Gambar & Berita Palsu Yang Menghebohkan Dunia

Beberapa gambar pernah tersebar luas dalam masyarakat diinternet mahupun media massa dan dipercayai oleh sebahagian orang gambar tersebut merupakan kejadian nyata.Berikut adalah beberapa gambar yang pernah mengebohkan dunia.

1) Gambar ini muncul dihalaman utama Daily Mirror yang menunjukkan tentera Inggeris dari Resimen Queen's Lancashire memperlakukan semena-menanya tahanan Iraq.Gambar ini ternyata rekaan yang menyebabkan editor Piers Morgan mengundurkan diri.


2) Pada awal tahun 2000,tersebar gambar kucing raksasa melalui e-mail dan dikatakan antara kucing berukuran besar yang ditemui dekat laboratorium nuklir Canada.Gambar ini sebenarnya lelucon Cordell Hauglie yang menyebarkan pada Mei 2001 kepada kawan-kawannya dan tidak pernah menyangka akan terjadi 'terkenal' yang sangat luar biasa.


3) Beberapa ketika selepas serangan 11 September tersebar gambar di Internet mengenai seorang lelaki yang sedang berdiri berdekatan bangunan WTC, dibelakang lelaki tersebut kelihatan pesawat yang akan melanggar bangunan itu.Sebenarnya,gambar tersebut ternyata palsu.


4) Pada tahun 1917, dua orang budak perempuan kembali dari bermain di kebun dengan kamera dan gambar pari pari.Tetapi pada tahun 1970-an terungkai bahawa pari pari Cottingley gambar itu adalah palsu. Salah seorang saksi bernama Elsie Wright mengaku kawan pari mereka tidak lebih dari guntingan kertas.


5) Gambar ini terkenal dengan nama Monster Loch Ness atau Nessie. Pada tahun 1994 terungkai gambar tersebut adalah rekaan semata-mata.


6) Ray Santilli Pada tahun 1995 menyatakan memiliki gambar tentang Alien UFO.Tetapi tahun 2006 dia mengakui bahawa gambar yang ada itu tidak sepenuhnya benar. Gambar tersebut hanyalah rekaan semata-mata dari sebuah kejadian.


7) Gambar ini nampak seakan akan seperti tengkorak yang ditemui di Arab Saudi dalam laporan surat khabar The New Nation Bangladesh pada tahun 2004.Gambar ini sebenarnya palsu dan diedit menggunakan photoshop yang juga pernah dipublikasikan di website Worth1000.com


8) Pada 1 April 2008 sempena hari 'april fool',BBC melaporkan rakaman seekor penguin terbang dari Antartika ke Brazil. Rakaman ini merupakan rangkaian 'April fool' yang sengaja dipublikasikan oleh BBC namun mendapat reaksi yang serius dari berbagai pihak


9) Gambar ini tersebar luas melalui email pada tahun 2001 yang memperlihatkan sebuah helicopter diserang oleh seekor jerung ganas.Gambar ini telah dipilih oleh National Geographic's sebagai Photo of the Year.

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin