Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Laju sangat..


Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung. So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil.

So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie.. so dalam keadaan seram sejuk Ahmad nie terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini"



6:03 PM | 0 ulasan | Read More

Pukul anak


Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya...

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?" Tanya si nenek

"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."Jawab si ayah


8:25 PM | 0 ulasan | Read More

Rumah untuk di jual ....Percuma lori..

8:21 PM | 0 ulasan | Read More

Kasih Sayang Pak Mat


Pak Mat duduk di Selatan Thailand. Dua bulan lalu isterinya Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Sejak kematian isterinya, perangai Pak Mat agak ganjil sedikit. Dia menziarah kubur isterinya tiga kali sehari. Pagi sekali, tengahari sekali, petang sekali lagi. Pendek kata, orang-orang kampung itu mudahlah untuk berjumpa Pak Mat. Pergi saja ke kubur isterinya, kerana kubur itu dah jadi 'port' Pak Mat.

Ramai orang yang tahu kisah Pak Mat ini menggelengkan kepala mengenangkan betapa sayangnya Pak Mat kepada isterinya.

Pada satu hari, nak dijadikan cerita, datanglah seorang anak muda kampung itu kepada Pak Mat. Anak muda itu bertanya: "Pak Mat.. apa yang Pak Mat buat ni memanglah bagus, tak ada orang lain kat kampung ni yang dapat tunjukkan sayang macam Pak Mat.."

Pak Mat dengan nada pilu menjawab: "Ya.. begitulah. Sebelum Makcik Maznah kau ni meninggal dunia, dia telah wasiat kepada Pak Mat. Dia kata: '"Saya tau abang tu memang sentiasa cari peluang nak kawin lagi.. bila saya dah mati, kalau abang nak kawin pun tunggulah sampai rumput di kubur saya tumbuh dulu.."

Anak muda itu bertanya: "Habis tu apa kaitan rumput dengan kedatangan Pak Mat ke sini?"

Pak Mat menjawab: "Pak Mat datang ke sini sebab nak siram kubur Makcik Maznah, barulah rumput boleh tumbuh cepat..."

Anak muda itu senyum. Agaknya dia faham. Pak Mat pun senyum.


8:16 PM | 0 ulasan | Read More

Perbezaan pangkat Dato, Tan Sri dan sebagainya


Secara amnya kita boleh bezakan dengan pantas melalui nama panggilan seperti Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Dato' ataupun Datuk. Kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut dan jelas, sila baca maklumat susunan keutamaan Darjah-Darjah Kebesaran pada fakta-fakta di bawah ini.
DARJAH-DARJAH KEBESARAN BINTANG-BINTANG DAN PINGAT MALAYSIA
* DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.)
Darjah kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja dan bilangan ahli-ahlinya terhad seramai sepuluh orang. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada setiap Baginda Raja yang telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong.
* DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.)
Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.


DARJAH-DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGARA
* SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Pertama. Darjah kebesaran ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.
* PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua. Darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 75 orang, tidak termasuk warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat.
* JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Ketiga. Jumlah penyandang terhad kepada 1,000 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.
* KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Jumlah penyandang tidak terhad

* AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kelima. Jumlah penyandang tidak terhad.

* PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.)
Ia merupakan pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Jumlah penyandang tidak terhad.

DARJAH-DARJAH YANG MULIA SETIA MAHKOTA MALAYSIA
* SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.
* PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Anugerah ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 450 orang, tidak termasuk anugerah kehormat yang dikurniakan kepada warganegara asing.

* JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Ketiga. Jumlah anugerah ini terhad kepada 1,200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

DARJAH YANG MULIA JASA NEGARA

* PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Jasa Negara Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'. Keanggotaan dalam darjah ini terhad kepada 300 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.


DARJAH-DARJAH YANG AMAT DIHORMATI SETIA DIRAJA

* PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Pertama. Jumlah anugerah ini terhad kepada 200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'.
* JOHAN SETIA DIRAJA (J.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja pangkat Kedua.
* KESATRIA SETIA DIRAJA (K.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Ketiga.
* BENTARA SETIA DIRAJA (B.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Keempat.

DARJAH BAKTI
* DARJAH BAKTI (D.B.)
"Berbakti Untuk Negara". Ianya dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah masyhur namanya di Malaysia dan juga di kalangan antarabangsa serta telah memberi sumbangan cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan. Anugerah ini adalah dihadkan kepada 10 orang sahaja.

DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA

* SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P)
Ini merupakan anugerah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Bintang Kehormat ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.

* PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.B.)
Dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi musuh.
* JASA PERKASA PERSEKUTUAN (J.P.P.)
Juga dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa di luar medan peperangan.
* PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U.)
Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana keperwiraan atau taat setia yang teristimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi ataupun tidak.

* KEPUJIAN PERUNTUKAN KEBERANIAN (K.P.K.)
Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah berani tetapi tindakan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereka dikurniakan pingat.

BINTANG DAN PINGAT BAGI PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI
* PINGAT KEBAKTIAN (P.K.)
Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota-anggota pasukan Tentera Sukarela dan Pasukan Perkhidmatan Beruniform.
* PINGAT KHIDMAT BERBAKTI (P.K.B.)
Dikurniakan kerana khidmat-khidmat am anggota-anggota Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform
* PINGAT PERKHIDMATAN AM (P.P.A.)
Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera Persekutuan dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.
* PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (P.P.S.)
Dikurniakan untuk menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

PINGAT-PINGAT PERINGATAN
* PINGAT PERINGATAN MALAYSIA (P.P.M.)
Dibuat dalam tiga peringkat, iaitu emas, perak dan gangsa. Pingat ini khusus untuk mereka yang telah banyak memberikan khidmat cemerlang dalam usaha menubuhkan persekutuan Malaysia hingga 31 Ogos 1965.

SUMBER: Buku Cenderamata, Istiadat Mengadap Dan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Dan Pingat-Pingat Malaysia Pada 3 Jun 2000, ISTANA NEGARA, Kuala Lumpur

SUSUNAN KEUTAMAAN BAGI ANUGERAH-ANUGERAH PERSEKUTUAN

1 SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA S.P.
2 DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA D.K.M.
3 DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA D.M.N.
4 SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA S.M.N.
5 SERI SETIA MAHKOTA MALAYSIA S.S.M.
6 DARJAH BAKTI D.B.
7 PANGLIMA MANGKU NEGARA P.M.N
8 PANGLIMA SETIA MAHKOTA P.S.M.
9 PANGLIMA JASA NEGARA P.J.N.
10 PANGLIMA SETIA DIRAJA P.S.D.
11 JOHAN MANGKU NEGARA J.M.N.
12 JOHAN SETIA MAHKOTA J.S.M.
13 JOHAN SETIA DIRAJA J.S.D.
14 KESATRIA MANGKU NEGARA K.M.N.
15 KESATRIA SETIA DIRAJA K.S.D.
16 AHLI MANGKU NEGARA A.M.N.
17 PINGAT PANGKUAN NEGARA P.P.N.
18 BENTARA SETIA DIRAJA B.S.D.
19 PANGLIMA GAGAH BERANI P.G.B.
20 JASA PERKASA PERSEKUTUAN J.P.P.
21 PINGAT TENTERA UDARA P.T.U.
22 PINGAT KEBAKTIAN P.K.
23 PINGAT KHIDMAT BERBAKTI P.K.B.
24 PINGAT PERKHIDMATAN AM P.P.A.
25 KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN K.P.K.
26 PINGAT PERKHIDMATAN SETIA P.P.S.
27 PINGAT PERINGATAN MALAYSIA P.P.M.
28 PINGAT-PINGAT PERTABALAN -

Infromasi tambahan:
(1) Suami dapat panggilan 'Datuk', secara automatik orang rumahnya dipanggil 'Datin' (bertuah pompuan ni ya). Kalau orang rumah dapat anugerah 'Datuk', secara automatiknya si suami tadi MASIH bergelar ENCIK sahaja .....hehehhehheh...
(2) Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia yang banyak sumbangan dan jasa kepada kerajaan (terutamanya kepada negeri tanah kelahirannya - kerajaan negeri). Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka boleh dikatakan hanya terbuka kepada orang awam macam kita sahaja dan tidak kepada anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan kerana Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka ini lebih dianggap sebagai Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat Kelas Dua (ada Kelas Satu juga). (3) Anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan biasanya dianugerah dengan DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.). Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

Disebabkan gelaran ini adalah anugerah yang tertinggi kalau mengikut senarai susunan keutamaan, kebiasaanya diberikan kepada bekas para hakim ataupun bekas menteri yang terlalu banyak sumbangannya kepada negara. Anugerah Darjah ini terhad kepada 25 orang sahaja.

Source : http://malay.cari.com.my/archiver/?tid-196106.html


8:07 PM | 0 ulasan | Read More

Kota Paling Mahal Di Dunia

Baru-baru, Forbes menamakan Tokyo sebagai kota paling mahal di dunia untuk didiami pada tahun 2009. Jika anda sangkakan kos pengangkutan awam di Kuala Lumpur (KL) sebagai membebankan, fikir sekali lagi. Di Tokyo, kos minimum untuk menaiki kenderaan awam ialah RM 11.70 untuk satu perjalanan.

Lebih menakutkan lagi, kos untuk senaskhah surat khabar dan secawan kopi di sana ialah RM 42.12, hampir 4 kali ganda lebih mahal dari kos kopi di Starbucks di negara kita.

Penamaan Tokyo sebagai kota termahal di dunia untuk tahun ini telah dilakukan oleh kajian yang dilakukan oleh Mercer's 2009 Worldwide Cost of Living Survey. Meskipun Jepun teruk mengalami masalah kemelesetan ekonomi, ia tidak menghalang kos sara hidup di Tokyo untuk meningkat sebanyak 13.1% dari tahun 2008. Untuk maklumat anda, Tokyo disenaraikan di kedudukan kedua pada tahun lepas.

Tempat kedua pada tahun ini diisi oleh Osaka, sebuah lagi kota dari Jepun dan diikuti oleh Moscow dan Geneva. Kota-kota terkenal dunia lain seperti New York berada di tempat ke-8, London di tempat ke-16, dan Dubai di tempat ke-20.

Ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur tidak ketinggalan apabila turut disenaraikan di kedudukan ke-96 kota termahal di dunia.

Kedudukan ranking kota termahal di dunia diambil kira berdasarkan harga 200 jenis barang dari kategori pengangkutan, kediaman, makanan, pakaian, hiburan, perabot dan barangan elektrik di rumah.

Dubai berpotensi menjadi kota termahal di dunia pada satu hari nanti

Kuala Lumpur juga tersenarai antara kota termahal di dunia

sumber: Forbes, Malaysian Edge



7:56 PM | 0 ulasan | Read More

Keaja​iban Micro​soft Word

Just nak kongs​i satu benda​ ni dengan korang semua iaitu Keaja​iban Tulis​an Dalam Micro​soft Word.​.​ Cuba buat dan tengok.​.​.​

1. Buka​ Micro​soft Word koran​g.​
2. Taipk​an dalam​ huruf​ besar​,​ Q33 NY (Q33 NY ni adala​h nombo​r pesaw​at yang melan​ggar WTC tu.. )
3. Tukar​ saiz font tu kepad​a saiz 48.
4. Koran​g highl​ightk​an Q33 NY tu kemud​ian tukar​ kepad​a font WINGD​INGS 1.

Apa yang koran​g nampa​k?​ Sesun​gguhn​ya benda​ ni dah lama wujud​ tanpa​ sesia​pa yang menja​ngkak​annya​ ...
Kelih​atan gamba​r sebua​h Kapal​ Terba​ng melan​ggar WTC (​menar​a berke​mbar tu) .. kemud​ian ada lamba​ng tengk​orak dan lamba​ng yahud​i ...

Anda percaya ? Terserah...


7:47 PM | 0 ulasan | Read More

Abang aku selalu buat


Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki kereta. Kereta itu dipandu dengan lajunya...
Setibanya di satu traffic light, kelihatan lampu traffic light berwarna merah.
Si pemandu ni tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi.
Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu merah tadi?!!"
Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".

Selang beberapa kilometer kereta ini tiba di satu traffic light, sekali lagi lampu traffic light itu merah. Tanpa segan silu mamat ni memecut laju. Kali ni member mamat tadi lagi bertambah cemas gila-gila-gila babi lalu memarahi si mamat tadi.
"Lagi sekali kau buat macam tu aku nak turun tak kira!!!!" Si mamat ni dengan selambanya menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat"

Selang beberapa kilometer, kereta ni sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut mamat ni memberhentikan keretanya dengan diikuti kokokkan tayar "SKREET......".
Member mamat ni terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? Kan lampu traffic light tu hijau" nak tau apa yang si mamat ni jawab............
"Aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."


7:36 PM | 0 ulasan | Read More

Soalan Bocor SPM 2009

SUBJEK : Sejarah

1. Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?
A: Alfonso D' Albuquequer
B: Albontot D' Abukaki
C: Al apobondo nih
D: Al..Al..Alpa romeo

2. Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?
A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

3. Siapakah pegawai British di Sarawak?
A: James Brook
B: James Beruk
C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot
E: Khalid Jamlus

4. Kenapa Hang Jebat mengamuk?
A: Kerana mengetahui Hang Tuah mati dibunuh Soltan.
B: Aweknya dikebas datuk bendahara.
C: Kalah main takraw dengan anak buah Hang Kebun.
D: Terlalu meminati Bandi Amuk, sebab tu la mengamuk.

5. Siapakah nama isteri Parameswara?
A: Parameswari
B: Parameswaja
C: Pramugari
D: Pramugara terlampau


SUBJEK : Ekonomi Asas / Perdagangan

1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?
A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu.

2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.
A: Sistem Barter
B: Sistem batu bata
C: Sistem kasut Bata
D: Sistem Marjerin dan butter

3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?
A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.
B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.
C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.
D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.

4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?
A: Duitmu duitku jua, duitku duit untuk biniku.
B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.
C: Makan dulu, baru bayar.
D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang bayar hutang.

5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?
A: Kumpulan Search
B: Kumpulan KRU
C: Kumpulan Kekanak Spastik
D: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Soalan tambahan :

Apakah bunyi sebutan bg dialek orang PERAK untuk perkataan "KOTA MELAKA"?
A KOTO MELAKO
B KOTE MELEKE
C KUTAK MELAKAK
D KOTE MELAKA



9:26 AM | 0 ulasan | Read More

Koleksi Lawak


PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal,
"SAYA MAU KELUAR!"


MANGGA

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"

SIAPA BANGANG

Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Pulak... "


RAHSIA MENANGKAP IKAN

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV9 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV9 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tengok cara isteri pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.
Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV9 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu... "
CrewTV9 : "O, ye ke... "


MALUNYA

Seorang wanita muda telah terberanak di dalam sebuah lif.. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan pakar ilmu jiwa untuk pujuk dier keluar.
Pakar ilmu jiwa tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih."
Wanita muda yang terberanak itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."
pakar ilmu jiwa itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata pakar ilmu jiwa tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak,uhwaaa.. .. !!!"
Pakar ilmu jiwa itu tak tahu nak cakap aper.

Nyonya Mei Lee
Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk kali pertama selepas menang loteri. Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.
Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling.
Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.
"Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tatak tau duduk hotel.. sudah baya latut latut, lu kasi ini bilik ka??! kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun??? katil mau titun pun tatak????, haiyyaaa..mau tipu olang ka??!!"
Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa....."



9:12 AM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin