Rahsia laci

Sepasang Suami isteri baru melangsungkan perkahwinan. Si Suami bertanya isterinya samada dia boleh mempunyai sebuah laci khas untuk dirinya sahaja. Si isterinya pun tanpa memikirkan yang bukan-bukan terus sahaja bersetuju.

Setelah 30 tahun berkahwin, si isteri tadi pun teringat kepada laci persendirian suaminya dan bila diintainya didapati didalamnya terdapat 3 biji bola golf dan duit sebanyak RM 2000.00.

Si isteri tadi terus mendapatkan suaminya untuk penjelasan.
Setelah dipaksa dengan bersungguh-sungguh si suami pun terpaksa menjelaskannya.
Dia menjelaskan, "setiap kali abang buat curang di luar, abang akan simpan sebiji bola golf di dalam laci".


Si isteri berfikir, "30 tahun kahwin baru ada 3 biji bola?.. Hmm taklah jahat sangat". Habis tu apa kena mengena dengan duit RM 2000.00 tu?

"Setiap kali bola golf tu cukup sedozen, abang akan jual...

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin