Kuman baru taun serang Terengganu
| | |
| BENTUK bakteria Vibrio Cholera di bawah mikroskop. |
KUALA TERENGGANU - Penularan wabak taun yang menjangkiti 145 pesakit di Terengganu dikenal pasti berpunca daripada sejenis bakteria baru daripada jenis Vibrio Cholera dan ia dipercayai tersebar melalui ikan yang digunakan dalam perusahaan keropok.
Bakteria itu pertama kali dikesan di negara ini dan ia sama seperti Vibrio Cholera biasa tetapi mempunyai genetik protein yang berbeza.
Selain ikan, ia juga dikesan terdapat pada sampel ayam mentah dari Pasar Borong Gong Pauh, Wakaf Mempelam dan air dari beberapa buah kilang ais di sekitar negeri ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, hasil ujian makmal mendapati antara punca bakteria itu tersebar ialah melalui ikan yang dipercayai dibawa masuk dari Thailand melalui Kompleks Perikanan Chendering yang kemudian digunakan dalam perusahaan keropok.
"Kuman (bakteria) taun baru itu menyebabkan pesakit sukar diubati pada peringkat awal sejak seminggu lalu, namun kementerian telah mengambil langkah segera dan berjaya menemui antibiotiknya selepas beberapa kajian dilakukan," katanya.
Semalam Tiong Lai melawat beberapa pesakit taun yang dirawat di sembilan wad pengasingan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
Menurutnya, kajian yang telah dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan mendapati bakteria kolera itu daripada jenis berlainan yang tidak bertindak balas dengan antibiotik biasa.
"Tetapi sekarang kita sudah menemui antibiotik untuk menanganinya dan ia memberi keputusan yang baik kepada pesakit," katanya.
Asal usul gula-gula getah

Menurut sejarah Greek purba, orang-orang Greek juga mengunyah resin pokok yang diperolehi dari pokok mastik yang tumbuh di Turki dan Greek. Mereka memanggilnya gula-gula getah mastik. Ia digunakan bagi mencuci gigi dan menyegarkan nafas. Ia juga boleh didapat di Timur Tengah. Menurut catatan, orang-orang Indian di Tengah Amerika juga menguyah cairan daripada pokok spadilla lebih daripada 1000 tahun dahulu.
Pada tahun 1848 bermulalah gula-gula getah ini diperkilangkan secara komesial oleh John B Curtis dan abangnya. Setelah meraih banyak keuntungan mereka telah mengalihkan kilang mereka dari Bangor ke Porland dalam tahun 1850. Antara perasa yang di hasilkan ialah "White Mountain, Biggest and Best, Four-in-Hand, Sugar Cream dan Licorice Lulu". Pada tahun 1871 Thomas Adams dari New York telah mengeluarkan gula-gula getah secara pengilangan menggunakan mesin. Beliau telah menambah perasa pertama di Amerika dengan pangilan Black Jack. Gula-gula getahnya telah mendapat sambutan hangat.
Perbezaan lelaki & perempuan semasa lunch time
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik pinggan
4. Letak nasi
5. Letak lauk
6. Ke kaunter, bayar nasi dan air sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik opis atau
10. Pergi surau
Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tengok baju sendiri, tengok kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dari baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.. masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Cari-cari pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. .
13. Dah puas hati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi. Banyak. .
17. Tak puas hati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2 minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jenguk dalam bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jenguk bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jenguk lagi? sambil tu tengok-tengok orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Cari sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tengoktengok nasi dalam pinggan
29. Berbisik dengan kawan "alaamak banyak la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet.. belek-belek celah kad-kad bank, celah kad-kad nama, celah gambar-gambar..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata dengan member (sebab nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk. .
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau-tinjau, cari orang order air.. sambil tangan betulkan tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.. kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak-borak kata makanan tak sedap
61. Ngumpat-ngumpat.. tengok orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, gi surau!!!!!
P/s :- Sekadar berkongsi sahaja
Makhluk asing tinggal di kalangan manusia?

GAMBAR menunjukkan makhluk asing yang masih hidup pada Mei 1997 di sebuah ladang di Metepec, Mexico.
METEPEC, Mexico - Adakah terdapat abang bayi makhluk asing yang ditemui di Mexico tinggal di kalangan manusia?
Sebelum ini, seorang petani menemui bayi makhluk asing itu yang kelihatan seperti cicak, berekor, bergigi dan mempunyai kepala pada 1997 sebelum membunuhnya.
Bangkai bayi makhluk asing tersebut kemudian dikaji oleh saintis-saintis selama dua tahun dan semua ujian untuk menghasilkan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan ganjil itu menemui kegagalan.
Makhluk itu mempunyai ciri-ciri haiwan reptilia seperti giginya.
Namun, makhluk itu turut mempunyai ciri-ciri manusia seperti sendi dan telinga.
Seorang wartawan sebuah akhbar, Michael Remke pergi ke Metepec untuk melihat bangkai bayi makhluk itu.
"Matanya menyeramkan," katanya.
Namun, seorang pekerja, Francisco Garcia menyatakan dia melihat satu lagi makhluk seperti itu.
"Saya melihat makhluk asing kedua yang masih hidup. Ia seorang jantan setinggi kira-kira 70 sentimeter. Saya melihatnya menyusup keluar dari sebuah pintu ladang dan kemudian melarikan diri," katanya.
Adakah makhluk itu menyembunyikan diri di kawasan itu atau sudah pergi ke bandar raya Mexico yang sejauh 65 kilometer dari sini? - Agensi
Lagenda perusahaan kasut Bata

Pengasas Bata, Tomas Bata bersama keluarganya. Beliau meninggal pada 1932 kerana kemalangan pesawat.
SETIAP dari kita walaupun sekali dalam seumur hidup pastinya pernah menggunakan kasut berjenama Bata yang sememangnya terkenal sebagai satu jenama kasut yang mampu dimiliki.

Jenama Bata itu sendiri telah telah melalui sejarah yang panjang sebelum menjadi satu jenama yang gah dan dikenali hampir di semua peringkat usia di seluruh dunia.
Penulis masih ingat lagi ketika melalui zaman persekolahan, memiliki kasut berjenama Bata, sudah dianggap sebagai anak orang berada dan pastinya pelajar wanita akan mengerling kepada penulis bukan kerana orangnya tetapi kerana kasut yang dipakai.
Jenama Bata mula dikenali di Malaysia atau Malaya pada waktu itu, apabila kedai Bata pertama di negara ini dilancarkan pada 1930 di bangunan Capitol, Singapura.
Lima tahun kemudian, kilang kasut Bata ditubuhkan di Klang, Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara.
Namun kelmarin orang yang bertanggung jawab membina dan memajukan jenama Bata sebagai satu jenama yang unggul di dunia, Thomas J. Bata meninggal dunia pada usia 93 tahun.
Beliau yang dilahirkan pada 17 September 1914 di Zlin, Czechoslovakia dan berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya telah menceburi bidang pembuatan kasut secara turun temurun sejak lebih tiga ratus tahun lalu.
Mendiang bapanya Tomas Bata, merupakan pengasas dan orang yang bertanggung jawab mewujudkan industri kasut ini di wilayah Zlin, Czechoslovakia pada 1894.
Bersama-sama dengan ahli keluarganya Anna dan Antonin Bata, mereka bertanggung jawab kepada penubuhan syarikat ini yang kini menjadi satu fenomena dalam industri kasut.
Sejarah
Pada permulaannya mereka hanya beroperasi di sebuah ruang kecil dengan tenaga kerja seramai empat orang.
Namun hasil kesungguhan dan keupayaan mereka, kilang pertama Bata dibina pada 1900 dan agensi pertamanya di luar negara ialah di Jerman, negara-negara Balkan dan Timur Tengah pada 1909.
Perniagaan beliau semakin menguntungkan dengan tercetusnya perang dunia pertama pada 1914.
Syarikat tersebut telah mengeluarkan lebih dua juta pasang kasut dalam setahun dengan lebih 10,000 pasang kasut dikeluarkan dalam masa sehari melalui 5,000 orang pekerja ketika Perang Dunia pertama berlangsung.
Bagaimanapun berikutan dari hutang yang berlambak akibat penghantaran yang tidak dibayar ke negara Austria Hungary (kerajaan yang baru ditubuh, Chechoslovakia tidak mengiktiraf hutang tersebut) mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran kepada 1,700 sehari dan mengambil beberapa langkah untuk menjimatkan operasi.
Bagaimanapun di bawah kepimpinan Tomas beliau banyak memperkenalkan revolusi baru dalam bidang pengurusan kilang serta banyak mempelajari teknik pengurusan dari pengeluar kereta terkenal Amerika Syarikat (AS), Henry Ford.
Beliau sememangnya terkenal dengan kesedaran sosiol yang tinggi terhadap pekerjanya malah turut mewujudkan sebuah bandar industri yang lengkap dengan kawasan perumahan, pendidikan malah wayang gambar untuk kegunaan para pekerjanya.
Ungkapan bekerja secara berkumpulan dan hidup bersendirian merupakan kata-kata semangat yang diperkenalkan Tomas dalam memberi semangat kepada pekerjanya.
Malah beliau turut diberi gelaran Henry Ford Eropah Timur kerana menggunakan kaedah pengeluaran secara besar-besaran bagi menjimatkan kos pengeluaran.
Beliau juga melihat teknologi sebagai alat untuk memajukan lagi perniagaan dan mahu mengeluarkan kasut pada harga yang murah bagi membolehkan orang ramai mampu memilikinya sekaligus jumlah penggunaan kasut keluarannya meningkat berkali ganda.
Bagaimanapun beliau meninggal dunia pada 1932 setelah pesawat yang dinaikinya terhempas di Lapangan Terbang Zlin ketika cuba berlepas dalam keadaan cuaca buruk.
Pada ketika itu, syarikatnya Bata telah mengambil 16,560 orang sebagai pekerja, menguruskan 1,645 buah kedai kasut dan sebanyak 100,000 pasang kasut dikeluarkan dalam sehari menjadikan Bata sebagai pengeksport utama kasut di dunia.
Adik Tomas, Jan Antonin Bata kemudiannya dilantik untuk memimpin syarikat Bata dan di bawah pengurusannya beliau telah berjaya meluaskan lagi empayar perniagaan ke 63 negara serta terlibat dalam beberapa industri lain antaranya dalam industri tayar, tekstil, perlombongan, perfileman malahan pembuatan pesawat.
Beliau turut membangunkan beberapa bandar industri baru di serata dunia berdasarkan wawasan Bandar Harapan antaranya di Bataipora, Batatuba dan Bataguassu di Brazil serta di Perancis, Belanda, Belgium, AS dan India.
Sebelum Perang Dunia ke Dua tercetus, syarikat Bata telah mempunyai pekerja seramai 105,770 orang dan sebanyak 30 juta kasut telah dijual di lebih 30 negara.
Bagaimanapun akibat perang ini keluarga Bata terpaksa melarikan diri ke Kanada selepas tentera Nazi menjajah Czechoslovakia dan Antonin ditahan oleh pihak yang pro komunis selepas Perang Dunia Kedua tamat.
Kesemua industri Bata dimilik negarakan oleh kerajaan komunis mengakibatkan syarikat Bata terpaksa memulakan semula perniagaannya melalui syarikat milik mereka di luar negara.
Keadaan ini telah memaksa anak kepada pengasas Bata iaitu Thomas J. Bata memulakan operasi perniagaan mereka di Batawa, Toronto di Kanada sebelum melangkah lebih jauh dengan pembinaan kilang baru serta menjadikan kawasan ini sebagai ibu pejabat baru Bata.
Di bawah kepimpinan Thomas Junior, beliau telah memperkemaskan lagi sektor pemasaran, reka bentuk, peruncitan, pembuatan dan pengagihan menjadikan syarikat ini antara pengeluar kasut yang paling disegani di seluruh dunia.
Beliau juga melancarkan beberapa label baru bersesuaian dengan imej pasaran yang disasarkan bagi mempelbagaikan lagi industri ini.
Thomas akhirnya kembali ke negara asalnya yang kini dikenali sebagai Republik Czech pada 1989, dan membeli kembali syarikat Bata yang masih wujud di sana namun membuat keputusan untuk kembali semula ke Kanada.
Selepas dunia mengalami perubahan dalam pelaksanaan ekonomi sekitar tahun 1990-an, Bata turut menutup hampir kesemua kilangnya yang beroperasi di negara-negara maju seperti di AS, Perancis, dan England.
Tindakan ini mengakibatkan beribu-ribu peluang kerja terpaksa ditamatkan dan hanya mengekalkan rangkaian kedai untuk beroperasi di negara ini.
Membanggakan
Mereka hanya mengekalkan operasi di negara-negara membangun seperti di India dan Zimbabwe.
Thomas akhirnya meletak jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan Bata dengan kejayaan yang begitu membanggakan serta berjaya menonjolkan lagi nama syarikat itu ke seluruh dunia dunia.
Beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada salah seorang cucu Tomas, Thomas G. Bata pada 2001.
Syarikat ini kini beribu pejabat di Lausanne, Switzerland dan beroperasi berdasarkan empat unit utama iaitu,
Bata Eropah bertempat di Lausanne.
Bata Asia Pasifik-Afrika bertempat di Singapura
Bata Amerika Latin bertempat di Mexico City
Bata Amerika Utara bertempat di Toronto
Terdapat pelbagai koleksi kasut yang dikeluarkan Bata mewakili semua golongan dan peringkat usia antaranya Power untuk aktiviti sukan, Marie Claire untuk wanita, Bubblegummers untuk kanak-kanak serta pelbagai keluaran lain.
Sehingga kini syarikat ini menjual sebanyak satu juta kasut sehari, mempunyai pekerja seramai 40,000 orang, mempunyai 4,600 kedai di seluruh dunia di lebih 50 negara serta memiliki 40 kilang di 26 buah negara.
Sejumlah 14 bilion pasang kasut pula telah dijual dan dipakai oleh penduduk di serata dunia sejak dari awal penubuhannya sehingga kini.
Maka benarlah seperti kata pepatah,harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Dan inilah yang berlaku kepada keluarga Bata kerana nama dan sejarah perniagaan mereka pastinya akan terus dikenang sebagai antara jenama dan perusahaan kasut terunggul dunia.
Cuba ini..
1. Pergi kat Google - www.google.com. my
2. Klik Images
3. Taip sebarang keyword images yang anda inginkan
4. Pilih imej yang anda suka
5. Kemudian klik see full size image..
4. Anda akan dapat gambar penuh imej tersebut...
5. Padamkan alamat URL pada address bar tersebut dan gantikan dengan script di bawah
javascript:R= 0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document. images ; DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i
Jangan bimbang... ianya bukan virus..











