Kek rai perceraian

FAY MILLAR menunjukkan sebiji kek perpisahan rekaannya di London baru-baru ini


LONDON - Upacara memotong kek pada majlis perkahwinan merupakan satu perkara biasa namun seorang chef di Britain kini turut menjual kek yang dihias indah bagi meraikan hari perpisahan.

Idea kek perpisahan yang dihias cantik tersebut semakin mendapat sambutan terutama bagi lelaki dan wanita yang menjemput rakan-rakan bagi meraikan permulaan hidup baru.

Seorang pembuat kek, Fay Millar berkata, setiap kek dijual dengan harga bermula £60 hingga £800 (RM337 hingga RM4,491) sebiji.

"Ada pihak menyatakan ia idea bodoh dan tidak sensitif tetapi ada pelanggan yang mahu membelinya kerana kek itu dianggap simbol kepada sinar baru dalam hidup mereka," kata Millar.

Katanya, dia lebih suka membuat kek berunsur jenaka berbanding konsep sedih.

"Perceraian merupakan pengalaman ngeri tetapi saya cuba menyediakan kek yang menceriakan perasaan pelanggan," kata Millar.

Jelas pemilik Pink Rose Cakes itu, parti perceraian semakin diterima di Britain setelah ia popular di kalangan penduduk Amerika Syarikat (AS). - Agensi

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin