Pengangkutan awam masa hadapan

Apa yang anda lihat di gambar ini adalah IMTS iaitu Intelligent Multimode Transit System. Sistem pengangkutan awam yang menggunakan bas tetapi bergerak automatik tanpa pemandu. Bas ini bergerak berpandukan dot-dot magnet di tengah jalan raya dan tidak menggunakan rel. Boleh digunakan tanpa pemandu atau dengan pemandu.

Dengan lambakan kereta persendirian di jalan menyebabkan kereta bukan lagi kenderaan praktikal di bandar-bandar. Kereta hanya digunakan di luar atau pinggir bandar sahaja. Sistem ini praktikal digunakan di bandar kerana ruang yang sempit. Misalnya di Kuala Lumpur, kesesakan makin hari makin teruk disebabkan penambahan kereta di bandar. Ramai orang memandu kereta sendiri ke tempat kerja kerana pengangkutan awam tidak efisien.

Masalah kesesakan Kuala Lumpur dapat diselesaikan dengan memperbanyakkan sistem pengangkutan rel atau sistem IMTS ini. Untuk membuat sistem landasan atau rel yang baru memerlukan bajet yang besar tetapi sangat bagus untuk jangka panjang. IMTS ini juga merupakan sistem yang bagus.


Kesesakan jalan raya -- Penambahan lebuhraya baru -- kurang sesak -- orang makin ramai bawak kereta --- lebuhraya baru jadi sesak --- pencemaran udara --- tambah lagi lebuhraya --- (masalah berulang-ulang)


Kesesakan jalan raya -- tambah rel di tempat baru & tambah gerabak & cekapkan feeder bas dari lrt ke kawasan perumahan rumah --- orang mula guna lrt atau keretapi --- diskaun harga kepada sesiapa yang naik banyak kali --- mendapat sambutan orang ramai --- caj masuk ke bandar dengan kereta --- kurang kereta ke bandar --- tiada kesesakan




0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin