Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

2 x 5 = 2 x 5


Seorang suami mencari isterinya yang keluar dari rumah sejak pagi, dan belum pulang hingga sekarang. Dia mundar-mandir mencari seharian di kampung dan akhirnya dia menemukan isterinya sedang berada di tengah-tengah padang bola. Si suami memanggil isterinya dari pinggir padang...


Suami: Tipah! Buat apa kat tengah2 padang tuuu?

Isteri: Bang...Tipah tengah naik perahu di tengah laut...

Suami: Astaga...nanti kamu diejek orang gila...jom kita pulang!

Isteri: Abang pulang laa dulu...Tipah sedang memancing ikan paus ni...

Suami: Jom pulang sekarang...nanti abang pukul kamu!

Isteri: Silalah pukul...mari laa kalau abang berani!

Suami: Tipah kan tahu abang tak reti berenang...nanti abang carikan perahu...kau tunggu ya Tipah...



10:27 PM | 0 ulasan | Read More

Bahasa Melayu in IT


Why Dr. Mahathir insists on using English for math and science. Because globally people use the language as information and/or technology language at this moment. How dangerous it is if we were to use these words in Bahasa, especially in schools. See example below.

hardware = barangkeras
software = baranglembut
joystick = batang gembira
plug and play = cucuk dan main
port = lubang
server = pelayan
client = pelanggan

Try to translate this:

ENGLISH :
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

BAHASA MELAYU:
"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."



hahahaha! bahaya!!! kekeke



10:23 PM | 0 ulasan | Read More

KEDAI ROTI

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"
10:17 PM | 0 ulasan | Read More

Skuter a.k.a Vespa




Generasi hari ini mengenali vespa sebagai skuter. Tahukah anda motosikal comel ini pernah menjadi kenderaan peperangan oleh tentera bersekutu AS menentang Nazi Jerman semasa peeprangan dunia kedua dulu. Asalnya vespa diciptakan adalah untuk mengelakkan pakaian penunggang menjadi kotor. Idea untuk mencipta vespa ditimbulkan oleh seorang jurutera aeronautical Corradiana D'Ascanio yang bosan melihat motosikal yang ada di eropah menyebabkan pakaian penunggang menjadi kotor.

Justeru itu dia ingin membawa revolusi baru dalam penciptaan motosikal. Lalu diperkenalkan motosikal yang mempunyai hadangan depan untuk menghalang kotoran melekat pada pakaian.

Pengalaman D'Ascanio dalam penciptaan helikopter moden membuatnya berfikir untuk menciptakan vespa mengikut teknologi aeroangkasa dimana enjinnya tidak menggunakan rantai untuk mengelakkan kekotoran sebaliknya menggunakan teknologi frank fork seperti gear pendaratan kapal terbang. Selepas peperangan dunia kedua tamat, vespa menjadi terkenal di Britain apabila remaja dari sub budaya Mod menjadikannya sebagai identiti mereka. Kini revolusi ini dikenal sebagai skuter.


9:49 PM | 0 ulasan | Read More

Kahwin

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!
9:42 PM | 0 ulasan | Read More

Susahnya nak mencari bakal isteri



Kalau bakal isteri seorang guru. Alamatnya, kat rumah akan bising kot. Mana taknya, dilayan kita macam anak murid. “Kamu, jangan baca suratkhabar. Sila ke dapur untuk membantu saya!”. Dengan suara yang kuat. Ya, aku perasan, ramai cikgu yang dah hilang tombol volume suara kat tekak mereka.


Kalau bakal isteri seorang pekerja kilang. Waktu malam kita nak tidur pun susah. Mana taknya, dia dok kemas rumah. “Abg, siang saya kerja. Malam nih lah nak kemas rumah segala. Harapkan abg? Hampeh!” Kita plak yang kena! Tapi yang bestnya, tgh malam pun tak yah risau nak cari makanan. Bini tersayang kan ada…


Kalau bakal isteri seorang akauntan. Mak aih, segala kewangan perlu dikawal. “Abg, jangan berbelanja lagi sekarang, kita bertahan. Nanti, masa kadar matawang kita tinggi, kita akan berbelanja di Singapura. Juga, pastikan investment untuk hartanah rujuk kepada saya dahulu” Itu ok lagi.. Kalau…. “Tempoh peminjaman duit saya kepada abg sebanyak RM 10, 5 hari lepas belum berbayar. Mengikut kadar bunga yang telah ditetapkan, iaitu 10% kenaikan bagi setiap hari, abg perlu bayar RM 15. Jika tidak, kadar bunga akan semakin bertambah” Tak ke naya?


Kalau bakal isteri seorang ahli sukan. Adeh, bila masa kita nak rehat yek? “Abg, baru balik kerja ye. Cepat tukar baju, kita berjogging. Kesihatan perlu dijaga. Setiap minit abg berlari, kalori dibakar adalah bersamaan dengan kalori bagi setiap roti canai yang abg makan” Adeh. Kalau tgh berperang besar. Nak pulak atlit lontar peluru. Agak2nya, sempat tak nak capai kunci kereta larik?


Kalau bakal isteri kita suri rumah sepenuh masa. Tak pernah lihat dunia luar sebelum kahwin. Bayangkan kita bawa ke majlis yang menghidangkan makanan itali. “Abg, Leha nak makan murtabak tu..” Merengek, dan kuat. Sedangkan itu lasagna. Belum lagi jerit kat pelayan panggil mintak sos cili. Lagi parah, kalau bawak beg plastik, isi makan yang bersusun kat meja buffet. Kat mana nak letak muka kita ni yekkk…



9:29 PM | 0 ulasan | Read More

Salah siapa ??

ni ayang bagi abang....

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape? Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang? Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss gud morning pun susah.
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayan g nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.
Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak .
Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
Love,
ayang



ni abang lak bagi kat ayang....

Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang kereta tu lebih dari ayang.. tapi ayang kena faham kereta tu kereta bos abang. Nanti kalau hilang siapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang taknak, ayang kata nak dok rumah jaga anak,nak siapkan sarapan nak kemas rumah tapi ayang tiap-tiap hari bangun tidur pukul 12.. macam mana nak buat kerja rumah..
Cuba lah ayang fikir mana tak abang tidur dalam kereta.. abang balik kerja lambat sikit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya-foya kan abang gi kerja...lagi satu pasal pizza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yang di oder dari Jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bagi apam balik yang jual kat depan ofis abang ni ayang tak nak, ayang nak jugak pizza dari Jepun.. nasib baik abang tak belikan kalau tak anak kedua kita tu mesti muka cam Doremon..ish tak nak laa abang..
Pasal hadiah, kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur..
ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas rumah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dengan sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dari kereta tu wlaau pun hantaran masa kita kawin cuma RM 8k..ayang tak tau berape kali abang turun naik bank nak buat loan RM 8k..tapi demi ayang abang buat jugak..
sebab masa tu ayang kalau mekap memang sebijik Maya Karin.. tapi sejak ayang buat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekap, abang terbayang lak muka pontianak dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam.. bukan ayang tak cantik tapi kening ayang tu pergi cukur buat apa.. walau pun abang selalu cukur janggut , tapi ayang tak payah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengahari nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak cerita.. Tapi abang nak bagi tau jugak kat sini ayang tetap no 1 dalam hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kampung abang izinkan. Cuma jangan lupa kirim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nanti jangan lupa bawak balik skit..
Kalau ada lembu terlepas ke, ayang tak payah laa susah-susah gi kejar lembu tu... biar jek.. nanti abang balik kampung abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nanti bukan setakat calar jek silap2 boleh masuk hospital. Abang kene tanduk takpe..
Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dapat anak bukan senang takut nanti ayang ngidam lagi pizza Jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jangan sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang memang tak nak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. memang abang ketawa...hahahhahah ahahha.........
9:09 PM | 0 ulasan | Read More

2 x 5 dengan pengetua

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid-murid UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6".
Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat-sangat luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".


P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe
9:05 PM | 1 ulasan | Read More

Wasiat seorang nenek

Ada sorang tua, nama dia Nenek Sarah. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung,… .

Keadaannya semakin hari semakin teruk. Sarah dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Meon untuk bacakan doa untuk Nenek Sarah. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Sarah dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Sarah memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Sarah menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Meon.

Pak Meon menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Sarah sebelum Nenek Sarah meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Sarah pun meninggal dunia.

Selepas seminggu kematian Nenek Sarah, Pak Meon pun datang ke rumah Sarah, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Sarah, tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk membaca wasiat dari nenek tersebut..

Pak Meon pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Sarah dan di akhir ucapan itu Pak Meon mengajak Sarah dan saudara maranya membaca wasiat itu bersama-sama. .Pak Meon pun membuka kertas itu dan mula membaca..... .

"Meon … . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu..."
kesian nenek sarah...



10:52 PM | 0 ulasan | Read More

Lawak Kat Negeri Arab

Ini cerita krew TV3 untuk episod Jejak Rasul. Tiba di satu perkampungan di selatan Yaman, kereta pacuan 4 roda mereka tiba-tiba mati. Sebabnya minyak habis. Oleh kerana pada waktu itu jurubahasa tak ada, maka cakap arab pun ikut yang ingat aje. Beberapa orang kampung pun datang nak tolong.

Seorang krew TV3 berkata sambil menepuk bonet kereta "Engine - Innalillahhiwainalillahiroji'un ".

Seorang lagi krew TV3 berkata sambil menunjuk lubang tangki minyak " Petrol - Sodaqallah hul azim". Pening semua Pak Arab tu.

Kali ni berlaku di Makkah. Satu hari seorang pak cik jalan dengan bini dia di lorong kota Makkah, al-Mukarramah dan nak jadikan cerita dia tersesat dan tak tau jalan nak balik hotel. Nak tanya Pak Arab, dia tak tau cakap Arab. Pikir punya pikir dia pun teringat satu kelas tafsir yang dia pernah ikut.... Dia pun tanya pak arab ni...

" Ana fi dhala limmubin " (terjemahan - Saya dalam kesesatan yang nyata..)

Dia sambung lagi... " Ih dinassira thal mustaqim " (terjemahan - Tunjukkan kami jalan yang lurus..)

Pak Arab tu pun tepuk dahi... MasyaAllah...
10:50 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin