Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Saksi

Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi.

Peguam: "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?"

Saksi: "Tidak."

Peguam: "Denyutan jantungnya, awak periksa?"

Saksi: "Tidak."

Peguam: "Pernafasannya?"

Saksi: "Tidak."

Peguam: "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?"

Saksi: "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati!"



10:33 PM | 0 ulasan | Read More

Korang Semua Sama aje..


Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?" Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa ***! Apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma,Vietnam, semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa ***..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"



10:24 PM | 0 ulasan | Read More

Side A - B

Seorang doktor di sebuah hospital sakit jiwa berjalan-jalan di sekitar wad untuk melawat para pesakitnya. Semasa berjalan, doktor itu tiba-tiba terdengar suara orang sedang menyanyi. Kuat sungguh suara orang tu, kalah Amy Search.

Setelah puas mencari, barulah doktor tersebut menyedari suara itu datangnya dari sebuah bilik berhampiran, dan yang menyanyi itu pula melalak dengan penuh perasaan seolah-olah dirinya Amy Search.

Tapi yang hairannya, mula-mula doktor tersebut melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang, tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula. Doktor itu terus bertanya, "Kenapa tadi pakcik menyanyi terlentang...tapi sekarang meniarap pulak?"

Jawab pesakit itu,"Oooo.... tadi side A...ini side B pulak."

ceh...!


10:13 PM | 0 ulasan | Read More

Pisang Setandan Buah Beribu

10:00 PM | 0 ulasan | Read More

Ikan Berkepala Lutsinar

Ikan ganjil ini mempunyai kepala yang lut sinar.

LOS ANGELES - Sekumpulan saintis cuba menyelesaikan misteri yang berusia 50 tahun terhadap seekor ikan ganjil yang mempunyai dua mata di hadapan kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan itu turut mempunyai bahagian kepala yang lut sinar dan hidup di dasar laut dalam.

Ahli-ahli biologi di Institut Akuarium Teluk Monterey, California di Amerika Syarikat (AS) menggunakan video untuk mengkaji pergerakan mata ikan ganjil itu.

Pada kebiasaannya ikan mempunyai mata di sisi badan sekali gus mampu melihat apa yang berlaku di sekeliling kawasan haiwan itu.

Ikan ganjil itu mempunyai mata di depan kepala sama seperti manusia.

Namun, saintis-saintis itu mendapati mata ikan tersebut boleh bergerak ke dalam bahagian lut sinar di kepalanya bagi membantunya mengesan pencari mangsa dan makanan. - Agensi


9:58 PM | 0 ulasan | Read More

Akibat tak khusyuk...


Pada satu hari di sebuah masjid, para jemaah sedang bersiap-siap mengerjakan solat maghrib. Pak Imam pun takbiratul-ikhram dan membaca doa iftitah. Tiba-tiba Pak Imam terpandang la sebuah dompet yang tebal dengan wang tunai dan kad kredit di depannya. Pak Imam teruskan pulak bacaan Al-Fatihah namun fikirannya masih kepada dompet tadi. Macam-macam persoalan dalam fikirannya. Dompet sapa tu? Banyak betul duitnya dan sebagainya. Oleh kerana asik memikirkan dompet tersebut apabila sampai pada ayat terakhir surah Al-Fatihah Pak Imam pun menyebut waladdhoooMMPETT....
Maka dijawab oleh makmum = AMMMMBILLLLL..

p/s: moral of the story: hendaklah kita khusyuk didalam mengerjakan solat
8:04 PM | 0 ulasan | Read More

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu di kala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )


2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.


10:03 PM | 0 ulasan | Read More

Super Taxis

10:33 PM | 0 ulasan | Read More

Rumah Pokok

10:32 PM | 0 ulasan | Read More

Bas Pelik

10:29 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin