Solat subuh di Masjid

Solat Subuh adalah solat yang paling berat untuk dilakukan dan pastinya ramai yang akan terlajak. Ada yg tiap-tiap hari "Subuh Gajah" je dan ade yang langsung terbabas. Kat sini saya ada satu kisah untuk dikongsikan bersama. Moga memberikan pedoman pada kita semua.

Seorang lelaki bangun pagi-pagi buta utk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid . Ditengah jalan menuju masjid, lelaki tersebut ter jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan LAGI berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia terjatuh lagi di tempat yg sama!!! Dia sekali lagi, bangkit..membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia SEKALI LAGI, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut kerana tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ini dan lelaki itu menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.”

Lelaki tadi mengucapkan terima kasih dan mereka berdua sama-sama berjalan ke masjid. Ketika sampai di masjid , lelaki tadi bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.

Akan tetapi lelaki yang membawa lampu itu menolak.

Lelaki itu mengajak lagi hingga beberapa kali dan jawapannya tetap sama.
Lelaki itu pun bertanya, “Kenapa kamu menolak untuk masuk dan solat subuh bersama?”
Lekali pembawa lampu itupun menjawab…

AKU ADALAH SYAITAN (Devil / Evil)

Lelaki itu amat terkejut dgn jawapan yang diberikan oleh lelaki pembawa lampu itu.

Syaitan kemudiannya menjelaskan….

"Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu..

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk terus tinggal dirumah saja, sebaliknya kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa-doa seluruh anggota keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh utk ketiga kalinya..jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk kampungmu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dgn selamat.."

Jadi rakan-rakan sekalian, jangan kita pernah biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksi dan perbuatannya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kita lakukan kerana kita tidak akan pernah tahu ganjaran yang akan kita dapatkan dari segala kesulitan yang kita temui dalam usaha kita untuk melaksanakan niat baik itu.

“ Allah Didn’t Promise That Life Could BE Easy For Us..But He Did Promise That He Will Always Be BY Our Side In Every Step We Take. As Long As We Are In His Path. Dying To Get His Love. Striving Hard To Be Showered. Allah Knows What Best For Us”

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin