Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Esok baru cabut


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”


8:27 AM | 0 ulasan | Read More

Siapa lagi bodoh ?



Dua orang Datuk ahli perniagaan telah membuat perbincangan di sebuah hotel ternama. Sebelum mereka berbincang mengenai perniagaan, mereka berbual kosong mengenai diri masing-masing.

Datuk A : Datuk B, saya ada masalah sikit sebab driver saya tu bodoh sangatlah.
Datuk B : Datuk A, driver saya lagi bodoh.
Datuk A : Kalau begitu kita panggil driver kita, tengok siapa yang lebih bodoh.

Datuk A pun memenggil drivernya masuk ke bilik.

Datuk A : Mat, kau ambil duit RM10.00 pergi beli sebuah Mercedes mata belalang!
Mat : Baik datuk (terus keluar bilik)
Datuk A : Tengok! macam mana bodohnya driver saya.
Datuk B : Itu tak berapa bodoh, driver aku lagi bodoh, Datuk A tengoklah nanti.

Datuk B terus memanggil drivernya supaya masuk.

Datuk B : Abu, kau balik rumah saya sekejap, kau tengok ada tak saya kat rumah.
Abu : Baik datuk (terus keluar)
Datuk B : Datuk A tengoklah, saya tercongok kat sini dia tak boleh fikir.

Kedua-dua driver tadi bertemu di lobi hotel.

Mat : Abu, Datuk A tu bodoh betul laa... ada ke dia suruh aku beli mercedes mata belalang, kan hari ni hari minggu, kedai semua tutup.
Abu : Datuk B lagi bodoh, dia suruh aku balik tengok dia ada tak kat rumah? Dia ada h/phone, sepatutnya dia telefon aje lah.


7:46 PM | 0 ulasan | Read More

Telur


Ada seorang pak cik yang bernama Pak DI yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak DI dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menympan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?

Pak DI : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak DI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak DI : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah
berjumpa dengan Pak DI.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..

Pak DI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata..

Pak DI : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak DI pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI..

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak DI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..

Manager : Chess!! Tak guna punya orang tua!!


7:43 PM | 0 ulasan | Read More

Kaki Palsu

8:28 PM | 0 ulasan | Read More

Awek Cun

8:27 PM | 0 ulasan | Read More

Jalan Buntu

8:24 PM | 0 ulasan | Read More

Fesyen Rambut Dulu-Dulu

8:23 PM | 0 ulasan | Read More

Tandas Bersama


Zaman dah moden + nak jimatkan space...so tandas lelaki dan perempuan boleh digunakan bersama...


8:21 PM | 0 ulasan | Read More

Tertelan Duit

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."
8:06 PM | 0 ulasan | Read More

Si Pemandu Teksi



Seorang wartawan mendapat maklumat mengenai suatu kejadian bunuh. Tanpa berlengah dia terus menelefon teksi. Sebaik sampai, orang ramai kelihatan berkerumun di tempat kejadian. Terlalu ghairah utk mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku, dia menemubual beberapa jiran dan keluarga mangsa. Kemudian, dia menghampiri seorang lelaki yg begitu asyik memerhatikannya bertugas.
"Awak salah seorang jiran mangsa ke?" tanya wartawan. "Tidak" jawab lelaki itu. "Mungkin ahli keluarga mangsa?"soal wartawan lagi. "Tidak, saya tak ada kaitan langsung dgn mangsa" "Tak ada kaitan! Habis tu apa awak buat di sini??"tanya wartawan lagi. "Kerana saya adalah pemandu teksi yg bawa awak ke sini. Saya menunggu tambang yg belum awak bayar ..


8:01 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin