dia memanggil pelajar yang menanyakan soalan kedepan, kemudian......PANG!! satu tamparan ala-ala rimau mengamuk diberi oleh Ustaz tu.

Ustaz: Kulit dengan kulit sakit tak?

Pelajar tersebut tunduk sambil menginsafi dirinya.....


6:22 PM | 0 ulasan | Read More

Misteri lembu 'bunuh diri'


SOUSTAL, Switzerland - Berpuluh-puluh ekor lembu 'membunuh diri' dengan terjun dari tebing tinggi dekat kampung Soustal, Switzerland, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam tempoh tiga hari, sebanyak 28 ekor lembu mati di banjaran Alps dengan terjun dari tebing tinggi yang mempunyai ketinggian beberapa puluh meter.

"Kami sedang menyiasat kes itu kerana lembu yang hidup di kawasan pergunungan boleh mengesan bahaya dan tidak terjun dari tebing tinggi dengan sengaja," kata seorang pegawai polis.
Pihak berkuasa terpaksa menggunakan helikopter untuk memindahkan puluhan bangkai haiwan itu.

Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa kejadian tersebut berlaku apabila lembu yang berada di belakang rakannya akan terjun jika haiwan di depannya melakukan perbuatan itu.
Kebanyakan saintis menyatakan haiwan tidak mampu membunuh diri. - Agensi



10:57 PM | 0 ulasan | Read More

Kod lemak babi dalam keropok udang



Thanks to Mie69s



Saya mendapat input ni dari email. Makanan ringan aka jajan Rota mengandungi kod lemak babi E110.



MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT
1 E 100
16 E 280
31 E 434
46 E 482
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15 E 270 30 E 433 45 E 481


Namun begitu tak semestinya E110 mengandungi lemak babi, ada juga diperbuat dari sayuran dan buahan namun ia memang tak bagus untuk kanak-kanak.

http://www.ukfoodguide.net/e110.htm




10:56 PM | 0 ulasan | Read More

Kereta Bot


LOS ANGELES - Sebuah firma di California, Amerika Syarikat (AS) menghasilkan kereta yang boleh menjadi bot paling laju, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta bot itu dikenali sebagai Python dan dikeluarkan oleh firma WaterCar. Ia mempunyai lima tempat duduk itu dan mampu dipandu pada kelajuan 161 kilometer sejam (km/j) di darat dan 97km/j jika di atas air.

Penciptanya, Dave March berkata, kereta itu 48km/j lebih laju berbanding saingan terdekat, Gibbs Aquada.

"Kereta bot sebelum ini tidak laju di atas air. Misi saya untuk menyaksikan kereta yang berprestasi tinggi yang turut merupakan bot laju," katanya.

Berat Pyton ialah 1,723 kilogram dan menggunakan enjin V8 kereta sport Chevrolet Corvette keluaran firma automobil terkenal AS, General Motors.

Kereta itu dijual pada harga AS$198,600 (RM678,900) dan pemandunya akan menekan butang supaya keempat-empat tayarnya condong bagi membolehkan ia bergerak di atas air.

Semasa berada di atas air, kereta itu menggunakan enjin Dominator 500 kuasa kuda.

- Agensi


10:54 PM | 0 ulasan | Read More

Bertengkar Erat Kasih Suami Isteri


KEHIDUPAN suami isteri ibarat gigi dan lidah. Justeru, kadang kala pertengkaran tidak dapat dielakkan walaupun membabitkan soal remeh-temeh. Bukan semua pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga boleh mendatangkan kebaikan, mematangkan suami isteri malah kehidupan berumah tangga. Pertengkaran juga membolehkan anda meluahkan apa yang terbuku di hati daripada memendam rasa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Jangan bertengkar sekadar membalas dendam atau menegakkan benang basah. Pertengkaran adalah petanda awal dalam perkahwinan, iaitu suami isteri cuba menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.

Bayangkan sebelum ini anda hidup secara berasingan, dalam rumah berbeza dan keadaan yang tidak sama. Selepas berkahwin, anda terpaksa berkongsi bersama pasangan anda dalam segala aspek.

Dalam kehidupan berkongsi itu termasuk minat, selera, cara hidup dan perasaan, tentu ada perbezaan dan perselisihan. Pertengkaran dapat menyatukan semula perbezaan itu.

Kesimpulannya, pertengkaran boleh dielakkan jika tidak dibincang lebih awal dan mengelakkan timbul masalah lebih besar pada masa hadapan.

Tetapi, jika mereka dapat mengatasi perselisihan, mungkin akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri.

Petua Berdepan Pertengkaran

- Jika berlaku pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangan anda. Jangan hanya mencari kemenangan. Sebaliknya berusaha mencari jalan penyelesaian.

- Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, jangan membabitkan hal lain kerana ia memburukkan keadaan.

- Jangan bertindak menggunakan fizikal atau melemparkan barang. Jangan menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Gunalah perkataan yang lembut seperti, abang sedih dengan perbuatan itu atau kamu tahu tak betapa hancurnya hati saya ini.

- Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan selepas bertengkar.

- Jangan menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

- Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.

- Jangan bertengkar di depan anak kerana ini menjadikan anak bingung atau tertekan.


10:39 PM | 0 ulasan | Read More

BAJET PERKAHWINAN LELAKI


Pra-perkahwinan:
Kursus perkahwinan RM
Wang hantaran RM
Mas kahwin RM
Upah jurunikah RM
Kad jemputan RM
Setem RM
Cincin tunang RM
Cincin kahwin RM
Barang kemas RM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan RM
Tempat penginapan untuk rombongan RM

Barangan Hantaran:

Sirih junjung RM
Potpurri RM
Al-Quran RM
Telekung/sejadah RM
Kain ela RM
Baju kurung RM
Beg tangan RM
Tuala RM
Jam RM
Kasut RM
Satu set peralatan solek RM
Satu set penjagaan badan RM
Buah-buahan RM
Puding RM
Cokelat RM
Kek RM

Juruandam:

Pelamin RM
Bunga pahar RM
Bunga telur/cenderahati tetamu RM
Baju songket RM
Hiasan bilik tidur RM
Pintu gerbang RM
Hiasan hantaran RM

Abadikan memori:

Videografi yang siap disunting RM
Jurugambar RM

Kanopi:

Kanopi RM
Kerusi dan meja RM
Alas meja RM
Kipas siling RM
Lampu RM
Upah pekerja RM

Hotel atau taman:

Sewa hotel atau taman RM
Kerusi dan meja RM
Menu RM
Penyambut tetamu RM
Pengiring RM

Makan beradap:

Set meja pengantin RM
Kerusi dan Meja RM
Alas meja RM
Skirting RM
Scallop RM
Kerusi banquet RM
Bunga bouquet RM
Lauk pengantin RM
Penanggah RM

Katering:

Nasi dan lauk pilihan RM
Buah-buahan RM
Air (kordial) RM

Hiburan:

Kompang RM
Silat pengantin RM
Cak lempong RM
Kumpulan marhaban/berzanji RM

Sistem PA:

Satu set sistem PA RM
DJ / MC RM

Bulan Madu:
Percutian RM

Jumlah perbelanjaan RM


Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah:


a) Perbelanjaan dari RM 10,000 - 15,500 Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.

b) Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 - 25,500 Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.

c) Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 - 35,500 Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.



10:35 PM | 0 ulasan | Read More

Petua Untuk Murah Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan



Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah,
Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih


10:29 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin