10 Kejadian Letupan Pelik-pelik

1) Ikan paus 50 tan meletup


Seekor ikan paus yg ditangkap utk tujuan penyelidikan tiba-tiba meletup di sebuah jalan di Taiwan pada tahun 2004 mengejutkan pejalan kaki dan orang sekeliling yg berada berdekatan. Ikan paus sperma yg mati di pantai itu dibawa ke Tainan, meletup disebabkan pengumpulan
gas yg terbentuk di dalam badan ikan paus terbabit, Tekanan yg kuat menyebabkan ianya meletup tiba-tiba.


2) Rokok meletup


Kejadian ini berlaku di Indonesia. Seorang lelaki kehilangan 6 batang gigi dan mendapat 51 jahitan di mulut selepas sebatang rokok yg dihisapnya meletup. Andi Susanto yg berumur 31 mengatakan kejadian itu berlaku apabila dia sedang menghisap sebatang rokok sambil menunggang motosikal. Dia kemudiannya mendapat gantirugi sebanyak USD535 kira RM2000 daripada syarikat pengeluar rokok tersebut..Akibat kejadian itu, Andi berniat utk berhenti merokok...agak-agaknya pe yg ada dalam rokok andi tu? mercun??


3)Ipod Meletup


Pemilik ipod ini, Ken Stanborough, 47 mengatakan ipod yg dipakainya mengeluarkan bunyi pelik dan berasa semakin panas. Kemudian mengeluarkan asap, dgn sepantas kilatnya dia melontar ipod itu, tak sampai 30 saat ipod tu meletup dgn mengeluarkan bunyi 'pop'.


4) Laptop meletup semasa persidangan


Semasa mengadakan satu persidangan di Jepun, sebuah laptop jenama Dell tiba2 je meletup. Nasib baik la pemilik laptop tu xda depan laptopnya semasa kejadian tu berlaku, kalo x hilang la mukanya yg ensem tu..


5) Jamban Meletup

Camner la jamban pun leh meletup?? kejadian ni berlaku kepada John Jenkins, 53 menggunakan jamban nih, sebaik je dia menyalakan rokoknya, lobang tandas tu meletup..isk3, bahaya tol..
Akibat kejadian ni, mamat nih menyaman sebuah syarikat arang dan kontraktor tempatan atas tuduhan cuai. Saman itu menyatakan muka, leher, lengan dan kaki Jenkins mengalami lecur selepas rokok yg dinyalakan oleh Jenkins membuatkan gas metana yg bocor di bawah jamban ini berapi dan meletup..hoho


6)Kerusi pejabat pun meletup gak


Camner la kerusi meletup, mengikut sumber2 yg diceritakan, kerusi ni meletup disebabkan silinder gas yg berada di bawah kerusi tu, silinder gas tu digunakan utk memudahkan kerusi tu naik turun. Apabila silinder tu dalam tekanan tinggi, ianya boleh meletup! Menurut ceritanya, itu yg berlaku..tapi xtau la kot2 ada org letak bahan letupan bawah tu..kejadian ni menyebabkan seorang budak lelaki 14 thn maut dimana besi yg tercabut akibat letupan itu mengenai rektum bdak tu menyebabkan dia mati serta merta..pergh, sula cara moden


7) Chewing gun meletup


ni lagi satu citer x masuk akal, Seorang pelajar yg berusia 25 tahun, Vladimir Likhonos, mati di rumah ibu bapanya selepas sedara maranya mendengar satu bunyi 'pop' yg kuat. Selepas ditemui, sedara maranya terkejut menjumpai Vladimir mengalami luka yg teruk di rahang. Menurut pihak forensik, Vladimir telah memakan chewing gun yg mengandungi satu bahan kimia yg tidak dikenali.


8) Telefon bimbit meletup


ni salah satu kejadian yg biasa kita dgr, kat Malaysia pun aku penah dgr cerita2 telepon meletop nih, bagaimanapun citer ni berlaku kat China. Seorang lelaki mati selepas henfon nya meletop.
Mengikut cerita, selepas dia masukkan bateri yg baru dicas ke dalam henfonnya, dan dia letak kat poket, henfon dia tros meletop. Dia mati disebabkan luka teruk di leher dan arteri utama.


9) Deodoran meletup, remaja cedera


Seorang remaja cedera selepas dia baru je men'deoderan'kan dirinya di dalam tandas rumahnya di Santiago. Dia mengalami luka lecur di bahagian mukanya dan dikejarkan ke spital utk rawatan lanjut. Letupan tu mengakibatkan bumbung dan tingkap tandas pecah..fuhh, bahaya ni


10) Mesin basuh meletup

Kejadian ni berlaku apabila sorang mamat ni yg bernama Glenn Johnson meletak gasolin ke dalam
mesin basuhnya utk menghilangkan kesan gris pada bajunya.Menurutnya lagi, dia dah 25 thn mengpraktiskan cara tersebututk menghilangkan gris pada pakaiannya. Dia letak detergen, air
dan sedikit gasolin utk tujuan tersebut. Katanya ayah dia yg ajar...tapi dia mengaku dia dah terlebih letak gasolin menyebabkan ada gas2 gasolin yg terbebas keluar dari mesin basuh tu yg mungkin menyebabkan letupan terjadi....


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin