Side A - B

Seorang doktor di sebuah hospital sakit jiwa berjalan-jalan di sekitar wad untuk melawat para pesakitnya. Semasa berjalan, doktor itu tiba-tiba terdengar suara orang sedang menyanyi. Kuat sungguh suara orang tu, kalah Amy Search.

Setelah puas mencari, barulah doktor tersebut menyedari suara itu datangnya dari sebuah bilik berhampiran, dan yang menyanyi itu pula melalak dengan penuh perasaan seolah-olah dirinya Amy Search.

Tapi yang hairannya, mula-mula doktor tersebut melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang, tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula. Doktor itu terus bertanya, "Kenapa tadi pakcik menyanyi terlentang...tapi sekarang meniarap pulak?"

Jawab pesakit itu,"Oooo.... tadi side A...ini side B pulak."

ceh...!


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin