Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

2012


Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?

RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' juga sedang hangat ditayangkan di pawagam-pawagam. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.

Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.

Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

Hentaman objek

"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.

"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.

"Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.

Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.

"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.

"Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.

Perlanggaran galaksi

Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.

"Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.

Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.

Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.

"Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.
Fenomena alam berangkai

Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

"Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

"Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

"Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.

Terma Kosmofobia

Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

"Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

"Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.



9:05 AM | 0 ulasan | Read More

School Bus

11:17 PM | 0 ulasan | Read More

Durian Kura kura ??

11:15 PM | 0 ulasan | Read More

Camouflage Arts

11:14 PM | 0 ulasan | Read More

Ribuan spesies aneh huni dasar laut


GAMBAR menunjukkan timun laut lut sinar yang ditemui di Teluk Utara Mexico.


NEW ORLEANS - Hidupan marin yang tinggal di lautan dalam didapati mempunyai bentuk yang ganjil seperti timun laut yang mempunyai sesungut lut sinar.

Satu laporan yang disiarkan kelmarin merekodkan sebanyak 17,650 spesies didapati hidup di lautan dalam.

"Sebahagian daripada laut dalam yang kita anggap sejenis sebenarnya lebih rumit," kata seorang pakar oseanografi di Universiti Louisiana, Robert S. Carney di Amerika Syarikat (AS).

Penyelidik-penyelidik merekodkan 5,600 spesies baru daripada 230,000 yang sudah dikenal pasti dalam bancian hidupan laut itu.

Antara yang disenaraikan itu ialah beberapa makhluk aneh seperti sotong bertelinga gajah dan cacing yang menyedut minyak.

Katalog hidupan marin itu dijangka siap pada Oktober 2010.

Ia menunjukkan sebanyak 5,722 spesies tinggal di dasar laut sedalam 1,000 meter yang tiada sinaran matahari. - AP


Sumber : Kosmo



11:08 AM | 0 ulasan | Read More

Kisah Chot - Buku Telefon


Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.
"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.
"Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.
"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan! " kata Chot.
"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.
"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata, "Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"


10:33 PM | 0 ulasan | Read More

Jom Menaip..


Thanks to Mie69s



Sepasang mempelai baru diijabkabul oleh tok kadi pada siangnya. Pada malamnya biasalah org baru kahwin mestilah nak menikmati malam pertama tanpa diganggu.

Malam pertama semuanya beres. Tiada masalah langsung. Biasalah baru kahwin minggu pertama dan kedua biasanya mesti duduk kat rumah mentua dulu samada di rumah keluarga lelaki atau keluarga perempuan. Tapi bila kat rumah mentua ni aktiviti seronok2 kenalah dilimitkan sikit, takut nanti dikatakan tidak hormat kat mentua pulak ye tak. Nak dijadikan cerita pada minggu pertama tu sang mempelai ni duduklah sementara di rumah keluarga perempuan. Lebih kurang pukul 9.00 malam pada malam kedua diruang tamu, sang mempelai ni duduklah bersantai sambil menonton TV bersama2 family si isteri. Dalam situasi bersantai bersama family siisteri tu kelihatan si suami ni amat gelisah sekali, sesekali dia melihat jam di dinding kemudian berdetik di hatinya “hai baru pukul 9.00 malam”. Melihatkan keadaan si suami yang macam kucing kehilangan anak tu maka bertanyalah si isteri kepada sisuami dalam keadaan berbisik ”Bang..kenapa ni I tengok u ni gelisah je apasal ?”
Maka jawab si suami dan ditambah dengan soalan “tiada apa2 cuma family u ni biasanya tidur pukul berapa?”
Maka jawab si isteri “biasanya pukul 11.00 malam kenapa?”
Dibalas pula oleh si suami “alahai lambatnya tidur……alah biasalah kan kita ni baru kahwin apa lagi…he..he..he”. bisik sisuami kepada isterinya.
Si isteri diam seketika dan kemudian berkata “Abang pergilah masuk bilik dulu nanti I menyusul”.
“Habis tu kalau family u tanya I nak kata apa?” soal sisuami pula.
Maka dijawab oleh si isteri “katalah u nak pergi menaip”.
Si suami pun pergilah masuk kebilik dengan alasan nak pergi menaip maka terfikirlah ahli family si isteri yg menantu mereka ni org sibuk maklumlah businessman baru kahwin pun sibuk nak menaip.
Selang 5 minit si isteri pula beredar dari ruang tamu dengan alasannya nak menolong si suami tu menaip. Maka selesailah satu masalah sang mempelai tadi malam tu. Pada malam keesokannya situasi yang sama berulang dengan alasan nak menaip si suami dan isteri dapat melepaskan diri dari familynya.
Pada malam ke 4 nya pada masa dan situasi yang sama seperti malam2 terdahulu si suami pun minta diri untuk menaip tapi pada malam tu si mak mentua meminta anak perempuannya iaitu si isteri ni mengurut kakinya yang sakit. Maka si isteri tadi pun akur dengan permintaan si ibu tadi. Lebih kurang 1 jam kemudian si isteri pun masuk ke bilik dan melihat sisuaminya telah tidur. Si isteri pun mengejutkan si suami sambil berkata “Bang….jomlah kita menaip”.
Dijawab oleh si suami “Abang dah tulis tangan tadi” sambil menarik selimut.


10:32 PM | 0 ulasan | Read More

3 dalam 1


Thank to Mie69s


Pada suatu mase dahulu adalah seorang raja yang yang bijaksana memerintah negeri yg bernama negeri entah berentah. Oleh kerana negeri entah berentah ni tersangatlah aman dan damainya maka kerja harian sang raja ni hanyalah mendengar dan menyelesaikan permasalahan rakyat jelatanya sahaja. Tapi telah ditetapkan semenjak azali lagi sang raja hanya boleh menyelesaikan 3 masalah sahaja dlm satu hari, dan sang raja hanya boleh memberi hanya sepatah perkataan saja sebagai jawabannya bagi menyelesaikan 3 masalah tersebut. Pening juga tu... 1 perkataan jawapan untuk 3 soalan terkini.

Hendak dijadikan cerita pada satu hari yang tenang lagi damai semasa sang raja dan para pembesar istana sedang berada di balairongseri maka datanglah pengawal yang menjaga kuda2 baginda, memaklumkan yang kuda kesayangan baginda si Putih telah sakit. Sang raja hanya tersenyum saja mendengarnya sambil menunggu 2 lagi soalan cepumas. Ketika para pembesar duduk memikirkan apakah jawaban yang akan diberikan oleh sang raja kepada pengawal kuda tadi, datanglah pulak 2 org rakyat baginda ( seorang peniaga dan seorang pembeli ) yg sedang bergaduh kerana sipeniaga didakwa menjual barangan perniagaannya dengan harga yang mahal. Lagilah sakit dan pening kepala para pembesar istana tapi sang raja ‘cool’ aje. Sedang semua org dalam balairong seri diam sambil memikirkan apakah sepatah perkataan yang akan diberikan oleh sang raja tersebut. Tiba2 datanglah pulak tukang masak istana yang terkenal hebat dengan masakan yang melazatkan, boleh dikatakan setiap masakannya cukup dengan rasa manis, masin dan masamnya …… bertanyakan apakah hidangan santapan baginda utk hari itu. Lagilah kusut kepala org2 yg berada dalam balairong seri tadi memikirkan apakah jawabannya…. tapi sang raja hanya rilek saja. Oleh kerana dah cukup 3 soalan yang dikemukakan hari itu maka dengan selamba sang raja bangun dan menjawab……….. menyebabkan semua org yg berada di balairong seri itu terpinga2.

Agak2 koranglah apa jawabannya??????
Jawabannya TAWAR…..
Utk soalan 1 dah kuda tu sakit carilah PENAWAR /ubat utk. kuda tu….
Utk soalan 2 dah sipeniaga tu menjual barangan jualannya mahal cuba2lah TAWAR utk kurangkan harga.
Utk soalan 3 hari2 makan sedap manis, masin dan masam cukup hari ni cubalah masakan yg TAWAR sikit barulah balance permakanan….


10:32 PM | 0 ulasan | Read More

Replika 4 juta batang mancis

REYNOLDS bergambar bersama replika pelantar minyak yang dibinanya dengan menggunakan batang mancis.


SOUTHAMPTON - Seorang pesara lelaki di Britain, David Reynolds mencipta rekod dunia selepas dia berjaya membina replika sebuah pelantar minyak di Laut Utara, Britain dengan menggunakan empat juta batang mancis, lapor sebuah akhbar semalam.

Reynolds, 51, bekas pekerja pelantar cari gali minyak di Laut Utara itu mengambil masa selama 15 tahun dan berbelanja £5,000 (RM27,554) untuk membeli batang mancis dan gam.

Model yang baru siap itu dibuat daripada 4,075,000 batang mancis dengan berat keseluruhan mencecah satu tan serta ketinggian 3.7 meter dan panjang 6.4 meter.

Ia kemudian diiktiraf oleh pihak Guinness World Records apabila mengatasi rekod sebelum ini iaitu replika sebuah kapal Titanic yang menggunakan 3.5 juta batang mancis.

Reynolds yang tinggal bersama dengan isterinya, Julie, 49, di sini menyifatkan model luar biasa itu merupakan hasil usahanya yang pada asalnya bermula sebagai hobi.

Jurutera yang bersara pada 1998 itu mula membina replika pelantar minyak Brent Bravo itu sejak 1994. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Ringkasan:-
1) Diperbuat drpd 4 075 000 btg mancis
2) Berat hampir 1 tan
3) Bersaiz 3.7 m tinggi dan panjang 6.4 m
4) Diiktiraf Guinness World Records
5) Masa di ambil selama 15 untuk siap
6) Kos sebanyak £5,000 (RM27,554) untuk membeli batang mancis dan gam.



10:26 PM | 0 ulasan | Read More

Pelantar Minyak (Oil Rig) di Perairan Terengganu

Jack Up Rig
Kapal Vessel atau kapal pengangkut sedang menghantar bekalan ke pelantar minyak.Antara bekalan yang di angkut termasuklah bahan makanan, alat-alat pengerudian yang berat seperti drill pipe, oil base mud (OBM) dsb. Di Malaysia, bekalan ini dibawa dari ‘Kemaman Supplement Base’ (KSB) ke pelantar-pelantar minyak di perairan Terengganu. Selalunya bekalan akan sampai sekali dalam seminggu. Perjalanan kapal adalah selama 2 minggu bergantung kepada jenis kapal dan keperluan sesuatu pelantar minyak.


Pemandangan Pada Waktu Malam
Pada waktu malam, flare atau nyalaan api dari pelantar yang berdekatan dapat dilihat, walaupun kita berada berpuluh-puluh kilometer, Juga dapat dilihat dari kapal terbang.Tujuan flare ni untuk membakar gas-gas yang berlebihan.




Production Oil Rig
Selalunya sesuatu pelantar minyak mempunyai 25 slot atau lubang telaga minyak untuk di korek.Satu lubang telaga selalunya mengambil masa sebulan untuk digerudi dan bergantung kepada:
- Keadaan litologi
- Kelancaran pengerudian
Setelah sesuatu lubang minyak itu telah kehabisan minyak, lubang tersebut akan disimenkan. ’Side Track’ akan dilakukan untuk mencari resevoir atau medan minyak baru. Ia melibatkan banyak medan minyak.


Production Oil Rig

Pelantar minyak jenis ini hanya mempunyai 4 slot. Melibatkan satu medan minyak sahaja.
Banyak terdapat di perairan Terengganu samada milik Esso Production Malaysian Inc. (EPMI) atau Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB)
Pada tahun lepas, pengeluaran minyak mentah adalah 370 000 barrel sehari, manakala pengeluaran gas asli adalah berjumlah 1 billion meter padu.


Helicopter -The Main Transportation
Helikopter adalah pengangkutan utama untuk ke pelantar minyak.
Helikopter berlepas dari Lapangan Terbang Kerteh dan akan singgah di beberapa pelantar minyak untuk mengangkut penumpang.



Sub Mersible Rig DownPelantar minyak yang tidak aktif atau belum mendapat kontrak pengerudian akan ‘disimpan’ di pengkalan kapal.

Di Asia, pengkalan kapal terbesar adalah di Singapura.



Malang Tidak Berbau

Sebuah pelantar minyak yang sedang mengalami kebakaran. Kebakaran adalah amat sukar untuk dikawal.
Keselamatan di pelantar minyak adalah sangat dititik beratkan. Bila berlaku sebarang kecemasan, semua anggota dikehendaki meninggalkan pelantar dengan serta merta mengunakan ‘life boat’.
10:00 PM | 1 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin