Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

HUKUMAN MATI


Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti. 'Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semuanya terjadi dalam masa yang sangat singkat,' warden berkata. Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan.
'Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat,' katanya. Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan selamba dia berkata, 'Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa...'
10:43 PM | 0 ulasan | Read More

SAKSI SERBA TAHU


Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama iaitu seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguamcara : Makcik Fatima, makcik kenal siapa saya?
Makcik Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil lagi. Kamu suka berbohong dan mengata di belakang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar dan aku berasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar.

Peguamcara tersebut terpegun lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima. Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,. .

Peguamcara : Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, peguambela?
Makcik Fatima : Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..

Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya. ..

'Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina mahkamah..., ' kata hakim.



10:26 PM | 0 ulasan | Read More

Suratku untuk Ayang ..

“Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang. Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite, kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pikir soalan tu. Pernah ke?Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sanga tla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan.Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal, kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depanSogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.

6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemua nya. Kite tak pernah marah ayang playgirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, naktampar, nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh lakitu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nakbunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.

10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30. Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.

11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.

12. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayangbuat derk je.

13. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.

14. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat, member ayang ketawakan ayang.

15. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa.

16. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

17. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pape pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.

18. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.

19. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite ari ni ayang tak pernah ingat.
10:09 PM | 0 ulasan | Read More

Duduk Lama Boleh Bawa Maut !


WELLINGTON: Pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata penyelidik.

Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand mendapati mereka berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku yang boleh membawa maut.

Penyelidik mendapati satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki.

Pembekuan boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Keadaan itu juga digelar sebagai 'sindrom kelas ekonomi' kerana penumpang yang duduk dalam penerbangan jarak jauh tanpa ruang untuk meregangkan badan, dianggap paling berisiko menghadapi masalah itu.

Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku, dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.

Sebagai perbandingan, 21 peratus baru-baru ini menaiki penerbangan jarak jauh. Bagaimanapun, penyelidik menerima bahawa lebih ramai duduk di meja mereka dalam jangka panjang berbanding berada dalam penerbangan jarak jauh.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley, berkata sebahagian pekerja pejabat yang menghidap masalah itu duduk di depan skrin di meja mereka selama 14 jam sehari.

"Sebahagian daripada mereka duduk berterusan selama tiga atau empat jam pada satu-satu masa tanpa bangun langsung," katanya.

Profesor Beasley berkata, masalah ialah yang paling biasa dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Pakar Psikologi dan Kesihatan Universiti Lancaster, Profesor Cary Cooper, berkata dia tidak terperanjat dengan penemuan itu.

Katanya, orang ramai bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma mengambil sandwic sambil melayan emel.

"Pekerja pejabat tidak bangun dan berjalan seperti yang mereka pernah lakukan," katanya.

DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di Britain setiap tahun.



9:34 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah Chot - Kemek


Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak.
Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala. Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.
Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula.
Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, "HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!"



9:16 PM | 0 ulasan | Read More

Salah Naik Bas



Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk telah menaikii sebuah bas dan duduk di sebelahnya seorang nenek. Si nenek memandangnya dari atas ke bawah, lalu berkata,
“Kamu tahu tak, kamu akan ke neraka!”
Lelaki mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, “Berhenti!. Salah naik bas.”
10:18 PM | 0 ulasan | Read More

Antara Dua Darjat




Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke kotaraya ini.

Aku mengenali Hanida sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 3 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah. Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya. Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami.

Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia. "Hanida, aku terlalu menyintaimu!". Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari.

Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebuah kek yang ku buat sendiri khas untuknya. Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku untuk melamarnya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga sangat menyintaiku. Kami telah sepakat untuk membina mahligai bahagia bersama.

Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta;
"Ibu, Shah nak tanya sikit boleh tak?". Aku memulakan bicara, sebaik saja selesai menikmati makan malam.
"Apa dia sayang?". Balas ibuku lembut.
"Shah rasa......... Shah nak kawin la bu........", dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam. Aku hanya tunduk menanti reaksi ibu.
"Betul ke ni Shah? Gadis bertuah mana yang jadi pilihan Shah tu?".
Aku jadi lebih serba-salah. Perlukah aku berterus-terang sekarang? Ah, aku mesti mencuba.
"Shah nak kawin dengan Hanida.
Tiba-tiba pinggan yang ibuku tatang sedari tadi jatuh berderai.
"Kau dah gila ke Shah? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak kita ni siapa, dia tu siapa?" Tempik ibuku memecah kesunyian.
Tak pernah aku lihat ibuku semarah itu selama hidupku.
"Tapi ibu! , Shah sayangkan dia, Shah tak sanggup nak berpisah dengan dia. Sejak kecil lagi Shah berkawan dengan dia, salah ke kalau Shah nak kawin dengan dia?". Aku cuba memujuk.
"Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka Shah! Ibu tak rela!".
" Tapi ibu.......".
"Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan dengan dia.........", suara ibu semakin perlahan.
"Dari kecik ibu bela kau Shah, tak pernah ibu bantah apa saja permintaan kau nak. Tapi kali ini, tolonglah faham. Kita ni kambing Shah......... kau sedar tak yang kita ni kambing?...... mana boleh kambing kawin dengan ayam?". Air mata ibu jatuh berderai.

Aku hanya terkedu, memang benar kata-kata ibu. Aku pasrah. Hanida......... aku tetap sayang padamu, walau kau dilahirkan sebagai seekor ayam........



10:08 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah Chot - Angkat kain..


Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi
berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."


10:04 PM | 0 ulasan | Read More

Banyak tanya daa..



Pelayan : Minum apa encik?

Pelanggan : Bagi saya kopi

Pelayan : Kopi arabica? ekspresso? mocha? atau kopi O?

Pelanggan : Bagi saya kopi O

Pelayan : Biji kopi yang di salai, di jemur atau dipanggang?

Pelanggan : Err...yang dipanggang

Pelayan : Yang dipanggang pada suhu 80, 90 atau 120 darjah celcius encik?

Pelanggan : 90 darjah kot

Pelayan : Encik nak gula sekali?

Pelanggan : Ye..tapi jangan banyak

Pelayan : Ok...gula kiub, gula halu, gula pasir atau gula rendah kalori encik?

Pelanggan : Aduh la....tak jadi la minum kopi.....bagi je saya jus oren dah le

Pelayan : Oren sunkist, oren navell atau oren california encik?

Pelanggan : Ya tuhan!!! Bagi je la saya air kosong!!!

Pelayan : Baik encik.....air kosong osmosis songsang, air mata air atau air galian dari pergunungan evian encik?

Pelanggan: Hu..hu...takpe la.....biarkan je la saya mati kehausan
9:01 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah Budin dan Seekor Kucing

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.

Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah, dia terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah.

Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lengan. Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu.

Habis semua jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni.....



10:37 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin